Kubur misteri yang ada di tanah ayah Pin.  

Wednesday, August 03, 2005


Pelik dan menghairankan mengapa kerajaan tidak memusnahkan tanah perkuburan Muhd Ya yang terang-terang sudah murtad. Dari cerita penduduk tempatan Muhd Ya merupakan ustaz lulusan Mesir dan diisytiharkan keluar agama islam setelah meng"join" atau menjadi pengikut setia ayah Pin. Dari apa yang dijelaskan oleh Pihak kerajaan kubur Mohamed Ya tidak boleh dirobohkan atas alasan tertentu. Mohamed Ya juga merupakan Ustaz di Nilam Puri, Kelantan adalah arwah kepada suami seorang ustazah yang juga mengisytiharkan murtad. Kamariah Ali 54 yang masih ditahan di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan, Selepas penahanan 59 pengikut Ariffin Mohammad, 20 Julai lalu. Kamariah merupakan wanita tunggal yang tidak dibenarkan ikat jamin oleh Pihak Polis. Mengikut keterangan penduduk kampung Muhammad Ya merupakan orang yang paling awal sekali menjadi pengikut setia dan meninggal dunia selepas mengalami kesakitan. Seorang pemandu teksi yang enggan namanya didedahkan mendakwa ketika menjadi pemandu teksi sekitar tahun 1990-an, Mohammed Ya yang tinggal di perkampungan kerajaan langit mendakwa apabila Mohamed Ya menggunakan khidmat teksinya meminta agar memberhentikan dia disitu apabila melihat Mazda ayah Pin berada diluar. Saya amat terkejut dan hairan sekali melihat Mohamed Ya mencium tangan ayah Pin sebelum meneruskan semula perjalanan apatah lagi Mohamad Ya merupakan lulusan agama dari Mesir. Semasa menjadi ustaz di Nilam Puri dia sudah pun menjadi pengikut setia ayah Pin. Selain besan Arrifin, Mohammad Ya merupakan seorang pengikut ayah Pin kekal murtad dan tidak akan kembali memeluk agama Islam. Muhamed Ya Meninggal semasa keadaannya masih murtad dan Ayah Pin meminta agar dikuburkan dalam kawasan perkuburan Islam tapi ditolak mentah-mentah oleh penduduk kampung.

AddThis Social Bookmark Button

16 comments: to “ Kubur misteri yang ada di tanah ayah Pin.

  • Aris
    12:50 PM  

    Berita terbaru: Ayah Pin telah ditangkap di Batu Caves

    12.58pm

  • Anonymous
    4:13 PM  

    Hmm kena tangkap masa tengah sembah berhala Hindu lah tuh... kosser, kan?

    -Lee Novotny-

  • Zampeada
    8:35 PM  

    klu boleh bhn2 yg disiarkan dlm weblog neh sila nyatakan sumber skali ya... nanti org kata plagiat.

  • Anonymous
    10:50 AM  

    betul ke?aku dok batu caves tak dengar pun berita ni..

  • Anonymous
    5:05 PM  

    berita terbaru: ayah pin telah ditangkap di batu caves. untuk kelirukan pihak polis, ayah pin menukar namanya kepada "ayappan".

    persoalan saya, kenapa kubur mesti dimusnahkan?

  • Anonymous
    6:41 PM  

    mana update baru blog nie. tensionnya tiap tiap ari masuk...gmabar tu jugak kuar. =(

  • Anonymous
    10:29 PM  

    Disini saya ingin menyatakan bahawa kubur misteri yang tertera itu adalah sebenarnyer kubur ADAM BUYUNG,abang kepada ayah-pin...nama dier daddy-pimp...dier berasal dari kerajaan stratossfera yang beralamat b-7423 jalan rusa,25055 pahang darul iman selangor....GO SALVO




    -Obi-Wan-Katok

  • Zampeada
    8:56 PM  

    tertunggu-2 juga perkembangan terbaru ayah pin... dah ditangkap ke belum... atau dah melarikan diri meninggalkan sistem suria kita... hilanglah keberkatan kita suma dgn pemergiannya... tambah pulak klu dia merajuk dan tak mau balik2... ha-ha. eh entah2 dia menyamar jadik pokok tak? isk... klu pokok... musti yg berkedut2 tuh kan...?

  • Anonymous
    12:18 AM  

    silap dah balik langit kot? siak je nie jantan. jumpa kompem aku kasi kicap kicap

  • Anonymous
    8:34 AM  

    kalau sebab orang tu murtad nak kena musnahkan kubur dia, maka camtu banyaklah kawasan lapang kat malaysia nih...

  • Anonymous
    1:28 PM  

    siarkan berita terkini dan hiburan sensasi berkenaan AYAH PIN.. :)

  • Anonymous
    4:10 PM  

    Ish...Iblis Pin ni mmg dah tak betol le kapla hotak dia.Hmm...ntah-ntah dia tu Missionary Gereja tak?Ye le,dapat murtadkan orang Islam dapat duit beb!Pastu bwk air patung mariam,kasi orang minum.Pas minum,bye-bye Islam!

    *patut la kaya semacam setan tu.Selain dari orang yang ikut dia tu sapot dia,dapat duit lagi dari pihak 'lagi satu'.Haiishh...Allah,please bless me and take my life while I'm in Islam.Amiin.

  • Anonymous
    1:18 PM  

    Assalammualaikum.W.B.K.T


    Kepada Muslimin/muslimat

    Seperti yang kita sedia maklum
    Fitnah dunia semakin nampak seperti yang kita ketahui
    tanda-tanda awal kiamat antaranya

    1.Hiburan diutamakan dikalangan umat Islam
    2.Orang Alim difitnah
    3.Orang jahil diangkat
    4.Lahir Pemimpin tidak adil dikelangan umat islam
    5.Maksiat berleluasa
    6.Hukum haram diketepikan
    7.Bukit bukau dirosakkan
    8.Bina bangunan mencakar langit
    9.Mengumpat sana dan sini
    10.Pembohongan berleluasa
    11.Orang Jahil hebat bercakap pasal agama
    12.Peperangan di sana-sini
    13.Runtuhnya Akhlak orang Islam dan banyak lagi

    Oleh itu banyakkanlah berzikir dengan menyebut nama Allah dan bermuhasabah diri. jangan gelapkan hati kita kerana hati yang gelap, kita tidak akan dapat mengenal siapa diri kita ,dari mana kita datang dan kemana akhirnya kita dan InsyaAllah jika kita dapat mengenal diri kita maka kita akan kenal kepada yang penciptanya.

    Tolong-menolonglah kita memperbetulkan Aqidah umat islam akhir zaman ini,bukannya dengan mengumpat,mencaci,malah mendatangkan fitnah.Kalau seseorang islam itu ada bukti ianya murtad,kita perbetulkan aqidahnya,kalau bukti tidak kukuh dan masih kita raguinya janganlah kita menambah fitnah dan mendatangkan dosa kepada diri kita.

    Ingatlah wahai umat Islam di dunia. "sebaik saja seseorang umat islam itu meninggal dunia lalu dikebumikan ,maka datanglah dua orang melaikat salah satunya bertanya....."Wahai sifulan binti si fulan, siapa saudaramu? lentas si mati tadi pun menjawab,muslimin muslimit saudaraku.....lentas melaikat tadi pun bertanya adakah kau anggap muslimin muslimat itu seudaramu sedangkan sewaktu kau masih hidup kau tidak pun pedulikan mereka,menolong mereka ketika susah,malah kau hina lagi mereka,kau fitnah dan bermacam-macam lagi yang bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh nabi muhammad S.A.W. itukah yang dikatakan saudaramu muslimin dan muslimat.

    Renungkanlah saudara/i semua.

    1.Jangan lelaikan hati kita
    2.beramal biarlah ikhlas,jangan beramal kerana hendak minta upah atau ganjaran daripada Allah.
    3.Sucikanlah hati kita dengan hiburan zikir setiap masa kerana Allah.
    4.Luruskan niat kerana Allah.
    5.Berhati-hati dengan fitnah dunia.
    6.Ingatlah asal usul kita ,dari mana kita datang dan kemana kita kembali.
    7.Jangan kita lalai kerana mengikut kata nafsu semua itu adalah cubaan untuk menguji kesabaran dan keimanan diri kita kepada Allah.
    8.Ya Allah! tidak ada daya dan upayaku menghadapi hidup ini melainkan dengan kudrat dan iradat daripadaMu. Amin

  • Anonymous
    7:22 PM  

    hahaha...ayah pin kena tangkap khalwat pat batu caves ke..ni mesti ayah pin tengah syok "panjat" mami jarum tak.yang satu pin dan yang satu jarum..dah kena lak tu....
    yg menghairankan ramai bijak pandai terpedaya dan taksub sama si tua kutuk tu...ni mesti pakai jin dari siam..
    apa tangkal dia pakai ni??
    macam2 hang ada pat dunia ni eh??
    tangkap ayah pin,bogelkan dia..lepas tu tabur gula dan madu..ikat dia pat pokok...biar semut api,semut kerengge and lebah gigit..kalau boleh biar tuang gula dan madu pakai teko gajah dia.

  • Anonymous
    9:52 PM  

    Ayah Pin tak boleh keluarkan wang di mesin ATM.

    Sebab dia terlupa nombor pin.

  • Anonymous
    7:18 PM  

    Aq dengar dia kena serang angin mahmar u.u klau betul dia tuhan,macam mana dia boleh kena penyakit?? Sesat2

Design by Amanda @ Blogger Buster