Sekilas pandang mengenai aktiviti mingguan di kawasan "kerajaan Langit".  

Sunday, July 31, 2005


Setiap ibadah yang dilakukan oleh agama apa sekali pun haruslah melalui beberapa perkara yang ditetapkan oleh agama/kepercayaan itu sendiri. Disini saya huraikan satu-persatu berdasarkan apa yang pernah di ceritakan oleh bekas pengikut ayah Pin. Buat pengetahuan anda semua kos keseluruhan membina kawasan seperti ini menelan belanja kira-kira RM5 Juta.
*
**
Pengikutnya yang baru sampai ke kawasan ini hendaklah mengelilingi beberapa binaan dan simbol sebagai langkah pertama untuk memulakan acara yang ditetapkan ayah Pin.
*
**
*
Sementara pangikut yang berada diluar menjalani rutin yang ditetapkan oleh ayah Pin. Dikawasan rehat itu juga dikelilingi (upacara tawaf) beberapa pengikut ayah Pin yang rapat dengannya. Mereka ini juga terdiri daripada penjaga bangunan, 'staff' atau orang kepercayaan yang membantu ayah Pin menjaga kepentingannya.
*
**

Setelah usai menjalani aktiviti rutin terbabit, orang kepercayaan ayah Pin akan menuju ke rumah perhimpunan untuk menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Lihat marmarnya.. perghhh berkilat.. Mesti jenis mahal punya.

*

**

Menawan... Payung yang menyerupai bumbung F1 Sepang Kuala Lumpur. Bagi ayah Pin ia merupakan tempat dimana manusia meminta pertolongan dibawah lindungan Tuhan dan juga mempunyai hubungan dengan 9 planet didalam agama Hindu. - Ini mungkin juga disebabkan ayah Pin amat meminati Michael Schumacher. Tapi tak sempat nak dijadikan pengikutnya. Paling tidak pun tempat ayah Pin letak kamera takut-takut kalau jabatan agama datang nak serbu tempat nie.

*

**

Semacam satu ritual keagamaan yang diamalkan bagi penganut Hindu di Bali dimana penganutnya mengelilingi satu objek ditengah-tengah. Mungkin gaya ini ditiru dari sana agaknya.

*

Tuhan yang membuang masa di kedai kopi sambil mengutuk (mengumpat) hamba-hambanya yang lain... He he he. Haruslah diingatkan walaupun ayah pin tuh tuhan (anggapannya) dia juga harus membaca suratkhabar (the Star) untuk mengetahui keadaan semasa, bertambah hairan lagi membaca pun tak tahu (buta huruf) tapi masih boleh selak Star. Mungkin waktu nie ayah Pin sedang membuat sesuatu [Kun fa ya Kun]. sedangkan Rosli disebelahnya macam 'confuse' ajer. hmmm tak jadi pun.

*

Berehat bersama Tuhan.. setelah penat menyembahnya acara makan yang dibelanja olehnya (ayah Pin) terhadap hambanya. Walaupun tuhan belanja tapi ingat kena pakai duit jugak tau kalau tak "Rabak" tokeh kedai tuh.

*

Sedih.. Warung ditepi kawasan perumahan kerajaan langit ayah Pin - Buruk dan sangat daif. Tidak sepatutnya rumah pengikutnya seperti ini jika ia benar-benar tuhan yang baik jika dibandingkan dengan kawasan kerajaan langitnya yang menelan belanja RM5 Juta. Inilah jenis tuhan yang tidak kasih pada hamba-hambanya.

*




Beginilah rupanya bahagian belakang cerek ayah Pin. Siap ader pintu lagi. Sesiapa nak air bolehlah masuk kedalamnya. Saya rasa kalau dapat masuk pun best jugak sebab seumur hidup kita takkan merasa masuk dalam teko. Teko kat umah biasanya kecik. Paling tidak pun tikus ajer yang dapat masuk. Perempuan tuh mesti ingat.. kalau buat 'projek' dalam tuh saper yang tahu.

*

Sesi brainwash pengikut ayah Pin. Bertukar-tukar pikiran dengan tuhan.. hmmm ntahlah.

*

Kubur siapalah agaknya nie.. takder siapa yang pernah uraikan. Jika ader pembaca yang mengetahuinya, sila uraikan dalam komen anda.

*

Tuhan pun kena pakai payung? takut kena panas ke ayah Pin?? Dibelakangnya Pajero miliknya yang telah dibakar penceroboh Jihad baru-baru ini. Disebabkan ajaran pesong yang dibawanya. Fuiyooo banyak gak awek yang tenah follow dier. Bertuahnya badan yang bernama ayah Pin.

*

AddThis Social Bookmark Button

Kenyataan Profesor Mohamed Yusuf Ismail - UKM  

Saturday, July 30, 2005

Sebagai renungan bersama di sini saya huraikan sedikit sebanyak kenyataan dari Profesor Mohamed Yusuf Ismail, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, di Universiti Kebangsaan Malaysia;
*
**

Dalam agama Islam, ada ritual2 yang wajib, kalau kita sholat fardhu, sama sahaja di seluruh dunia, sama ada di Mekah, atau di Malaysia sendiri, tetapi dalam agama juga, ada yang dipanggil ritual sampingan, benda yang di anggap sunat, bukan wajib, dan ini terbuka kepada pelbagai terjemahan budaya. Apabila ada kemudahan untuk terjemahkan antara ritual sampingan ini, maka ada peluang untuk terjemahan itu dilakukan bukan mengikut terjemahan rasmi, jadi kes agama sesat ini biasanya ritual asas itu masih sama tapi dia punya wirid, ratip, amalan2 sampingan, itu diterjemahkan dalam bentuk yang ditentukan oleh pemimpin2 agama yang dikatakan sesat ini.
*
**
Acara wirid yang dijalankan didalam bilik gelap (perempuan)
*
Acara wirid yang dijalankan didalam bilik gelap (lelaki)
*
**
- Ajaran Ayah Pin Kerajaan langit, mempergunakan amalan atau wirid yang diluar kebiasaan penganut Islam lainnya. Pengikutnya melakukan wirid selama berhari hari tanpa keluar bilik. Lelaki dan perempuan disatukan dalam ruangan dalam acara wirid tersebut. Dan yang menariknya, pesertanya tidak seluruhnya beragama Islam, melainkan dari agama lain. Menariknya, meskipun Ayah Pin adalah seorang buta huruf, namun ia adalah pemimpin yang mempunyai karisma hingga pengikutnya mengagung-agungkan pemimpin itu setinggi langit. Apapun yang diperintah selalu dituruti sebulat kata dan perbuatan oleh pengikutnya.
*
**
Dan selalunya, pemimpin kumpulan tersebut mempunyai karisma yang menarik. Bila dia bercakap, semua orang akan bangun, memberikan perhatian, pemimpin agama yang berlaku di Msia mereka mempunyai karisma yang sangat tinggi, apa saja yang dia cakap orang akan ikut, sisa makanan dia orang akan habiskan, tangan dia orang akan cium, kaki dia pun orang akan cucikan.
*
- Dan inilah yang terjadi di ajaran Ayah Pin Kerajaan langit. Arifin Muhammad mengklaim dirinya adalah Tuhan segala agama. Kepada pengikutnya dia mengatakan semua ajaran agama adalah benar karena semuanya kembali ke Tuhan. Bersama pengikutnya, ia membangun sebuah teko raksasa yang melambangkan kuasa Tuhan yang dipercayakan kepada dirinya untuk melindungi dan mengayomi umat manusia. Pembangunan inilah yang kemudian menimbulkan kebencian dari masyarakat sekitarnya hingga merusak padepokan Kerajaan Langit pimpinan Ayah Pin yang melarikan diri. Pengikutnya percaya, Ayah Pin tidak pergi kemana mana karena ia mempunyai ilmu menghilangkan diri. Ajaran Kerajaan langit ini sebenarnya sudah lama berdiri di Malaysia sekitar 10 tahun. Arifin Muhammad yang beristri empat itu kepada pengikutnya mengaku mendapat wahyu bahwa hanya dengan menjadi pengikutnya, semua orang masuk surga tidak perduli agama yang mereka anut. Menariknya ajaran kerajaan langit menarik banyak pengikut, dan dibeberapa negara bagian Malaysia telah berdiri cabang ajaran Ayah Pin tersebut. Pengikutnyapun bukan orang kebanyakan, melainkan juga kalangan professional bahkan ada seorang Kapolda setempat. Profesor Mohamed Yusuf Ismail, Dekan Fakulti Ilmu Sosial dan Kemanusiaan, Universitas Kebangsaan Malaysia mengatakan mereka yang menjadi pengikut ajaran sesat sebenarnya punya perasaan dan pandangan yang sama. Mereka bingung dan menyangsikan agama yang ada serta mencari pencerahan batin dengan cara cara mudah.
**
*

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ramai di kalangan pengikut ajaran sesat di Malaysia, terdiri daripada golongan profesional, pendidikan tinggi dan sukses dalam kerjaya. Namun, ada juga di antara mereka dari kawasan pendalaman dan daripada golongan berpendapatan rendah; Apabila pengikut sesuatu agama itu mula mempunyai kesangsian, atau disillusionment, tentang pentadbiran agama rasmi, maka mereka mencari alternatif untuk agama, agama yang sama tapi amalan sampingan agak berbeza, ini membuka jalan kepada tumbuhnya ajaran sesat. Kumpulan agama sesat ini daya tarikan itu kuat, dia memberikan beberapa interpretasi yang memudahkan lagi pengikut2nya. Mungkin ada interpretasi yang mengatakan kita tidak perlu sembahyang, kita sembahyang satu kali sahaja, ini menimbulkan kacau bilau dari segi pemikiran rakyat, jadi kumpulan agama sesat ini harus dibendung.

*

Setengah orang berpendapat, jika ingin dibentuk, harus diberi pengajaran agama yang sebenarnya tapi ini, sudah dilakukan sejak kita masuk sekolah sehingga kita dewasa, diberikan ajaran2 agama yang dalam bentuk pakej yang standard, fardhu ain, sembahyang dan sebagainya. Yang kedua, kita kena tengok macam mana pentadbiran agama rasmi, yang ada sekarang, kadang kala ada perkara2 yang tidak begitu betul dari segi keuangan, duit zakat, duit baitulmal, perkara2 ini kumpulan ajaran sesat boleh mewujudkan satu alternatif yang lebih baik, setahu saya, dalam kumpulan ajaran sesat ini mereka akan membantu ahli2 mereka bukan saja dari segi spiritual dan morality, tetapi juga dari segi kewangan, misalnya kalau saya dalam keadaan terdesak, kumpulan ajaran sesat ini boleh membantu saya, dari segi kewangan pun ada, dari segi emosi pun ada, kalau orang daripada pemimpin dari ajaran sesat ini dapat membantu saya, maka kepada dia saya akan pergi, jadi kita kena tengok pentadbiran rasmi itu macam mana, ada bahagian2 tertentu yang tidak memainkan peranan sepatutnya.

AddThis Social Bookmark Button

Anak Ayah Pin merayu supaya ayah Pin pulang  

Friday, July 29, 2005

Ooo... ini rupanya anak ayah Pin pada isteri keduanya, Perihal keriduan anak pada ayahnya - ayah Pin. Dia juga ditahan pada oleh JHEAT pada 20 Julai lalu. Beliau digugurkan dari tuduhan ini mungkin disebabkan mereka (anak-anak ayah Pin) tidak terlibat dalam ajaran sesat ayahnya. Baguslah kalau begitu tetapi pantaun berterusan kenalah diberikan pada mereka. Manakan tidak, mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Walau bagaimanapun sebagai seorang anak mereka tidak boleh membenci dan menderhaka kepada ayah mereka disebabkan ajaran yang dibawanya. Sebagai seorang anak mereka merupakan orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Mungkin mereka ini dapat membantu kerajaan untuk menjejaki ayah Pin. dikawasan kampung berkenaan pula orang kampung dan sekitarnya akan mengadakan solat hajat untuk meminta pada Allah SWT supaya menjauhkan bala dari apa yang dibawa oleh ayah Pin dan menjauhi segala ajaran sesat. Kira-kira 2000 orang dari daerah Besut akan menunaikan solat hajat tersebut. sembilan ekor lembu akan dikorbankan untuk diagihkan pada penduduk kampung.
*
**
Komen webmaster - selamat mereka (anal-anak ayah Pin) ini tidak terpengaruh dengan ajaran ayah mereka, kalau tidak mungkin mereka merasakan mereka ini sama taraf dengan anak tuhan... Tentang solat hajat tuh janganlah penduduk kampung menghadirinya disebabkan jamuan lembu sebaliknya gunakan kesempatan terbabit untuk menimba informasi mengenai baik dan buruknya ajaran tersebut dan impak kepada masyarakat dan negara amnya. Jadilah Islam sederhana dari pelbagai sudut dan jauhi laranganNya.
*
**

Wajah-wajah pengikut ayah Pin yang taksub. Mereka ini ibaratnya tidak boleh dibentuk lagi dan mereka ini tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah. Botak macam tahanan penagih dadah. Padan muka mereka. Agaknyalah adakah mereka ini "bouncer ayah Pin"?.

AddThis Social Bookmark Button

Air tulang anjing, kapsul dan ayat suci  

Thursday, July 28, 2005


Air tulang anjing, kapsul disumbat najis

Air tulang anjing dan kapsul yang disumbat dengan najis ketua ajaran sesat Ayah Pin, disyaki punca utama menyebabkan pengikutnya patuh dan taat dengan ajaran sesat itu. Air tulang anjing dan pil najis Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, diberikan kepada individu yang mengunjungi markas Ayah Pin dengan alasan untuk menenangkan jiwa mereka.
*
Seorang guru yang enggan namanya dikenali berkata, rakannya yang juga bekas pengikut kanan Ayah Pin yang mendakwa pernah menjadi tukang masak untuk menyediakan jamuan himpunan kumpulan sesat itu memberitahunya individu yang kini masih menjadi pengikut kumpulan itu, termasuk golongan mewah akur dengan setiap arahan dikeluarkan Ayah Pin.Katanya, bekas tukang masak itu mendakwa individu yang mengunjungi markas Ayah Pin diwajibkan minum air sumpah dan menelan pil sebagai syarat utama menjadi pengikut ajaran ‘kerajaan langit’ itu.“Bekas pengikut Ayah Pin itu menceritakan kepada saya, dia ditugaskan menyediakan jamuan untuk pengikut ketua ajaran sesat yang datang untuk mendengar khutbah mingguan setiap malam Ahad beberapa bulan selepas Ayah Pin menerima wasiat sebagai pemegang kunci pintu syurga daripada bapa mentuanya dikenali dengan gelaran Hasan Anak Rimau, sekitar 1979.“Tiada ayat Quran dibacakan kepada individu mengunjungi markas kumpulan itu, sebaliknya diminta minum air sumpah dan menelan pil itu,” katanya ketika ditemui.
*
Bekas pengikut Ayah Pin itu dan beberapa rakan lain tidak sempat minum air dan menelan pil diberikan ketua kerajaan langit selepas menemui ketulan tulang anjing yang direbus dengan air dalam periuk besar di bahagian dapur kediaman ketua kumpulan itu.
“Dapur tempat pemerosasan air sumpah dan pil itu adalah tempat rahsia dan hanya mereka tertentu termasuk dia dengan beberapa rakan dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.“Ayah Pin amat percayakan bekas tukang masak dan rakannya yang lain kerana dia dianggap pengikut setia Hassan Anak Rimau,” katanya.
*

Guru itu juga mendakwa Ayah Pin ketika zaman remajanya suka berjudi, laga ikan, ayam dan pernah menyertai pertandingan suara burung merbuk.
Berdasarkan sejarah kehidupan Ayah Pin, guru itu berkata, Ayah Pin dan seorang lagi rakan baiknya yang pernah membuka markas di Bachok, Kelantan, lebih 10 tahun lalu, adalah murid kesayangan arwah Hassan Anak Rimau.
*
**
Kumpulan ajaran sesat persenda ayat al-Quran

Kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang berpusat di Kampung Batu 13, Hulu Besut bukan saja menyebarkan fahaman salah kepada pengikutnya, malah didakwa turut mempersenda ayat suci al-Quran.Perkara itu dikesan menerusi beberapa jubin lantai yang dipasang di kawasan laluan pejalan kaki menghubungkan setiap binaan monumen besar di perkampungan berkenaan.Jubin yang dipasang di laluan itu tertera seakan kalimah Allah dan ayat 'Lailahaillallah' mengejutkan kumpulan wartawan yang membuat liputan di kawasan berkenaan selepas dimaklumkan pasukan keselamatan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Muhammad Ramli Nuh, ketika dihubungi berkata, jika benar kumpulan Ayah Pin memasang jubin lantai mempunyai kalimah al-Quran, tindakan tegas boleh diambil bagi memperkukuhkan pendakwaan terhadap kumpulan itu.“Jika dakwaan terbukti benar, tindakan lebih berat terhadap kumpulan itu boleh dikenakan kerana mempersendakan ayat suci al-Quran dan hadis.“Bagaimanapun, kami menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menyiasat perkara itu secara terperinci bagi memastikan kesahihannya,” katanya.Ramli berkata, jika siasatan itu benar, hukuman lebih berat boleh dikenakan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Mengenai jaminan kerajaan negeri merobohkan monumen di markas Ayah Pin, Ramli berkata, tindakan itu akan dilakukan berdasarkan bukti pihak berkuasa tanah.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melawat perkampungan Ayah Pin atau Ariffin Mohamad, 65, bagi mengelak melanggar perintah mufti yang mengisytiharkan ajaran dan pegangan ketua kumpulan itu sesat.Katanya, siapa yang melanggar arahan Mufti boleh didakwa mengikut Seksyen 10 undang-undang Takzir dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

AddThis Social Bookmark Button

Dua suspek penceroboh di tahan dua hari  

Polis menahan 2 orang suspek yang menyerang dan merosakkan kediaman dan 'putrajaya' ayah Pin. Kedua-duanya mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan selama lima hari. seramai 40 orang terdiri dari keluarga dan rakan tertuduh bertindak liar menyerang pemberita.
*
**Demonstrasi membantah ajaran ayah Pin yang sedang dibawah kawalan Polis sebelum pencerobohan berlaku.
*
** Antara Pajero milik ayah Pin yang sempat dibakar oleh penceroboh.
BESUT 18 Julai - Sekumpulan 40 hingga 50 orang lelaki antaranya bertopeng ala ninja menyerbu dan membakar markas utama kumpulan ajaran sesat Ayah Pin di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13, Hulu Besut di sini, awal pagi ini. Kumpulan lelaki yang sebahagian besarnya berpakaian hitam dan bertopeng, termasuk ada yang berjubah, berkopiah dan berlilit kepala membakar dan merosakkan beberapa replika gergasi termasuk replika payung kuning, replika bulan sabit, replika cerek dan dewan perhimpunan yang dijadikan tempat berkumpul pengikut Ayah Pin. Antara replika gergasi di situ ialah kapal yang didakwa bahtera Nabi Noh. Turut dibakar ialah sebuah kereta Pajero milik Ayah Pin yang ditempatkan di garaj berhampiran pintu utama markas tersebut. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, dan keempat-empat isterinya bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika serbuan dilakukan antara pukul 4.30 hingga 5 pagi ini.
Bagaimanapun dalam kejadian selama hampir setengah jam itu, pengikut Ayah Pin tidak dicederakan dan sebahagian besar daripada mereka bertempiaran lari setelah menyedari `serangan' tersebut. Ketika serbuan dilakukan terdapat kira-kira 150 pengikut Ayah Pin bersama ahli keluarga mereka berada di perkampungan yang pembinaannya mencecah RM1 juta. Semua 35 buah rumah di perkampungan tersebut termasuk rumah Ayah Pin tidak dibakar oleh penyerang. Ayah Pin dan ajarannya sekali lagi menarik tumpuan umum setelah 21 orang yang dipercayai mengikut ajaran sesat itu ditahan dalam serbuan oleh pihak berkuasa pada 2 Julai lalu. Ayah Pin yang mendakwa sebagai pemimpin Kerajaan Langit masih bebas dan dia sendiri dilaporkan bersedia untuk ditangkap sekiranya dia melakukan kesalahan. Namun kerajaan negeri dilaporkan masih mengumpulkan bukti untuk mendakwanya walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ajaran Ayah Pin itu sebagai ajaran sesat.
Banyak pihak mempersoalkan kenapa kerajaan masih berlembut. Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1 Hussin Ismail memberitahu pemberita lewat petang ini berkata, sehingga kini polis masih menyiasat identiti kumpulan tersebut dan motif serangan mereka. ``Kita sedang mengumpulkan bukti-bukti termasuk mendapatkan keterangan saksi berhubung kejadian tersebut,'' katanya yang enggan mengulas lanjut. Sehari sebelum kejadian, para wartawan tempatan telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) `misteri' bahawa satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang penduduk akan berlaku di hadapan markas Ayah Pin kira-kira pukul 9 pagi ini. Saksi-saksi yang ditemui memberitahu kejadian berlaku terlalu pantas dengan lelaki-lelaki bertopeng itu memanjat pagar dan menyerbu masuk ke markas tersebut yang dikawal oleh beberapa orang pengikut Ayah Pin. Seorang pengikut Ayah Pin, Wan Mohamad Husni, 37, berkata, pada mulanya dia ternampak dua tiga orang lelaki berpakaian hitam berlegar-legar di luar pintu utama. ``Tiba-tiba lelaki-lelaki itu memanjat pagar dan diikuti oleh puluhan lelaki lain yang memakai topeng dan berjubah yang menyerbu dan membakar replika-replika yang ada di taman. ``Melihat keadaan itu, saya terus memberitahu penduduk lain agar segera menyelamatkan diri ke ladang getah berhampiran,'' katanya. Jusoh Hussin, 47, pula memberitahu bahawa keadaan semasa itu amat menakutkan dan dia bernasib baik kerana sempat melarikan diri bersama penduduk lain. ``Kami tidak berani melawan kerana sebahagian daripada penghuni sedang tidur, manakala, kami tidak tahu senjata yang digunakan oleh penyerang,'' katanya yang berasal dari Kelantan dan menjadi pengikut Ayah Pin sejak 30 tahun lalu.
Ditanya di mana Ayah Pin ketika serbuan itu berlaku, dia bagaimanapun enggan menjelaskan di mana ketuanya tetapi sekadar memberitahu Ayah Pin tidak kelihatan di perkampungan itu sejak kelmarin. Jusoh turut menunjukkan beberapa buah kereta milik penduduk yang cerminnya dipecahkan oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali itu. ``Saya bersyukur kerana semua penduduk di sini selamat dan rumah-rumah mereka tidak dibakar,'' katanya. Seorang pengikut Ayah Pin yang mahu dikenali sebagai Pak Ku berkata, dia terdengar tiga letupan kuat dan arahan daripada orang yang memakai jubah dan menutup muka, memberi amaran agar penghuni di perkampungan itu tidak keluar dari rumah. ``Tetapi saya tetap keluar dan saya melihat beberapa orang yang menutup muka sedang membakar replika dan ada yang membakar tayar,'' katanya. Pak Ku berkata bahawa sebelum penceroboh itu meninggalkan perkampungan itu, dia mendengar seorang daripada mereka melaungkan azan di pintu masuk ke tempat itu. Seorang lagi pengikut setia Ayah Pin yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 47, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Nurhayati Md. Nur, 27 dan dua orang anaknya berusia dua dan lima tahun sedang tidur. ``Apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu, ia sudah terlewat kerana lelaki-lelaki yang menceroboh itu ada di mana-mana dan kelihatan amat ganas. ``Saya memutuskan untuk berlindung dalam rumah bersama-sama isteri dan anak-anak.
Dari dalam rumah, saya dapat melihat api membakar beberapa replika dan bunyi cermin kereta dipecahkan,'' ujarnya yang juga berasal dari Kelantan. Menurut Abdullah lagi, setelah pihak penceroboh beredar, para penduduk memberanikan diri untuk memadamkan kebakaran termasuk di dalam dewan perhimpunan.
Dipetik : Komen Webmaster : Bagi pendapat saya keluarga dan rakan tertuduh tak payah menyerang pemberita. ini kerana perbuatan mereka adalah benar dan memang patut dibuat kerana kerajaan agak 'lembap' sedikit mengambil tindakan. Kemungkinan besar kesabaran mereka sudah sedikit tercabar. Jika mereka masuk surat khabar sekali pun orang ramai tidak akan mencemuh mereka malah memberi pujian. Dari pandangan saya mereka sedikit pun tidak bersalah. Jika mereka ditangkap pun sebab melanggar undang-2 pencorobohan. Tetapi ingat mereka menceroboh bukan kerana ingin merompak dan membunuh tapi mereka menegakkan syiar islam. Kalau boleh gambar mereka (yang mencoroboh kawasan ayah Pin) disiarkan agar mendapat contoh islam Hadhari. He he he.
Dalam kenyataan lain, adik Ipar ayah Pin Jusoh '70' yang beralamat batu 13 mencabar ayah Pin supaya keluar bersemuka dengan kerajaan jika dia dipihak yang benar, sifat pengecutnya itu menunjukkan dia berada di tempat yang salah. Sebenarnya ayah Pin merupakan seorang yang tamak duit sehinggakan perebutan kuasa antara mereka. Baginya Tok Hasan tidak seteruk ayah Pin yang mendakwa dirinya tuhan dan layak disembah. Tok Hasan hanya mengamalkan ratib secara kuat itu sahaja dimana ayah Pin mengagap tok Hasan merupakan orang yang lebih teruk perangainya berbaning dirinya. Sepanjang menjadi pengikut ayah Pin, Jusoh tidak nampak apa yang hebat pada ayah Pin tuh sendiri (Jeles Kot?). Tambahnya lagi ayah Pin semasa mudanya sebagai penjual akar kayu, itu sahaja.


AddThis Social Bookmark Button

Ancaman kepada struktur binaan ayah Pin..  


Kerajaan langit yang dipimpin oleh ayah Pin berdepan dengan ancaman untuk merobohkan struktur binaan yang menyimpang dari ajaran islam sebenar. Binaannya itu berdiri di ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh kumpulan (group) dalam Kampung La. Arahan telah dikeluarkan kepada ayah Pin dan orang berkaitan namun setakat ini tiada tindakan diambil oleh ayah Pin sendiri. Jika tiada respon dari ayah Pin kemungkinan besar pihak Majlis terpaksa mengambil tindakan mahkamah untuk merobohkan sendiri binaannya. Binaan yang tidak mendapatkan kebenaran majlis tempatan itu termasuk cerek gergasi, payung gergasi dan kapal konkrit. Notis roboh telah diberikan kepada pemilik tanah dalam jangkamasa sebulan dan tindakan susulan akan diambil jika proses merobohkan tidak diendah oleh tuan tanah terbabit. Orang ramai dan pihak majlis tempatan tertanya-tanya apakah fungsi cerek, payung dan boat gergasi didirikan diatas tanah pertanian?. Antara struktur bangunan yang didirikan oleh pengikut ayah Pin adalah cerek gergasi berwarna pink, Replika concrete bot panjang, Istana untuk pengikut ayah Pin berkumpul, Payung besar berwarna Oren, jambatan and a wakaf (pondok). Salah seorang pengikut ayah Pin memberitahu bahawa bangunan itu tidak akan dirobohkan tambahan pula katanya pihak media banyak menceritakan pembohongan mengenai perihal ayah Pin. Ayah Pin sekarang didalam proses melantik peguam untuk membela diri.
***
*
Berikut adalah struktur yang akan dirobohkan. Antaranya adalah :
Teapot (Teko) - represents purity of water. - Mewakili air suci.
Vase (Pasu) - to accept water flowing from the teapot. The vase is said to have healing properties. - Pasu besar ini menerima air dari teko air besar dan dipercayai mempunyai azimat menyembuhkan penyakit.
Well - it supplies water to the teapot. - Telaga yang memberikan sumber air pada teko terbabit. Wekkkk... sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut perihal telaga tersebut.
Rumah Bulat - where Ayah Pin meets his guests. - Untuk ayah Pin menemui tetamunya.
Rumah Nasyid - where followers chant. - Tempat pengikutnya menyayikan puji-pujian.
Dewan Perhimpunan (Assembly Hall) - where followers hold gathering and meet Ayah Pin on weekends.
Wakaf (Shelter) - place to rest and recuperate - Tempat rehat.
Boat - it is said to be Bahtera Nabi Noh (Noah's Ark)
Pathway - to the assembly hall and graveyard
Graveyard of Mohamad Ya (Aug. 11, 1950 - Oct. 3, 2003). He was an apostate who conceptualised the design of the structures in the Sky Kingdom based on his "visit" to the Sky Kingdom in the sky. Ayah Pin later build the structures costing more than RM5mil [About $1.3 million]. - Saya kurang pasti maknanya dalam bahasa Melayu, Jika ader sesiapa nak terangkan silakan untuk menulis komen.
Crescent - symbol for people who do not have any religion including Orang Asli and Orang Bunian. - Symbol bagi orang yang tidak punya agama dan pegangan terutama Orang asli dan Orang bunian.
Umbrella - a place for people to take shelter beneath God. It can also be associated with the nine planets in Hinduism. - Tempat dimana manusia meminta pertolongan dibawah payungan tuhan dan juga mempunyai hubungan dengan 9 planet didalam agama Hindu.
*
*************
*

Webmaster - Pin VAder
TURN INTO THE DARK SIDE

AddThis Social Bookmark Button

Artis Lelaki dan lirik lagu ayah Pin  

Tuesday, July 26, 2005



Kemenangan mu semua menyanjungi
Allah melimpahkan nikmat bahagia
Lahirnya Ayah Pin meneraju utama
Imam Mahadi pangkat yang terteraHakim Rabbuljalil kini di persada
Dialah perutusan yang dicari-cari
Pemimpin yang unggul berilmu hakiki
Telah tiba sudah pemimpin terpuji
Menjadi tumpuan sekelian insani
Jendela dunia nyata dan dunia ghaib telah terbuka
Berduyun-duyunlah insan menundukkan dirinya
Meminta keredaan dari maha pencipta
Kehadiran utusan di nusantara
**
Hmmm... lirik lagu ajer dah sesat tambahan pulak kalau kita mempercayainya. Yang herannya ada artis yang menjadi ikutan pada ayah Pin nie. Siap bawakkan lagu nie lagi. Kenapalah jadi macam nie. Saya tidak mahu memaparkan nama dan artis nie, terserahlah pada anda untuk menekanya. Buat pengetahuan saudara semua artis yang saya paparkan nie bukanlah calang-calang artis. Populer gak dier nie saya pun meminatinya. Mungkin ini agaknya cara ayah Pin nak mencari ahli baru. Jika anda antara idola artis terbabit anda mungkin juga boleh mengikuti jejaknya. Nasib baik kita rakyat Malaysia tidak mendewa-dewakan artis kalau tak ntahlah...
*
****
*
Webmaster - Pin VAder
TURN INTO THE DARK SIDE

AddThis Social Bookmark Button

Saya tak takut ISA - Ayah Pin  

Monday, July 25, 2005



.:Dipetik Dari THE STAR :.
**

Pengasas kerajaan langit ayah Pin tidak akan gentar menghadapi ISA dan mahu beliau diberikan sebab oleh kerajaan mengapa beliau harus ditangkap atas akta itu.

Saya sanggup pergi ke balai polis dan tiada apa yang merisaukan saya kerana saya tidak membahayakan sesiapa dan saya mahu menyatupadukan manusia melalui kepercayaan masing-masing. Saya menyuruh orang Islam mengerjakan sembahyang lima waktu dan pada agama lain terserah pada agama masing-masing bagaimana hendak mengerjakan ibadah mereka. Komentar ini diberikan oleh ayah Pin yang mengulas kenyataan Datuk Noh Omar yang tidak akan mengambil tindakan ISA pada beliau.
**

DUA GENERASI.. Jarak umur antara dua madu ayah Pin (isteri pertama dan ke-empat)

Ayah Pin merupakan seorang yang buta huruf (tidak tahu membaca) dan menghabiskan sekolah hanya darjah 2 sahaja tetapi mengaku mempunyai kepandaian yang melebihi presiden Bush (Presiden Amerika Syarikat).

**

Pengikutnya yang bernama Smargery Pereira, 53 yang dikenali sebagai Mary menjelaskan bahawa ayah Pin sangat genius sedangkan beliau hanya tahu berbahasa Melayu dan tidak lebih dari itu. Dia boleh membaca mata dan fikiran manusia, dia adalah tuhan dan pencipta semesta alam ujarnya bersungguh-sungguh.

*

**

Ayah Pin sewaktu bersalaman dengan 'mat salleh' di Batu Caves semasa perayaan Deepavali yang lalu.

**

Sambil menghisap rokok beliau boleh memmbaca pikiran pemberita yang ingin menemu-ramah beliau. Saya akan bercakap dengan anda (pemberita) jika anda mempunyai niat yang baik. Jika anda mempunyai niat buruk adalah lebih baik saya menghindari mereka. Menerangkan kekuatannya beliau mampu membunuh orang dari jarak jauh melalui pikiran. Jika saya melihat mereka di TV menari dan ingin menjadikan mereka pekak saya boleh melakukan dari sini walaupun penari itu berada di London. Tetapi saya tidak akan melakukannya.

**

Lokasi ayah pin dalam peta Malaysia

**

Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan pengikutnya meninggalkan kumpulan "kerajaan langit" atas tekanan kerajaan, beliau menegaskan dia tidak akan berbuat begitu kerana mereka juga tidak pernah dijemput untuk menyertainya. Mereka bebas untuk datang dan pergi. Saya tidak akan menghalang mereka.

Walaupun kerajaan telah memusnahkan struktur yang dibinanya ia tidak akan berputus asa akan membinanya kembali.

Komen Webmaster... : begitulah manusia jika sudah percaya apa yang dibawanya ia tetap akan memperjuangkannya (samaada sedar atau pun tidak). Sifat ini haruslah dicontohi oleh generasi muda masa kini tapi bukan perkara seperti ayah Pin lakukan. Jika sifat ini dibawa oleh orang Melayu seperti perniagaan dan belajar mungkin kita sudah berada duduk sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

**

Tak Kering gusi, Setiap kali saya melihat gambar dibawah dan setiap kali itu juga saya ketawa sendirian. He he he he

*

**

Nama Singkatan sama dan sama kaya tapi pendekatan berbeza. Satu cara lembut tapi menyesatkan serta mengancam keselamatan negara dan akidah jangka panjang dan satu lagi mengancam ekonomi rakyat kecil yang memerlukan kereta sebagai barang keperluan. Kedua-dua King nie harus ditembak dengan senapang gajah. Keberadaan mereka ini boleh merosakkan bangsa dan negara. Yang satu AP dibawah lindugan menteri dalam kerajaan dan satu lagi diburu oleh kerajaan.

*
Perbandingan dua rumah AP king.. Dua-duanya berharga jutaan ringgit. Boleh migrain dibuatnya. Hasil dari sumber yang haram. Yang ayah Pin dah tak boleh kata apa dah. memang dan sememangnya haram dari segi agama. Tapi yang satu lagi adalah haram dari segi mengambil keuntungan melampau dan duduk di sebalik nama kerajaan islam hadhari Pak Lah. Saya harap Pak Lah dapat hapuskan kedua-dua AP nie.

Webmaster - Pin VAder
TURN INTO THE DARK SIDE

AddThis Social Bookmark Button

Ayah pin buat lawak sepastik  

Sunday, July 24, 2005

Wajah seorang lelaki macho masa kini yang namanya melonjak naik setelah sekian lama menyepi dari pantauan jabatan agama Islam . Tergambar diwajahnya pandangan jauh masa depan bakal Perdana Menteri di akhirat nanti.


**

Bergambar megah berlatar belakangkan "putrajaya"nya.

Antara yang ajaran ayah pin yang nyata sesat lagi menyesatkan... tetapi kita jangan lupa bahawa 'mamat' nie berjaya menarik "members" dari luar negara. Pelik memang pelik. Kita yang kutuk-kutuk pun kalau terkena hujah dan dalilnya pun mahu cair dibuatnya. Bayangkan perkara yang dibawanya itu memang jelas terpesong dari akidah... tetapi masih ada pengikutnya. Adakah mereka ini tidak belajar agama semasa mereka sekolah dahulu. Saya rasa tidak. Berikut saya uraikan satu-persatu.
**
Teko Ayah pin untuk pengikutnya yang kuat melantak kopi... agaknya - Dari sumber yang saya pernah baca, perasaankah anda dihadapan teko tersebut ada sebuah pasu yang berwarna biru?. Air didalam teko terbabit akan dituangkan kedalam pasu tersebut dan selepas itu air didalam pasu tersebut haruslah diminum oleh pengikutnya. Air ini dianggap sebagai "holy water" atau air suci. Pengikut baru ayah Pin yang datang ke perkampungannya haruslah meminum air ini dahulu untuk menyucikan diri.
*
**

Pandangan depan bahtera nabi Noh ayah Pin.

**

Pandangan sisi dan kepala kapal bahteranya.. Pelik juga dimana tempat duduk hanya dua orang sahaja, kalau jadi bah (banjir) saya rasa hanya ayah Pin dan perempuan pilihannya yang akan dapat duduk kat bahtera kayu tuh. Pengikutnya akan mati kelemasan. Jika saya berpeluang berjumpa ayah Pin saya ingin menyarankannya untuk membeli 'air craft carier' sebab besar. Kalau jadi banjir satu kampung selamaaaaaat.

**

Tuhan adalah manusia. - Yang nie paling best.. Macamana dia kata manusia tu tuhan. Agaknya dia nie merasakan dirinya tuhan maka sesenang ajer dia declare manusia tuhan.

PM serta para isterinya yang kita boleh dipanggil Puan Seri di akhirat nanti.

  1. Tidak perlu percaya kepada Rasulullah kerana Baginda adalah manusia dan semua masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan berzikir.Berzikir lebih afdal daripada sembahyang lima waktu. - Lepas ni kita jangan bekerja dan masaalah kita termasuk tak bayar duit ansuran kereta pun biarlah zikir tu settlekan.
  2. Syurga terhad kepada pengikutnya dan mereka yang masuk syurga ditentukan Ayah Pin. Solat lima waktu tidak wajib - Hmmmm... Yang nie memang sesuai pada orang yang liat nak sembahyang. Kalau nak rasa syurga tapi tak nak sembahyang bawak-bawak berjumpa ayah Pin nie.
  3. Guru iaitu Ayah Pin boleh ada di mana-mana saja dalam dunia ini.Mendakwa diri sebagai Tuhan - Samalah seperti saya, saya pun boleh berada dimana-mana dengan menggunakkan internet. Jika dibandingkan dengan saya ayah Pin tak boleh menandingi saya kerana saya boleh berada sepuluh tempat dalam dunia dengan membuka 10 web browser sekaligus. Bagaimana hebat saya sekali pun, saya nie merupakan hamba tuhan yang hina.
  4. Ayah Pin saja yang boleh melantik anak muridnya menjadi wali Allah. Mengingati Ayah Pin sebelum berzikir - yang nie berbeza skit ngan saya, saya boleh menjadi wali adik saya jika mahu menikah jika bapa saya tiada.
  5. Diresapi roh nabi pada satu masa boleh bertukar menjadi Imam Mahadi - Yang nie macam citer transformer. Kekadang jadi keta kekadang jadi robot.
  6. Mengorbankan harta benda apabila diperlukan Ayah Pin - Kalau anda banyak sangat harta anda boleh korbankan harta benda padanya...
  7. Mendakwa naik ke tujuh petala langit dan duduk di Arasy - Saya rasa belum ada lagi anak melayu yang dah mencecah bulan (langit pertama) jika betul ayah Pin dah naik ke tujuh petala langit maka kita sebagai rakyat Malaysia merasa berbangga kerana ayah Pin telah pun menjadi astronomer Melayu yang naik ke angkasa. Kalau tujuh maknanya dia dah melepasi galaksi. Tapi kenapa ayah Pin tak nak declarekan exploration nyer pada NASA?.
  8. Mendakwa menerima senarai nama pengikutnya daripada Tuhan - Alamak saya tiada dalam senarai ker? memang nasib saya tak baik... agaknya.
  9. Tidak sah berimamkan orang lain kerana martabat pengikut adalah lebih tinggi - So kalau martabat pengikutnya lebih tinggi dari orang lain. Naper dalam berita saya lihat kebanyakkan pengikutnya yang ditangkap macam orang tak terurus?. Saya hairan martabat yang macamana yang dimaksudkan ayah Pin? ilmunya ker atau kekayaanya ker. Ntah lah......
  10. Mendakwa jadi perdana menteri di akhirat nanti. Rukun Islam dan hukum syarak tiada kena-mengena dengan Tuhan. - Setahu saya Perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman. lepas tuh bergilir-glilr sehingga pada Pak Lah sekarang ini?. Jika Ayah pin menjadi PM, dier mesti mewakili satu Parti. Kita diingatkan bahawa di Akhirat nanti kita ada parti yang mesti kita pilih untuk masa depan akhirat kiter. Kalau anda nak tahu di akhirat nanti jika anda ternampak logo Pin baju, itu adalah logo atau simbol parti ayah Pin. Jangan ragu-ragu anda di nasihatkan memberikan tanda pangkah... tengkorak ayah Pin.

.: Fakta kegiatan kumpulan Kerajaan Langit :.

**

Cara-cara pengikut Ayah Pin sembah hormat kepada beliau seperti seorang raja lagaknya. Ntahlah kenapa orang-orang ini taksub kepada Ayah Pin...

*

**

Hingga Julai 2005, kira-kira 120 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak tinggal di dalam 34 buah rumah kayu di perkampungan itu.

**

Masyaallah... Pengikut Ayah Pin yang ramai dan boleh menggugat keselamatan akidah dan negara. Kerajaan langit yang ditubuhkan memang boleh mengancam keselamatan negara.. cuma jenis kerajaan yang didifinisikan antara dunia dan akhirat. Jadi selepas ini jabatan agama ada menyediakan special ISA yang boleh mengugat keselamatan politik akhirat.

**

Beberapa binaan atau replika gergasi yang dibina di situ diakui oleh Ayah Pin sebagai memiliki beberapa signifikan mengikut ajaran Hindu. Antaranya sebuah teko yang dikaitkan dengan kesucian air, termasuk air yang memancut daripada dahi Dewa Shiva. Manakala replika payung pula dikaitkan dengan sembilan planet di dalam ajaran Hindu.

**

Ayah Pin sebagaimana dirakamkan dalam VCD yang disebar agak meluas di Terengganu, pernah berkunjung dan melakukan beberapa ibadat mengikut agama Hindu di Batu Caves, Selangor, kuil paling besar bagi penganut Hindu di Malaysia. Manakala sekeping VCD lain memaparkan Ayah Pin diberikan sambutan sebagai “Maha Guru Bhagawan Tok Ayah” oleh masyarakat Hindu di kepulauan Bali, Indonesia. Hadirin bergilir mencium tangan, menyembah malah sujud dan mencium kaki Ayah Pin.

**

Upacara adat istiadat semasa Ayah Pin dianugerahkan gelaran "Maha Guru Bhagawan Tok Ayah" oleh masyarakat Bali yang beragama Hindu.

**

Operasi tangkapan pada Sabtu 2 Julai 2005 bermula 5.30 petang berakhir 1 pagi dilaksanakan oleh 21 pegawai penguat kuasa JHEAT dan 40 anggota polis. Seramai 21 pengikut kumpulan tersebut ditahan, termasuk seorang inspektor polis dan ahli kumpulan rock. Ketua mereka, Ayah Pin, bagaimana pun tidak ditahan dan dibiarkan terus membuat kenyataan demi kenyataan melalui media. Manakala kesemua pengikutnya yang ditahan itu dibebaskan keesokannya dengan ikat jamin hanya RM1,000 seorang.

Ayah Pin, melalui satu temu bual yang disiarkan oleh TV, mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin pernah menemui beliau pada tahun 2004 lalu. Dr. Abdullah yang pada waktu itu sebagai calon BN bagi kerusi parlimen Besut didakwa meminta Ayah Pin dan pengikutnya memberikan undi kepada beliau dan calon BN yang lain. Ayah Pin mengakui mereka adalah pengundi BN! - Ntahlah No komen [Webmaster]

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster