Sekilas pandang mengenai aktiviti mingguan di kawasan "kerajaan Langit".
Sunday, July 31, 2005
Pengikutnya yang baru sampai ke kawasan ini hendaklah mengelilingi beberapa binaan dan simbol sebagai langkah pertama untuk memulakan acara yang ditetapkan ayah Pin.
Sementara pangikut yang berada diluar menjalani rutin yang ditetapkan oleh ayah Pin. Dikawasan rehat itu juga dikelilingi (upacara tawaf) beberapa pengikut ayah Pin yang rapat dengannya. Mereka ini juga terdiri daripada penjaga bangunan, 'staff' atau orang kepercayaan yang membantu ayah Pin menjaga kepentingannya.
Setelah usai menjalani aktiviti rutin terbabit, orang kepercayaan ayah Pin akan menuju ke rumah perhimpunan untuk menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan. Lihat marmarnya.. perghhh berkilat.. Mesti jenis mahal punya.
*
**

Menawan... Payung yang menyerupai bumbung F1 Sepang Kuala Lumpur. Bagi ayah Pin ia merupakan tempat dimana manusia meminta pertolongan dibawah lindungan Tuhan dan juga mempunyai hubungan dengan 9 planet didalam agama Hindu. - Ini mungkin juga disebabkan ayah Pin amat meminati Michael Schumacher. Tapi tak sempat nak dijadikan pengikutnya. Paling tidak pun tempat ayah Pin letak kamera takut-takut kalau jabatan agama datang nak serbu tempat nie.
*
**

Semacam satu ritual keagamaan yang diamalkan bagi penganut Hindu di Bali dimana penganutnya mengelilingi satu objek ditengah-tengah. Mungkin gaya ini ditiru dari sana agaknya.
*

Tuhan yang membuang masa di kedai kopi sambil mengutuk (mengumpat) hamba-hambanya yang lain... He he he. Haruslah diingatkan walaupun ayah pin tuh tuhan (anggapannya) dia juga harus membaca suratkhabar (the Star) untuk mengetahui keadaan semasa, bertambah hairan lagi membaca pun tak tahu (buta huruf) tapi masih boleh selak Star. Mungkin waktu nie ayah Pin sedang membuat sesuatu [Kun fa ya Kun]. sedangkan Rosli disebelahnya macam 'confuse' ajer. hmmm tak jadi pun.
*

Berehat bersama Tuhan.. setelah penat menyembahnya acara makan yang dibelanja olehnya (ayah Pin) terhadap hambanya. Walaupun tuhan belanja tapi ingat kena pakai duit jugak tau kalau tak "Rabak" tokeh kedai tuh.
*

Sedih.. Warung ditepi kawasan perumahan kerajaan langit ayah Pin - Buruk dan sangat daif. Tidak sepatutnya rumah pengikutnya seperti ini jika ia benar-benar tuhan yang baik jika dibandingkan dengan kawasan kerajaan langitnya yang menelan belanja RM5 Juta. Inilah jenis tuhan yang tidak kasih pada hamba-hambanya.
*

Beginilah rupanya bahagian belakang cerek ayah Pin. Siap ader pintu lagi. Sesiapa nak air bolehlah masuk kedalamnya. Saya rasa kalau dapat masuk pun best jugak sebab seumur hidup kita takkan merasa masuk dalam teko. Teko kat umah biasanya kecik. Paling tidak pun tikus ajer yang dapat masuk. Perempuan tuh mesti ingat.. kalau buat 'projek' dalam tuh saper yang tahu.
*
Sesi brainwash pengikut ayah Pin. Bertukar-tukar pikiran dengan tuhan.. hmmm ntahlah.
*

Kubur siapalah agaknya nie.. takder siapa yang pernah uraikan. Jika ader pembaca yang mengetahuinya, sila uraikan dalam komen anda.
*

Tuhan pun kena pakai payung? takut kena panas ke ayah Pin?? Dibelakangnya Pajero miliknya yang telah dibakar penceroboh Jihad baru-baru ini. Disebabkan ajaran pesong yang dibawanya. Fuiyooo banyak gak awek yang tenah follow dier. Bertuahnya badan yang bernama ayah Pin.
*






Dan selalunya, pemimpin kumpulan tersebut mempunyai karisma yang menarik. Bila dia bercakap, semua orang akan bangun, memberikan perhatian, pemimpin agama yang berlaku di Msia mereka mempunyai karisma yang sangat tinggi, apa saja yang dia cakap orang akan ikut, sisa makanan dia orang akan habiskan, tangan dia orang akan cium, kaki dia pun orang akan cucikan.
Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, ramai di kalangan pengikut ajaran sesat di Malaysia, terdiri daripada golongan profesional, pendidikan tinggi dan sukses dalam kerjaya. Namun, ada juga di antara mereka dari kawasan pendalaman dan daripada golongan berpendapatan rendah; Apabila pengikut sesuatu agama itu mula mempunyai kesangsian, atau disillusionment, tentang pentadbiran agama rasmi, maka mereka mencari alternatif untuk agama, agama yang sama tapi amalan sampingan agak berbeza, ini membuka jalan kepada tumbuhnya ajaran sesat. Kumpulan agama sesat ini daya tarikan itu kuat, dia memberikan beberapa interpretasi yang memudahkan lagi pengikut2nya. Mungkin ada interpretasi yang mengatakan kita tidak perlu sembahyang, kita sembahyang satu kali sahaja, ini menimbulkan kacau bilau dari segi pemikiran rakyat, jadi kumpulan agama sesat ini harus dibendung.
Setengah orang berpendapat, jika ingin dibentuk, harus diberi pengajaran agama yang sebenarnya tapi ini, sudah dilakukan sejak kita masuk sekolah sehingga kita dewasa, diberikan ajaran2 agama yang dalam bentuk pakej yang standard, fardhu ain, sembahyang dan sebagainya. Yang kedua, kita kena tengok macam mana pentadbiran agama rasmi, yang ada sekarang, kadang kala ada perkara2 yang tidak begitu betul dari segi keuangan, duit zakat, duit baitulmal, perkara2 ini kumpulan ajaran sesat boleh mewujudkan satu alternatif yang lebih baik, setahu saya, dalam kumpulan ajaran sesat ini mereka akan membantu ahli2 mereka bukan saja dari segi spiritual dan morality, tetapi juga dari segi kewangan, misalnya kalau saya dalam keadaan terdesak, kumpulan ajaran sesat ini boleh membantu saya, dari segi kewangan pun ada, dari segi emosi pun ada, kalau orang daripada pemimpin dari ajaran sesat ini dapat membantu saya, maka kepada dia saya akan pergi, jadi kita kena tengok pentadbiran rasmi itu macam mana, ada bahagian2 tertentu yang tidak memainkan peranan sepatutnya. 



Seorang guru yang enggan namanya dikenali berkata, rakannya yang juga bekas pengikut kanan Ayah Pin yang mendakwa pernah menjadi tukang masak untuk menyediakan jamuan himpunan kumpulan sesat itu memberitahunya individu yang kini masih menjadi pengikut kumpulan itu, termasuk golongan mewah akur dengan setiap arahan dikeluarkan Ayah Pin.Katanya, bekas tukang masak itu mendakwa individu yang mengunjungi markas Ayah Pin diwajibkan minum air sumpah dan menelan pil sebagai syarat utama menjadi pengikut ajaran ‘kerajaan langit’ itu.“Bekas pengikut Ayah Pin itu menceritakan kepada saya, dia ditugaskan menyediakan jamuan untuk pengikut ketua ajaran sesat yang datang untuk mendengar khutbah mingguan setiap malam Ahad beberapa bulan selepas Ayah Pin menerima wasiat sebagai pemegang kunci pintu syurga daripada bapa mentuanya dikenali dengan gelaran Hasan Anak Rimau, sekitar 1979.“Tiada ayat Quran dibacakan kepada individu mengunjungi markas kumpulan itu, sebaliknya diminta minum air sumpah dan menelan pil itu,” katanya ketika ditemui.



Demonstrasi membantah ajaran ayah Pin yang sedang dibawah kawalan Polis sebelum pencerobohan berlaku.


Berikut adalah struktur yang akan dirobohkan. Antaranya adalah : 


DUA GENERASI.. Jarak umur antara dua madu ayah Pin (isteri pertama dan ke-empat)









.: Fakta kegiatan kumpulan Kerajaan Langit :.
Cara-cara pengikut Ayah Pin sembah hormat kepada beliau seperti seorang raja lagaknya. Ntahlah kenapa orang-orang ini taksub kepada Ayah Pin...
Hingga Julai 2005, kira-kira 120 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak tinggal di dalam 34 buah rumah kayu di perkampungan itu.
Masyaallah... Pengikut Ayah Pin yang ramai dan boleh menggugat keselamatan akidah dan negara. Kerajaan langit yang ditubuhkan memang boleh mengancam keselamatan negara.. cuma jenis kerajaan yang didifinisikan antara dunia dan akhirat. Jadi selepas ini jabatan agama ada menyediakan special ISA yang boleh mengugat keselamatan politik akhirat.
Beberapa binaan atau replika gergasi yang dibina di situ diakui oleh Ayah Pin sebagai memiliki beberapa signifikan mengikut ajaran Hindu. Antaranya sebuah teko yang dikaitkan dengan kesucian air, termasuk air yang memancut daripada dahi Dewa Shiva. Manakala replika payung pula dikaitkan dengan sembilan planet di dalam ajaran Hindu.
Ayah Pin sebagaimana dirakamkan dalam VCD yang disebar agak meluas di Terengganu, pernah berkunjung dan melakukan beberapa ibadat mengikut agama Hindu di Batu Caves, Selangor, kuil paling besar bagi penganut Hindu di Malaysia. Manakala sekeping VCD lain memaparkan Ayah Pin diberikan sambutan sebagai “Maha Guru Bhagawan Tok Ayah” oleh masyarakat Hindu di kepulauan Bali, Indonesia. Hadirin bergilir mencium tangan, menyembah malah sujud dan mencium kaki Ayah Pin.
Upacara adat istiadat semasa Ayah Pin dianugerahkan gelaran "Maha Guru Bhagawan Tok Ayah" oleh masyarakat Bali yang beragama Hindu.
Operasi tangkapan pada Sabtu 2 Julai 2005 bermula 5.30 petang berakhir 1 pagi dilaksanakan oleh 21 pegawai penguat kuasa JHEAT dan 40 anggota polis. Seramai 21 pengikut kumpulan tersebut ditahan, termasuk seorang inspektor polis dan ahli kumpulan rock. Ketua mereka, Ayah Pin, bagaimana pun tidak ditahan dan dibiarkan terus membuat kenyataan demi kenyataan melalui media. Manakala kesemua pengikutnya yang ditahan itu dibebaskan keesokannya dengan ikat jamin hanya RM1,000 seorang.