Ayah pin buat lawak sepastik  

Sunday, July 24, 2005

Wajah seorang lelaki macho masa kini yang namanya melonjak naik setelah sekian lama menyepi dari pantauan jabatan agama Islam . Tergambar diwajahnya pandangan jauh masa depan bakal Perdana Menteri di akhirat nanti.


**

Bergambar megah berlatar belakangkan "putrajaya"nya.

Antara yang ajaran ayah pin yang nyata sesat lagi menyesatkan... tetapi kita jangan lupa bahawa 'mamat' nie berjaya menarik "members" dari luar negara. Pelik memang pelik. Kita yang kutuk-kutuk pun kalau terkena hujah dan dalilnya pun mahu cair dibuatnya. Bayangkan perkara yang dibawanya itu memang jelas terpesong dari akidah... tetapi masih ada pengikutnya. Adakah mereka ini tidak belajar agama semasa mereka sekolah dahulu. Saya rasa tidak. Berikut saya uraikan satu-persatu.
**
Teko Ayah pin untuk pengikutnya yang kuat melantak kopi... agaknya - Dari sumber yang saya pernah baca, perasaankah anda dihadapan teko tersebut ada sebuah pasu yang berwarna biru?. Air didalam teko terbabit akan dituangkan kedalam pasu tersebut dan selepas itu air didalam pasu tersebut haruslah diminum oleh pengikutnya. Air ini dianggap sebagai "holy water" atau air suci. Pengikut baru ayah Pin yang datang ke perkampungannya haruslah meminum air ini dahulu untuk menyucikan diri.
*
**

Pandangan depan bahtera nabi Noh ayah Pin.

**

Pandangan sisi dan kepala kapal bahteranya.. Pelik juga dimana tempat duduk hanya dua orang sahaja, kalau jadi bah (banjir) saya rasa hanya ayah Pin dan perempuan pilihannya yang akan dapat duduk kat bahtera kayu tuh. Pengikutnya akan mati kelemasan. Jika saya berpeluang berjumpa ayah Pin saya ingin menyarankannya untuk membeli 'air craft carier' sebab besar. Kalau jadi banjir satu kampung selamaaaaaat.

**

Tuhan adalah manusia. - Yang nie paling best.. Macamana dia kata manusia tu tuhan. Agaknya dia nie merasakan dirinya tuhan maka sesenang ajer dia declare manusia tuhan.

PM serta para isterinya yang kita boleh dipanggil Puan Seri di akhirat nanti.

  1. Tidak perlu percaya kepada Rasulullah kerana Baginda adalah manusia dan semua masalah yang timbul boleh diselesaikan dengan berzikir.Berzikir lebih afdal daripada sembahyang lima waktu. - Lepas ni kita jangan bekerja dan masaalah kita termasuk tak bayar duit ansuran kereta pun biarlah zikir tu settlekan.
  2. Syurga terhad kepada pengikutnya dan mereka yang masuk syurga ditentukan Ayah Pin. Solat lima waktu tidak wajib - Hmmmm... Yang nie memang sesuai pada orang yang liat nak sembahyang. Kalau nak rasa syurga tapi tak nak sembahyang bawak-bawak berjumpa ayah Pin nie.
  3. Guru iaitu Ayah Pin boleh ada di mana-mana saja dalam dunia ini.Mendakwa diri sebagai Tuhan - Samalah seperti saya, saya pun boleh berada dimana-mana dengan menggunakkan internet. Jika dibandingkan dengan saya ayah Pin tak boleh menandingi saya kerana saya boleh berada sepuluh tempat dalam dunia dengan membuka 10 web browser sekaligus. Bagaimana hebat saya sekali pun, saya nie merupakan hamba tuhan yang hina.
  4. Ayah Pin saja yang boleh melantik anak muridnya menjadi wali Allah. Mengingati Ayah Pin sebelum berzikir - yang nie berbeza skit ngan saya, saya boleh menjadi wali adik saya jika mahu menikah jika bapa saya tiada.
  5. Diresapi roh nabi pada satu masa boleh bertukar menjadi Imam Mahadi - Yang nie macam citer transformer. Kekadang jadi keta kekadang jadi robot.
  6. Mengorbankan harta benda apabila diperlukan Ayah Pin - Kalau anda banyak sangat harta anda boleh korbankan harta benda padanya...
  7. Mendakwa naik ke tujuh petala langit dan duduk di Arasy - Saya rasa belum ada lagi anak melayu yang dah mencecah bulan (langit pertama) jika betul ayah Pin dah naik ke tujuh petala langit maka kita sebagai rakyat Malaysia merasa berbangga kerana ayah Pin telah pun menjadi astronomer Melayu yang naik ke angkasa. Kalau tujuh maknanya dia dah melepasi galaksi. Tapi kenapa ayah Pin tak nak declarekan exploration nyer pada NASA?.
  8. Mendakwa menerima senarai nama pengikutnya daripada Tuhan - Alamak saya tiada dalam senarai ker? memang nasib saya tak baik... agaknya.
  9. Tidak sah berimamkan orang lain kerana martabat pengikut adalah lebih tinggi - So kalau martabat pengikutnya lebih tinggi dari orang lain. Naper dalam berita saya lihat kebanyakkan pengikutnya yang ditangkap macam orang tak terurus?. Saya hairan martabat yang macamana yang dimaksudkan ayah Pin? ilmunya ker atau kekayaanya ker. Ntah lah......
  10. Mendakwa jadi perdana menteri di akhirat nanti. Rukun Islam dan hukum syarak tiada kena-mengena dengan Tuhan. - Setahu saya Perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman. lepas tuh bergilir-glilr sehingga pada Pak Lah sekarang ini?. Jika Ayah pin menjadi PM, dier mesti mewakili satu Parti. Kita diingatkan bahawa di Akhirat nanti kita ada parti yang mesti kita pilih untuk masa depan akhirat kiter. Kalau anda nak tahu di akhirat nanti jika anda ternampak logo Pin baju, itu adalah logo atau simbol parti ayah Pin. Jangan ragu-ragu anda di nasihatkan memberikan tanda pangkah... tengkorak ayah Pin.

.: Fakta kegiatan kumpulan Kerajaan Langit :.

**

Cara-cara pengikut Ayah Pin sembah hormat kepada beliau seperti seorang raja lagaknya. Ntahlah kenapa orang-orang ini taksub kepada Ayah Pin...

*

**

Hingga Julai 2005, kira-kira 120 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak tinggal di dalam 34 buah rumah kayu di perkampungan itu.

**

Masyaallah... Pengikut Ayah Pin yang ramai dan boleh menggugat keselamatan akidah dan negara. Kerajaan langit yang ditubuhkan memang boleh mengancam keselamatan negara.. cuma jenis kerajaan yang didifinisikan antara dunia dan akhirat. Jadi selepas ini jabatan agama ada menyediakan special ISA yang boleh mengugat keselamatan politik akhirat.

**

Beberapa binaan atau replika gergasi yang dibina di situ diakui oleh Ayah Pin sebagai memiliki beberapa signifikan mengikut ajaran Hindu. Antaranya sebuah teko yang dikaitkan dengan kesucian air, termasuk air yang memancut daripada dahi Dewa Shiva. Manakala replika payung pula dikaitkan dengan sembilan planet di dalam ajaran Hindu.

**

Ayah Pin sebagaimana dirakamkan dalam VCD yang disebar agak meluas di Terengganu, pernah berkunjung dan melakukan beberapa ibadat mengikut agama Hindu di Batu Caves, Selangor, kuil paling besar bagi penganut Hindu di Malaysia. Manakala sekeping VCD lain memaparkan Ayah Pin diberikan sambutan sebagai “Maha Guru Bhagawan Tok Ayah” oleh masyarakat Hindu di kepulauan Bali, Indonesia. Hadirin bergilir mencium tangan, menyembah malah sujud dan mencium kaki Ayah Pin.

**

Upacara adat istiadat semasa Ayah Pin dianugerahkan gelaran "Maha Guru Bhagawan Tok Ayah" oleh masyarakat Bali yang beragama Hindu.

**

Operasi tangkapan pada Sabtu 2 Julai 2005 bermula 5.30 petang berakhir 1 pagi dilaksanakan oleh 21 pegawai penguat kuasa JHEAT dan 40 anggota polis. Seramai 21 pengikut kumpulan tersebut ditahan, termasuk seorang inspektor polis dan ahli kumpulan rock. Ketua mereka, Ayah Pin, bagaimana pun tidak ditahan dan dibiarkan terus membuat kenyataan demi kenyataan melalui media. Manakala kesemua pengikutnya yang ditahan itu dibebaskan keesokannya dengan ikat jamin hanya RM1,000 seorang.

Ayah Pin, melalui satu temu bual yang disiarkan oleh TV, mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Mohd Zin pernah menemui beliau pada tahun 2004 lalu. Dr. Abdullah yang pada waktu itu sebagai calon BN bagi kerusi parlimen Besut didakwa meminta Ayah Pin dan pengikutnya memberikan undi kepada beliau dan calon BN yang lain. Ayah Pin mengakui mereka adalah pengundi BN! - Ntahlah No komen [Webmaster]

AddThis Social Bookmark Button

17 comments: to “ Ayah pin buat lawak sepastik

  • hana_kirana
    2:31 PM  

    Aku terpikir, apa simboliknya tugu peringatan cerek/teko tu....

  • hana_kirana
    8:30 PM  

    ooooo... terima kasih perioknasik.... ye, betul kata awak tu.... mari sama2 peringat diri masing-masing.... :)

  • Anonymous
    8:16 PM  

    issu ni mmg hangat..tp pk2 kita kene ingat, hidayah tuhan tu xsume org dapat so mcm mna tinggi blaja pn klu hidayah xsmpi kt ati mmg jd la kita mcm pengikut ayah pin...bnk2 doa kt tuhan muntak kita still dlindungi oleh NYA

  • Anonymous
    9:00 PM  

    hehe lawak la blog pasal ayah pin nih... hehehe...

  • Anonymous
    12:18 AM  

    huhu!
    ayah-pin2... ini dah kurafat dah huhuh!

  • Anonymous
    1:44 PM  

    apelah memang la..... buat lawak ayah pin .Boleh lawan lawak antarabangsa.......... patut pihak USA buat interview la kat ayahpin ni canne boleh naik langit...huyo...... cerita dia dasyat gila boleh wat drama hollywood.

  • Xuer
    3:07 PM  

    aku x paham nape ramai org leh terpengaruh...x paham..dia ade ilmu ke aaa...aku teringin nak dengar ceramah dia ke ape ke..bleh terpengaruh ke...bodohla sape yg terpengaruh ni..ke ade ilmu pukau ke ape AP ni..pastu nape skrg baru nak hapus isu ni besar2 besaran..nape tak dr dulu...kg tu dah berkembang..byk dah yg diorang bina...x paham :x

  • Anonymous
    1:46 PM  

    mmm..aku dgr plak kerajaan gunakan ayah pin untuk suruh ayah pin pancing pengikut2nye undi BN. Ye la sebab diakan dah byk pengikut dah byk pengaruh.Sebab tu diorang tak dpt tangkap ayah pin ni, sbbnye saja tak nak tangkap.ada kepentingan politik. heheheh. Betul ke?

  • ady_hnr007
    1:40 AM  

    tengkoraq ko pin! bodo punye teko!!! kalo aku jumpe ko, gerenti pecah tengkorak ko aku sepak2 secukup rase!hei penyapu! muke cam kapal korek karam, ade ati ngaku tuhan lak...kambing gurun aku lagi ensem tau..

  • Anonymous
    10:37 PM  

    jahil bahlol tolol geduak

  • Anonymous
    11:14 PM  

    bodoooooooooooo!!! pin pong!!

  • Ain Sara
    4:09 PM  

    Ya Allah..sedihnye dgn pegangan ayah pin yg sesatnya tiada sempadan...MOga kamu insaf dan berbalik pada yang benar.....jgn hanya mentafsir..dan jgn hanya riak dgn diri kamu wahai ayah-pin..walau apa pon hujah kamu..walau apa pon dalil kamu..walau apapon tingginya ilmu kamu ttg agama2 yg ada didunia ini sehingga kamu menggunakannya kejalan yg salah..yg satu..yg benar dan sebenarnya hanyalah Islam...kamu sesatkan diri kamu....kamu sesatkan agama suci Islam kami..dan kamu tidak percaya wujudnya satu tuhan kami iaitu Allah....kamu hanya hamba Allah sama seperti kami...tiada apa yg hendak dinyatakan sebab kamu dahpun sesatkan diri kamu dgn kehendak kamu sendiri dan sesatlah kamu..dgn izin Allah...dah kamu ni takleh nak buat ape..dah...Moga sedarlah..Amin..Ketawalah bapak segala syaitan/iblis kerana dpt menambah bilangan pengikutnya...

  • Anonymous
    12:14 AM  

    paling aku suke part langit ke-7 tuh...caya lahh...cane la die naik kat sane...naik bahtera noh die agaknye...haddow...fenin aku...

  • Anonymous
    11:21 AM  

    YANG aku peliknya kenapa Menteri Dr Abdullah Mohamad Zin boleh ber jumpa ayahpin minta ayahpin sokong BN semasa p`raya 2004 dulu sedang kan Pej Mufti dah wartakan fatwa ayahpin sesat. Ayahpin pun ngaku sokong BN. Dr Abdullah bukankah menteri agama di Jab Perdana Men.

    KENAPA Kjaan bersendiwara dlm hal ini. Hari ni Menteri Besar T`ganu kata ajaran ayahpin tersebar ketika pemerintahan PAS, tapi Kjaan PAS pernah memenjarakan ayah pin 11 bln. Yg mana 1 betul..

    AKU ingatlah cerita ayahpin ni hanya mainan Kjaan saja. Ayahpin ahli umno apa salahnya main sorok ngan ketuanya Pemimpin umno. Bila sampai waktu p`raya mereka ber gabung. Yang pastinya mereka sama sama sesat. Sesat ayahpin ngaku tuhan sesat kjaan melawan undang tuhan. Betul ke..

    Ali babu

  • Anonymous
    1:17 AM  

    jgn le kite same2 meyalahkan antara satu sama lain kerana Ayah Pin anak iblis ni.same2 le kite memerangi ayah pin anak iblis ni.

  • Anonymous
    1:14 PM  

    macam main pondok2 ajer...

  • Unknown
    3:50 PM  

    ayah pin mengatal.aku pelik doh tngok teko dia cam ape tah. guna ilmu untuk pukau orng.

Design by Amanda @ Blogger Buster