Penyamaran ayah Pin
Wednesday, August 17, 2005
Gambar diatas saya ambil dari Harian Metro yang dilakarkan oleh QRIE. Topi murah dikenal pasti antara yang dipakai oleh ketua ajaran sesat Ariffin Mohammad (ayah Pin). Ini bertujuan agar dapat mengaburi pihak berkuasa ketika berulang-alik dari Kelantan ke selatan Thailand. Ia juga sering dilihat memakai seluar pendek separas lutut dan baju T apabila berangkat ke negara berkenaan.
*
Inilah rupa bangsal ayah Pin di selatan Thailand tempat dimana ayah Pin menjalankan hobinya menyabung ayam dan 'port'nya bermain judi.
*
Pemimpin kumpulan ajaran sesat, Ariffin Mohamad, 65 (gambar), atau Ayah Pin kini dipercayai merancang menukar identiti bagi meloloskan diri untuk bersembunyi di Thailand bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, tindakan itu dikesan pihak berkuasa agama dan undang-undang di Kelantan yang mendakwa sudah tahu lokasi persembunyian pemimpin itu.
Menurut sumber, laporan terbaru diterima, Ayah Pin kini sedang bersembunyi di sebuah rumah rakan judinya di satu daripada kampung di Tumpat - daerah tiga isterinya ditahan, 31 Julai lalu. Malah, beberapa penduduk kampung tempat persembunyian pemimpin itu turut mendakwa melihat kelibat Ayah Pin yang dikatakan bersembunyi di sebuah rumah rakan rapatnya.
“Sehingga ini, maklumat yang kami ketahui Ayah Pin sedang membuat rancangan untuk menyeberangi ke Thailand dan menyembunyikan identitinya daripada diketahui penduduk tempatan.“Kemungkinan besar dia meloloskan diri ke Thailand kerana kampung terbabit terletak di sempadan di mana setiap hari penduduk menyeberangi sempadan secara haram,” katanya. Sumber itu berkata, rumah tempat Ayah Pin mendapatkan perlindungan itu amat terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat bermain judi.
Menurutnya, Ayah Pin dipercayai memasuki Kelantan menggunakan sebuah kereta dengan bantuan rakan rapatnya itu tetapi tidak dapat dipastikan bila dia tiba di kampung terbabit. Ayah Pin dikatakan lolos pertama kali apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan 21 pengikutnya,pada 3 Julai lalu.
Dua hari selepas itu, Ayah Pin dengan bangganya mencabar kerajaan untuk menahannya dengan alasan tidak gentar dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Bagaimanapun, perkampungannya menjadi gamat apabila replika cerek, payungdan bahtera dibakar dalam serangan oleh kira-kira 50 individu tidak dikenali, pada 18 Julai lalu. Sejak itu, perkampungan Ayah Pin menjadi tumpuan penguat kuasa JHEAT dan polis yang melancarkan gerakan untuk mencari pemimpin terbabit tetapi tidak berjaya.
Ayah Pin dikatakan masih berada di perkampungan itu tetapi didakwa tidak kelihatan apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan 59 pengikutnya di perkampungan itu, pada 20 Julai lalu.
Sumber : Metro
Jika anda tersempak dengan orang yang rupa macam tu. Jangan berlengah lagi carilah pondok telefon dan hubungi pihak berkuasa. hehehe
8:09 PM
kalau dah ada gambar ni jumpa orangnya kasi sula sama dia lah
8:49 PM
yang cakap banyak nie.. adakah anda pasti dalam gulungan yang benar dari 73 gulungang... insaf lah.. Allah maha pengasih...dan mahu hambanya yang hidup dalam kebaikan... Jazakallah, Wallahualam
11:41 PM
Ayah Pin O.K sikit. Kamu yang sembah batu tu lagi teruk. Ada ker sembah sesuatu yang kamu tak tahu dan tak kenal. Main agak-agak ke?.
Dasar Taliban.
11:45 PM
Islam Malaysia = Wahabi = Taliban = Osama Bin Ladin = sunah = gulungan yang terlibat membunuh cucu Rasullullah.
11:07 AM
giler pengikut ayah Pin. tu pasal tak belajar agama lah tuh...
5:01 PM
Pengikut2 AP dah sah gila, sebab dah minum holy shit water tu.
Tak tahu nak hormati ugama orang lain.
Kalau kau orang nak dimasukkan ke TR pun tak sesuai, elok dibuang negara saja.
Biar kau orang duduk di Siam atau Bali, sebab AP seronok benar ke sana.
Polis akan tangkap kau orang nanti, tunggu sajalah.
IP address kau orang pun boleh dikesan.
12:18 PM
woi bengong ape. dah takde benda lain nk wat ke? Allah dh turunkan ajaran yg betul2 sempurna ko apehal plak nk ubah2. bengong betul!!! tobatlah wei. budak kecik pun tahu mane yg betul dan salah. nmpak sangat org tua tu penipu. jgn jadi bodohlah wei...
10:25 AM
Hoi org di atas, kau cakap ayahpin ok. bangangnya kau.Ayahpin yg bodoh tu,tak sekolah, sabung ayam, bedal anak bini orang kau cakap ok. Kenapalah kau jahil sangat. Itulah kecik2 malas mengaji dah besar jadi bangang.
Hoi! org Islam sembahyang bukan sembah batu tp sembah Allah yg satu. Ka`bah tu hanya lambang arah tuju, perpaduan dan kesatuan dan kiblat org Islam. Tak ada ka`bahpun org Islam tetap sembahyang krn sembah Allah bukan batu.
Yang kau jadi pengikut ayahpin sembah apa. sanggup makan taik ngan air kumbahan babinya untuk apa. Untuk jadi bangang..
Bagus jadi Taliban, ada perinsip ada maruah, tidak sanggup negara mrk dijajah.. hidup Taliban..