Telaga Ayah Pin yang kotor  

Sunday, July 24, 2005

Telaga..

Sebuah telaga yang dianggap keramat dan suci di perkampungan ‘Kerajaan Langit’ Ayah Pin di Kampung Batu 13, di sini, didapati berisi air keruh berbau busuk dan menjijikkan. Difahamkan, pengikut Ayah Pin perlu membersihkan diri menggunakan air telaga itu sebelum dibenarkan menemui pemimpin ajaran sesat berkenaan.Wartawan Harian Metro yang memasuki perkampungan itu selepas serbuan pihak berkuasa semalam, mendapati air telaga itu berwarna kehitaman.Dalam serbuan kira-kira jam 10.15 pagi semalam, seramai 59 disyaki pengikut Ariffin Mohamad, 65, ditangkap dan akan dihadapkan ke mahkamah syariah, pagi ini.
**
*
Gagal Ditahan..
Bagaimanapun, Ayah Pin gagal ditahan kerana dipercayai sudah melarikan diri dari perkampungan terbabit.Tinjauan Harian Metro semalam turut mendapati tiada sebarang peralatan teknologi canggih ditemui di perkampungan itu seperti yang pernah digembar-gemburkan pemimpin dan pengikutnya itu, sebelum ini. Malah, bilik disyaki milik Ayah Pin yang terletak dalam dewan utama, tidak terurus dan bersepah.Bilik di belakang kiri pentas utama itu sudah terbuka dan tidak ada penghuni di dalamnya.
**
*
Dewan..
Tinjauan turut mendapati dewan itu hanya ada sebuah televisyen, pemain video, pembesar suara, almari dan sebuah kerusi dipercayai digunakan untuk upacara keagamaan dan ceramah. Pintu utama ke dewan itu berdekatan pentas kecil Ayah Pin dan beberapa tingkap di situ didapati sudah pecah, manakala pintu di sebelah bahtera kayu dan lantai masih ada kesan terbakar selepas serangan antara 40 hingga 50 lelaki berlilit kain putih, Isnin lalu. Hanya payung dan teko gergasi konkrit yang didapati masih teguh tetapi terdapat kesan terbakar manakala paip pada pasu gergasi juga sudah bocor. Selain itu, lebih 20 kanak-kanak dan remaja di sekitar perkampungan itu didapati masih berlegar-legar di sekitar kawasan berkenaan tetapi suasana sungguh sepi.
**
*
Semasa Di Kawasan Ayah Pin..
Apabila dihampiri, remaja dan kanak-kanak itu sedang membungkus puluhan gula merah dipercayai untuk dijual. Harian Metro yang sempat menemubual mereka diberitahu, gula merah yang dijual RM2 sebungkus itu adalah pendapatan utama sebahagian mereka. Mereka mendakwa, ibu bapa lain turut melakukan kerja sendiri manakala dua daripada mereka, masing-masing berusia kira-kira 17 tahun, sudah berkahwin. Tinjauan dalam rumah pengikutnya dari luar juga mendapati kebanyakannya dihiasi dengan gambar lelaki dipercayai Ayah Pin dan tidak ada perabot mahal.

AddThis Social Bookmark Button

1 comments: to “ Telaga Ayah Pin yang kotor

  • aminn1234
    3:08 AM  

    Hasan Anak Rimau(Hasan Anak Limau sebenarnya)walaupun dah mati, pengikutnya masih bergiat aktif di Kg Bkt Mas, Tanah Merah. Bergerak di bawah nama Pertubuhan Belia Berwawasan (PBB),mendapat banyak bantuan dari pelbagai ajensi & jabatan kerajaan.Kini menubuhkan satu lagi persatuan; Persatuan Pemimpin Belia Parlimen Tanah Merah dinaungi YB. Kini merancang untuk mengadakan program Cabaran Gunung Kinabalu (CGK).Walau belum diluluskan oleh pendaftar pertubuhan, tapi banyak sponsor telah dapat. Isteri YB sendiri sebagai bendahari dan beberapa orang kuat politik lagi terlibat...harap pihak tertentu dpt pantau perkara ini.....

Design by Amanda @ Blogger Buster