Sisa replika `Kerajaan Langit' dibuang ke lombong'  

Wednesday, August 31, 2005

Sebuah lombong terbiar di Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut dekat sini menjadi tempat pembuangan sisa replika gergasi dan premis yang dirobohkan dari perkampungan `Kerajaan Langit' Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.
Beribu-ribu tan sisa runtuhan dipunggah keluar dari markas kumpulan ajaran sesat itu dan dibuang ke kawasan berkenaan sejak operasi meroboh dimulakan Ahad lalu.
Antara yang dirobohkan termasuk replika payung gergasi, kendi, cerek, bahtera dan dewan perhimpunan yang dipercayai dibina dengan kos RM2 juta.
Bagaimanapun 34 rumah pengikut kumpulan itu tidak dirobohkan. Tinjauan di kawasan lombong yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari perkampungan Ayah Pin mendapati, sisa runtuhan dilonggokkan di situ sebelum diratakan menggunakan jentolak. Beberapa tiang replika payung gergasi dan bumbung dewan perhimpunan kumpulan itu yang berwarna merah juga bertaburan dan tertimbus di kawasan tersebut.
Cebisan zink dan besi turut diasingkan di sebuah kawasan lain dan dipercayai akan dipungut oleh pembeli besi. Semua runtuhan itu diangkut dari perkampungan berkenaan menggunakan 20 lori Pejabat Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, Jabatan Kerja Raya dan beberapa lori yang disewa daripada pihak swasta. Mereka memulakan kerja sejak pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.15 petang ini. Operasi merobohkan perkampungan itu dibuat setelah kumpulan berkenaan didapati membina bangunan atas tanah berstatus pertanian yang sekali gus melanggar Kanun Tanah Negara.
Tanah yang menempatkan markas utama ajaran sesat Ayah Pin itu adalah milik isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Ramli, 58.
Sementara itu, seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata, semua replika sudah dimusnahkan dan ditanam di kawasan itu.
"Antara replika terawal yang dibuang ialah kendi dan diikuti replika payung namun replika-replika itu sudah jadi kenangan kerana sudah ditimbus di lombong ini,'' katanya.
Beliau percaya kerja-kerja merobohkan replika gergasi itu akan dapat membanteras terus kegiatan ajaran sesat berkenaan.
Sumber : Utusan Malaysia..


AddThis Social Bookmark Button

2 comments: to “ Sisa replika `Kerajaan Langit' dibuang ke lombong'

  • Anonymous
    10:30 PM  

    Kenapa masih ada yang marah dgn mengatakan yang ayah pin tak patut kena mcm tu oleh kerajaan kerana itu adalah hak beliau dlm kebebasan beragama....wahai orang2 yg jahil...korang ni tak belajar ke?dalam perlembagaan dah cakap yang ISLAM adalah agama rasmi di negara ini dan memandangkan negara ni negara demokrasi so tiada sekatan bagi penganut agama lain menjlnkan aktiviti2 ibadah diaorang.tapi itu bagi mereka yang sememangnya dari agama lain so diaorang bebas utk ibadah di dalam negara ini.TAPI BUKAN BAGI MEREKA YANG ASALNYA ISLAM TAPI KEMUDIAN MURTAD maka di situ kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap mereka2 yg khianat ni..klu diaorg ni mmg asalnya kafir takpe tp mcm si pin dan pengikut2 tegar nya yg masih tak insaf tu diaorang melayu dan kat ic dia ISLAM...takkan tak tau kot??jadi kat negara ni memang ada denda utk mereka yg murtad...aku tak pandai ckp lebih2 tp bagi aku si pin tu memang bersalah coz klu nak murtad dan hina islam sendiri n sorang2 takpelah...wlupun takleh la camtu tp dlm kes si sengal ni dia dah lama beroperasi mempengaruhi orang2 lain utk ikut ajaran sesat dia tu sampai ade org islam sendiri yg dah buta n gelap hati ikut dia.itu kira SALAH la..klu sesape yg dah tgk vcd tu cuba perhatikan yg si bodoh pin ni byk aim kat kampung2 org asli sbb dia tau kat tmpat2 tu most of them are from very low education background and poor dalam bidang agama...tu yg senang si pin pon ni nak pengaruh...subhanallahh...lastly aku nak tegaskan yg ISLAM adalah agama yg tak menyekat orang bukan islam utk beribadah...tp bagi mereka yg murtad atau belot sememangnya ALLAH sendiri ada hukuman yg setimpal bg mereka2 yg durjana ini...fikirkanlahhh

  • Anonymous
    1:13 AM  

    dulu masjid rtb bujal pun kena buang kat lombong...

    adakah masjid rtb bujal tu setaraf dengan binaan kera jaan hangit AP nih?

Design by Amanda @ Blogger Buster