Pengikut cari katak, jadi bomoh ekor.
Wednesday, August 31, 2005
![](http://photos1.blogger.com/blogger/7620/947/320/frog.jpg)
Perkara ini didedahkan oleh beberapa penduduk Kampung Batu 13 yang mengakui pengikut kumpulan itu sanggup melakukan pekerjaan yang menjelekkan dan menyalahi agama bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan mereka.
Seorang peniaga kedai runcit yang dikenali sebagai Ibrahim, 55, berkata, kedainya kerap kali didatangi oleh beberapa pengikut Ayah Pin yang hendak membeli bateri lampu suluh bagi mencari katak pada waktu malam. Saya hairan kerana mereka datang tiga atau empat kali seminggu untuk membeli bateri dan pernah bertanyakan tentang perkara itu kepada pengikut kumpulan berkenaan. Mereka beritahu yang bateri cepat habis kerana lampu suluh digunakan untuk menyuluh dan menangkap katak pada waktu malam di kawasan ladang getah di sekitar kampung ini,'' katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.
Sebanyak 58 pengikut kumpulan itu telah ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dibantu polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin lalu.
Perkampungan yang mempunyai beberapa bangunan dan replika gergasi seperti cerek dan payung itu kini lengang dengan hanya beberapa kanak-kanak yang menghuninya selepas operasi tersebut. Ibrahim memberitahu, pengikut kumpulan itu boleh mendapat sehingga empat hingga lima kilogram (kg) katak pada setiap malam dan ia kemudiannya dijual kepada peraih Cina. Mengikut kata mereka, katak-katak itu dijual dengan harga RM15 hingga RM17 sekilogram dan ia akan dijadikan hidangan kepada pelanggan di restoran-restoran bukan Islam di beberapa tempat termasuk di Kota Bharu, Kelantan,'' ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, markas kumpulan itu juga pernah menjadi tempat tumpuan kepada kaki-kaki judi dari beberapa kawasan berdekatan untuk mendapat nombor ekor.
![](http://photos1.blogger.com/blogger/7620/947/320/nombor_ekor.jpg)
Sumber : Utusan Malaysia
3:36 PM
Dear Webmaster,
I would like to inform you that your website doesn't view properly in Mozilla Firefox. I am sure, right now Firefox users represent significant proportion of internet users. I really hope that you can fix this problem.
Thanking you in advance for your time and consideration on this.
Ayah Pimp
3:43 AM
Assalamualaikum.
Saya berharap anda akan membaca sehingga akhir komen saya ini dan berharap saudara/saudari dapat menyampaikan
pendapat saya kepada mereka2 yg sedang berusaha di
belakang tabir untuk menyekat ajaran ayah pin ini atau pun kepada pengikut ayah pin itu sendiri.
Semoga ini dapat membantu. Namun suka saya ingatkan bahawa ini hanyalah pendapat saya sahaja. Mungkin benar, mungkin tidak.
Bila ada perkara semacam ini, saya selalu hairan/sedih
dan tertanya-tanya...mengapa ada pengikut? Sampai kan
Ayah Pin yang mengaku jelmaan tuhan pun ade pengikut
terutamanya di kalangan orang Melayu Islam.
Mengikut pandangan saya ramai dikalangan pengasas
ajaran sesat ini adalah mereka yang terkejut apabila
buat pertama kalinya mereka mengalami satu suasana
yang dipanggil OBE(out-of-body experience)/astral
travel/meraga sukma(bahasa ilmu tenaga dalam)/ fana'
ke alam-Mithal (bahasa perjalanan tariqat) yang mana
semua manusia Muslim or non-muslim secara biologinya
mampu pergi ke alam tersebut yang juga disebut alam
ghaib. Dan bila berada disana pelbagai gedung keilmuan
akan terbuka terutamanya yang berbentuk
falsafah/ketuhanan. Maka atas sebab itulah ramai di
kalangan ahli meditasi yang sampai kealam tersebut
selalu berbicara tentang filosof bila kembali kealam
nyata.
Setakat ini kebolehan ini hanya dibicarakan secara
rahsia dikalangan pengamal ilmu tenaga dalam/tenaga
batin/tariqat . Saya selalu terfikir mungkin semua
orang Islam ini perlu dijelaskan tentang keupayaan
diri biology manusia itu sendiri yang secara fitrahnya
mampu ke alam tersebut. Dan selanjutnya menjelaskan
kepada mereka bila berada di alam tersebut secara
SENGAJA atau TIDAK SENGAJA, anda akan berada dalam
suasana lautan pengetahuan/keajaiban yang tidak pernah
anda rasakan sebelum ini. Maka anda akan mudah
terdedah kepada tipudaya/bisikan/anjuran syaitan dsb.
Oleh itu anda perlu kuatkan pengetahuan SYARIAT dan
sentiasa re-check dengan syariat terhadap apa-apa yang
diterima di alam tersebut.
Secara TIDAK sengaja,maksudnya ia terhijrah ke alam
tersebut akibat koma , pengsan , sakit atau melalui
satu amalan yang dibuat berterusan sehingga
menghasilkan daya konsentrasi tinggi dan penuh emosi
seperti zikir dan sujud ketika solat.
Secara Sengaja maksudnya dengan teknik dan latihan.
Untuk ke alam tersebut tidak sesusah mana iaitu dengan
teknik dan latihan yang sesuai,
(tekniknya banyak dibincangkan dalam Internet- Most of
non-muslim doing it for fun) dalam masa beberapa jam
atau beberapa hari dari sekarang kita boleh ke alam
tersebut. Apa yang penting ialah kebolehan untuk
memusatkan Konsentrasi.
Secara teorinya, bila semua orang Islam tahu akan
keupayaan biologi manusia ini maka mereka InsyaAllah
tidak akan berasa hairan bila ada hambaAllah
menyatakan mereka telah naik ke langit dan membawa
khabar yang pelik-pelik yang sesetengahnya bersifat
futuristic atau backward time travel. Kerana
kebanyakan mereka yang membawa cerita pelik ini
mempunyai tahap education yang rendah dan tidak
menyedari wujudnya kebolehan astral travel didalam
diri manusia.
MALANGNYA RISIKONYA-agak besar juga jika hal ini
disebar luaskan kerana kalau ramai orang yang ilmu
syariatnya kurang pergi mengembara kealam tersebut
tanpa guru pembimbing, ditakuti ramai pulak yang
menyeleweng mengaku tuhan, rasul, imam mahadi dan
sebagainya bila balik ke alam nyata.
Untuk maklumat lanjut saudara/saudari bolehlah taip
"astral travel" di search engine seperti yahoo ataupun
google.
Wallahu'a'lam
4:16 PM
Well,that is a full load of bullshit!
6:54 PM
can u justify your statement bollock? we are all anonymous cowards here. feel free to write you oppinion. i dont claim my previous comment to be true, it was just my oppinion.
11:49 AM
aku penah dengar gak pasal astral travel yg ayah pimp cite tu drpd member aku. tp tatau betul ke tak. kat internet cam relek je sembang pasal benda ni. mungkin ada kebenaranya kata-kata ko aku rasa
2:57 PM
Dalam rukun Islam & iman, tak ada langsung tuntutan mempelajari alam ghaib ni.
Dalam AlQuran & hadith, ada berbagai cerita mengenai syurga dan neraka.
Tetapi saya rasa semua ulama2 ahli sunnah sependapat dalam hal alam ghaib ini.
Rasulullah tak pernah memerintahkan umatnya melibatkan diri dalam alam ghaib ni, tapi hal2 fardhu ain, dunia & akhirat dah cukup jelas.
Orang2 yang bertakwa di zaman ini tak perlu melihat rupa bentuk Allah, rasulullah atau alam ghaib.
Penyembahan manusia atau berhala diharamkan dalam ajaran Islam, dosa besar #1.
Sekiranya ada antara kita secara tidak sengaja telah sampai ke alam ghaib ni, anggaplah sebagai dugaan dari Allah SWT.
Tak perlu nak ceritakan kepada semua orang atau nak mulakan ajaran baru.
7:01 PM
AKHIR ZAMAN NI BIASALAH :
Menjelang datangnya Imam Mahdi nanti akan muncul api yang besar dari arah Masyriq (tempat terbitnya matahari) dan menerangi seluruh ufuk selama tiga malam. Pada masa itu juga nanti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinya sebagai nabi berjumlah enam puluh orang
ada lagi nih :
KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.
Khutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
6:26 PM
Khutbah terakhir ni dah memang jelas, seluruh muslimin-muslimat perlu menghayatinya.
Sesiapa yang engkar dengan nasihat Rasulullah ni, terkeluar dari Islam.
1:19 PM
astral travel? kalau menurut apa yg aku baca, astral travel nih macam lebih kepada alam mimpi je.
sebagaimana kita tau, roh kita yg mengalami benda nih. dalam quran/hadis(tak ingat mana satu) ada menyebut, "roh itu adalah urusan tuhanmu" - lebih kurang gitu maksud dia.
jadi janganlah kita menyibukkan diri dengan astral travel ni, pasal ada benda lain yg lebih diutamakan - fardhu ain dan sebagainya...
2:58 AM
ini semua sukan.. sport toto. (tipu org tolong org)..... jgn marah2. sukan kan kerajaan nak bangunkan kat malaysia. kiter kene sokong.. muehehehehehe
11:42 PM
Oooittt ayah PIG? ko kat mana? Kalau ko BENAR kenapa pulak lari dan main nyorok2? Apa2 hal, ko boleh mintak tolong KERAJAAN LANGIT ko tuh...Apa kata kita pakat ramai2 BUNUH saje kesemua pengikut setia ayah PIG nih... kita tengok ayah PIG kluar ke tak, KERAJAAN LANGIT tuh tolong dia ke tak? Diorang gerenti suka sebab dapat gi ke KERAJAAN LANGIT, lagi pun diorang nak takut apa, sebab diorangkan ada PAS MASUK dan KERAKYATAN KERAJAAN LANGIT. Lagi cepat, lagi diorang suka. Itulah yang diorang mintak kita semua SEGERAKAN sebenarnya....