Pengikut Ayah Pin perlu bertaubat
Sunday, July 24, 2005
Saya sebagai seorang bekas pelajar ajaran Ayah Pin merasa terpanggil untuk memperjelaskan tentang ajarannya yang telah memesongkan saya selama tiga tahun sebelum ini. Saya mengikuti ajaran Ayah Pin melalui kawan karib saya, Lepat, yang satu masa dulu pernah menjadi tajuk berita apabila anaknya dibawa lari ke England oleh bekas isterinya.
Saya adalah seorang yang selama ini jauh daripada Allah. Oleh itu, saya ingin mendekati-Nya setelah banyak berdosa. Inilah yang membuatkan saya boleh memasuki ajaran Ayah Pin yang saya fikir dapat menenangkan jiwa kosong saya.
Tetapi lama kelamaan, saya menjadi keliru kerana sepanjang mengikuti ajaran Ayah Pin, dia menyeru para pengikutnya agar tidak menunaikan sembahyang kerana menurutnya bagaimana kita mahu sembahyang sedangkan kita belum lagi mengenal Allah.
Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya meninggalkan ajaran Ayah Pin ialah apabila saya mendapati Ayah Pin membina kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut ajarannya.
Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak untuk meneruskan perintah Kerajaan Langit untuk ‘menyedarkan semua insan’ khususnya di Malaysia dan amnya di dunia.
Ayah Pin juga selalu menanamkan dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi dengan bantuan Kerajaan Langit.
Tambahan pula, dalam majlis-majlis pengajiannya, percampuran di antara lelaki dan perempuan berleluasa dan saya pernah terserempak Ayah Pin melakukan zina dengan isteri Rosly Abdul Samad (orang paling rapat dengannya) dan saya terus melaporkan perkara terkutuk itu kepada Rosly.
Saya adalah seorang yang selama ini jauh daripada Allah. Oleh itu, saya ingin mendekati-Nya setelah banyak berdosa. Inilah yang membuatkan saya boleh memasuki ajaran Ayah Pin yang saya fikir dapat menenangkan jiwa kosong saya.
Tetapi lama kelamaan, saya menjadi keliru kerana sepanjang mengikuti ajaran Ayah Pin, dia menyeru para pengikutnya agar tidak menunaikan sembahyang kerana menurutnya bagaimana kita mahu sembahyang sedangkan kita belum lagi mengenal Allah.
Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya meninggalkan ajaran Ayah Pin ialah apabila saya mendapati Ayah Pin membina kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut ajarannya.
Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak untuk meneruskan perintah Kerajaan Langit untuk ‘menyedarkan semua insan’ khususnya di Malaysia dan amnya di dunia.
Ayah Pin juga selalu menanamkan dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi dengan bantuan Kerajaan Langit.
Tambahan pula, dalam majlis-majlis pengajiannya, percampuran di antara lelaki dan perempuan berleluasa dan saya pernah terserempak Ayah Pin melakukan zina dengan isteri Rosly Abdul Samad (orang paling rapat dengannya) dan saya terus melaporkan perkara terkutuk itu kepada Rosly.
**
Wajah Rosly Def Gab C semasa menjadi pengikut setia atau orang kanan ayah Pin
**
Gambar Rosly (Lee space - bertanda merah) semasa mengangotai kumpulan Def Geb C
**
Malangnya Rosly dengan selambanya menjawab bahawa dia meredakan persetubuhan haram Ayah Pin dengan isterinya kerana dia cuma mengharapkan syafaat dari Ayah Pin. Saya amat keliru dengan kata-kata Rosly itu yang merupakan bekas pemain drum kumpulan muzik Def Geb C dan saya semakin keliru apabila Rosly memberitahu saya bahawa Ayah Pin adalah Imam Mahdi. Saya berfikir seorang diri bagaimana Ayah Pin boleh menjadi Imam Mahdi sedangkan dia bergelumang dengan perzinaan dan sering mabuk arak.
**
Sedar
Satu peristiwa lagi yang telah menyedarkan saya hingga membuatkan saya meninggalkan ajaran karut Ayah Pin ketika saya mendapati Ayah Pin membina kekayaan peribadi melalui kutipan duit daripada kami semua pengikut ajarannya. Ayah Pin mengatakan bahawa beliau perlukan wang yang banyak untuk meneruskan perintah kerajaan langit untuk “menyedarkan semua insan” khususnya di Malaysia dan amnya di dunia.
**
Minda
Ayah Pin juga selalu menanamkan dalam minda kami bahawa dia akan menjadi perdana menteri tidak lama lagi dengan bantuan kerajaan langit.Saya menyeru kepada Rosly dan rakan-rakan saya yang lain agar segera kembali ke pangkal jalan dan bertaubat sebelum Allah mengenakan azab ke atas mereka semua yang memesongkan ajaran Islam yang sebenar.
7:14 PM
sila remove gambar mamat pakai baju prinze tu.. dia member aku aa.. aku gurau-gurau dgn dia je taruk muka dia kat blog aku.. duhhhh.. marah lak member aku ni kang.. ok moderator.. nice blog and terima kasih sbb buat blog aku femes gak..
2:31 AM
Baiklah... saya akan meletakkan tanda - sekadar gambar hiasan OK??
8:54 AM
Dia bukan anak ayah pin lah..
Ni jawapan dari saudara lepat sendiri...
Salam Nurul [:-)]
TERIMA KASIH! di atas kejujuran dan ketertipan yang di persembahkan dalam bertanya.. Bukan dengan terus menghukum seperti telah di perlaku daripada yang sebelum ini.... [:-)]
Ok Nurul, Tenangkan fikiran, relax, ..dan Selamat merenung,
KERANA Nabi junjungan terpuji Muhammad SAW, pernah berkata,
"Adakalanya Manusia itu HANYA mendapat LAPAR DAN DAHAGA
semata mata di dalam Ibadah Puasa nya"......
Nurul...,
"Sewaktu saya mengaji di Agama di Perak dengan Haji Yazid,
Lalu orang orang di situ memanggilnya "Tok Haji Ayah Yazid" [:-)]
Di Pahang dengan Abu Darasan, Lalu orang memangilnya PAK Abu, dan ada yang memanggil nya Bapak dan Ayah Abu... [:-)]
Dan di Selangor, mengaji dengan Tok Ayah Man (Sebab Nama dia Osman)..
Dan Ayah saya, namanya Ariffin bin Ali, Berasal dari Pulau Pinang, bukan Terangganu.
Dan di sebabkan nama Ayah saya, Ariffin Bin Ali.. maka orang Panggil di Ayah Pin... Tetapi bukan Ayah Pin terangganu,
Itu Ariffin bin Muhammad... Dia masih Hidup, Dan Ayah saya sudah hampir 2 Tahun Meninggal Dunia.... [:-)]
Nurul, Inilah kebanyakan nya sikap orang Melayu, ....
Mudah sangat menerima dan terus menghukum...
Itulah sebabnya PIHAK ATASAN KERAJAAN, mudah MENUTUP
kesilapan kerajaan... Kalau ada kes menteri yang besar besar,
Maka ke esokan nya akan keluarlah di UTUSAN MALAYSIA dan HARIAN METRO, --> kes BUDAK PUNK MAKAN SAMPAH!
AJARAN SESAT!, AYAH PIN DI LIHAT MENYEBERANGI THAILAND!
Dan berbagai bagai lagilah...
Akan tetapi, Kalau isu ALTANTUNYA??
Kes CINCIN ROSMAH, KES LEMBU??, Kalau kes Menteri BN yang Rakyat sendiri begitu dahaga untuk mengetahuinya, Tidak pula
di perhebokkan oleh Utusan dan TV3. Kenapa Tak ditekan isu nya?
Ini di keranakan KEPEKAAN KERAJAAN keatas cara orang melayu kelas bawahan di malaysia berfikir.. Mudah tertarik dengan sentiment Agama dan masalah keperibadian individual, dan tentang individu yang mencuri duit Rakyat dan menyelewang wang Rakyat di selindunginya.... [:-)]
Saya telah kehilangan Anak di dalam HAK jagaan kerajaan Malaysia, Perkara itu telah menjadi liputan yang sangat besar di Malaysia pada 1997, Kerana saya TELAH di arah untuk meletak anak saya di dalam balai polis oleh MAHKAMAH SYARIAH PULAU PINANG dengan tanpa sebab... Kemudian di arah TIDAK BERHAK untuk berada di Perkarangan balai polis itu....
Setelah Anak saya di larikan ke London sekali lagi.. Kerajaan Malaysia mula membuat alasan bagi menutup ketirisan,
dengan mengatakan saya ini sesat, dan begitu ramai orang
kini menghukum saya dengan berbagai Hukuman... Hanya di keranakan kesamaan pada nama panggilan Ayah saya
semata mata. "Adil kah itu???" [:-)] --> KEJAM DAN ZALIM!!!
Padahal semua itu FITNAH!! Ayah saya BUKAN Ayah Pin teranganu Kerajaan Langit itu..,
"Kepada sesiapa yang menabur fitnah ke atas ku,..
Dengan hati terbuka, Aku Memaafkan nya dengan sejuta ketulusan hati, TETAPI yang menghukum Ayah ku, yang
mana nya telah membesarkan aku dengan kasih sayang..
Demi Allah dan 25 Rasulnya, "TAK AKAN KU MAAFKAN!!"
"Ketahuilah oleh mu, sesunguhnya dosa FITNAH itu adalah
satu dosa yang sangat BERAT hukuman nya"...
Kenapa tak melihat wajah gambar Ayah saya di Facebook
saya, dan Google gambar Ayah Pin Terangganu Kerajaan
langit. Dan selepas itu buat perbandingan pada wajah nya.
Bukankah itu lebih bijak..
Allah SWT sangat sayang kepada orang yang mengunakan
Akal fikir ke arah kebaikkan... [:-)]
Sekuian wassalam.
Aku yang Jauh di Perantauan...
Lepat..
4:35 PM
Gunakn akal fikiran.. Apa gna kita ada otak tpi tdk dgnakn... Samakh dgn haiwan? Siasat dlu sblum mnuduh..
8:44 PM
Siap mengaku kawan karib lepat lg..knapa nk wat cita dgn menfitnah org..xdapat apa2 manfaat pon selain dosa
11:34 PM
Astaghfirullah. Fitnah lepat semata mata nak buat cerita ayah pin. Memang la nama ayah lepat tu ariffin jugak. Tapi ayah lepat tu bukan ayah pin yg kerajaan langit. Konon ikot kawan baik saya lepat belajar dengan ayah pin. Lepat belajaq dgn ayah dia sendiri la weh. Bukan ayah pin kerajaan langit. Fitnah fitnah. Memandai buat cerita.
4:38 PM
Assalamualaikum... saya dibawa berjumpa dgn a.pin oleh sahabat saya lee space,ketika itu tempat itu belum cantik,perigi tempat mandi hanya berdinding papan, itu pun sebelah. jalan masih tanah merah. umur saya ketika itu 19 atau 20tahun,sangat mentah.Ketika mendengar A. pin bercerita di pangkin saya perasan ada sebuah kereta peronda Polis dan van jabatan agama,tidak terlintas pada saya ketika itu mereka sdang memantau A.pin. ketika mendengar cerita A.pin saya perasan dia memakai seutas rantai emas, dalam fikiran saya, kan hukumnya haram? org lain x perasan ke? oleh kerana umur saya yg muda, gelaran saya pon Adik kerana saya paling muda jadi diam sajalah. ketika berborak dgn A.pin saya x boleh pandang matanya rasa x selesa...
besok dalam perjalanan pulang ke K.L kami berhenti di sebuah pondok telefon,saya dengar perbualan Lee Space katanya "ENGKAU MESTI PERGI Bt13 TENGOK SENDIRI ITU BUKAN AYAH PIN ITU FIRAUN"
saya terselamat dari ajaran A.pin, dari terus ikut kerana perbualan LEE SPACE di pondok telefon.hati rasa was was kerana rantai emas dan mata A.Pin,tetapi kata kata LEE itu memahat keputusan saya supaya tidak ikut A.pin.
Tujuan saya ceritakan pengalaman ini untuk renungan bersama... satu masa dulu LEE SPACE juga belum tersasar, dia juga selamat kan saya. semoga dia , mereka semua kembali ISLAM, Amin
maafkan saya jika ad yg tersinggung
Adik CM
(Adik Central Market).
7:11 PM
Kesesatan yang nyata..masih tak sedar (pengikut ayah pin) gila