Pengikut cari katak, jadi bomoh ekor.  

Wednesday, August 31, 2005

Beberapa pengikut ajaran sesat Ayah Pin dikatakan pernah mencari rezeki dengan melakukan pelbagai kerja pelik termasuk menjual katak kepada restoran bukan Islam dan menjadi bomoh judi nombor ekor.
Perkara ini didedahkan oleh beberapa penduduk Kampung Batu 13 yang mengakui pengikut kumpulan itu sanggup melakukan pekerjaan yang menjelekkan dan menyalahi agama bagi mendapatkan wang untuk menyara kehidupan mereka.
Seorang peniaga kedai runcit yang dikenali sebagai Ibrahim, 55, berkata, kedainya kerap kali didatangi oleh beberapa pengikut Ayah Pin yang hendak membeli bateri lampu suluh bagi mencari katak pada waktu malam. Saya hairan kerana mereka datang tiga atau empat kali seminggu untuk membeli bateri dan pernah bertanyakan tentang perkara itu kepada pengikut kumpulan berkenaan. Mereka beritahu yang bateri cepat habis kerana lampu suluh digunakan untuk menyuluh dan menangkap katak pada waktu malam di kawasan ladang getah di sekitar kampung ini,'' katanya ketika ditemui di sini, petang semalam.
Sebanyak 58 pengikut kumpulan itu telah ditahan dalam satu serbuan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu yang dibantu polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin lalu.
Perkampungan yang mempunyai beberapa bangunan dan replika gergasi seperti cerek dan payung itu kini lengang dengan hanya beberapa kanak-kanak yang menghuninya selepas operasi tersebut. Ibrahim memberitahu, pengikut kumpulan itu boleh mendapat sehingga empat hingga lima kilogram (kg) katak pada setiap malam dan ia kemudiannya dijual kepada peraih Cina. Mengikut kata mereka, katak-katak itu dijual dengan harga RM15 hingga RM17 sekilogram dan ia akan dijadikan hidangan kepada pelanggan di restoran-restoran bukan Islam di beberapa tempat termasuk di Kota Bharu, Kelantan,'' ujarnya.
Sementara itu, seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, markas kumpulan itu juga pernah menjadi tempat tumpuan kepada kaki-kaki judi dari beberapa kawasan berdekatan untuk mendapat nombor ekor.
Ujarnya, beberapa pengikut Ayah Pin mendakwa mereka boleh mendapat keputusan nombor ekor lebih awal dengan upacara `menurun' pada setiap malam Jumaat. Katanya, setiap kaki judi yang hendak mendapatkan nombor yang hendak dibeli perlu membayar di antara RM20 hingga RM50 kepada pengikut Ayah Pin yang kononnya boleh membantu dengan kuasa dari Kerajaan Langit. Saya sendiri pernah cuba untuk mendapatkan nombor daripada mereka, tetapi tak berhasil kerana nombor yang saya beli tak `naik'. Sebab itu saya sedar ini semua tipu,'' katanya ketika ditemui di Kampung Batu 13 dekat, sini. Menurutnya, selain itu para pengikut Ayah Pin juga melakukan beberapa kerja lain seperti penoreh getah, peneroka, tukang rumah, pemandu van pekerja dan juga penjual batu nisan.
Sumber : Utusan Malaysia

AddThis Social Bookmark Button

Sisa replika `Kerajaan Langit' dibuang ke lombong'  

Sebuah lombong terbiar di Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut dekat sini menjadi tempat pembuangan sisa replika gergasi dan premis yang dirobohkan dari perkampungan `Kerajaan Langit' Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut.
Beribu-ribu tan sisa runtuhan dipunggah keluar dari markas kumpulan ajaran sesat itu dan dibuang ke kawasan berkenaan sejak operasi meroboh dimulakan Ahad lalu.
Antara yang dirobohkan termasuk replika payung gergasi, kendi, cerek, bahtera dan dewan perhimpunan yang dipercayai dibina dengan kos RM2 juta.
Bagaimanapun 34 rumah pengikut kumpulan itu tidak dirobohkan. Tinjauan di kawasan lombong yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari perkampungan Ayah Pin mendapati, sisa runtuhan dilonggokkan di situ sebelum diratakan menggunakan jentolak. Beberapa tiang replika payung gergasi dan bumbung dewan perhimpunan kumpulan itu yang berwarna merah juga bertaburan dan tertimbus di kawasan tersebut.
Cebisan zink dan besi turut diasingkan di sebuah kawasan lain dan dipercayai akan dipungut oleh pembeli besi. Semua runtuhan itu diangkut dari perkampungan berkenaan menggunakan 20 lori Pejabat Tanah Besut, Majlis Daerah Besut, Jabatan Kerja Raya dan beberapa lori yang disewa daripada pihak swasta. Mereka memulakan kerja sejak pukul 9 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4.15 petang ini. Operasi merobohkan perkampungan itu dibuat setelah kumpulan berkenaan didapati membina bangunan atas tanah berstatus pertanian yang sekali gus melanggar Kanun Tanah Negara.
Tanah yang menempatkan markas utama ajaran sesat Ayah Pin itu adalah milik isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Ramli, 58.
Sementara itu, seorang pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Jaafar berkata, semua replika sudah dimusnahkan dan ditanam di kawasan itu.
"Antara replika terawal yang dibuang ialah kendi dan diikuti replika payung namun replika-replika itu sudah jadi kenangan kerana sudah ditimbus di lombong ini,'' katanya.
Beliau percaya kerja-kerja merobohkan replika gergasi itu akan dapat membanteras terus kegiatan ajaran sesat berkenaan.
Sumber : Utusan Malaysia..


AddThis Social Bookmark Button

25 perkara punca ajaran Ayah Pin difatwa sesat  

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu terdapat 25 perkara yang menyebabkan ajaran Ayah Pin difatwakan sebagai sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd. Wan Hassan berkata, antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;
  • Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah.
  • Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
  • Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wakil pembangkang, Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang DUN di sini hari ini. Wan Mohd. berkata, antara kandungan yang terdapat dalam ajaran itu ialah Ayah Pin satu-satunya orang yang boleh membawa Islam sebenar sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.
  • Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
  • Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy.
  • Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
  • Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.

Inilah antara perkara-perkara yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghapuskan ajaran tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,'' ujarnya.

AddThis Social Bookmark Button

Hubungan Mus dengan ayah Pin  

Thursday, August 25, 2005

Dalam wawancaranya dengan Kosmo, Mus.. (penyanyi kumpulan MAY) yang tidak usah saya perkenalkan lagi telah memberikan sedikit komentar mengenai hubungannya dengan ayah Pin. "Saya tidak perlu menafikan apa-apa, Jika ada yang bertanya saya jawab. Jika tiada mengapa saya perlu tampilkan diri?. Saya juga tidak berasa tertekan dengan situasi ini. Jika ada yang bertanya adakah saya pengikut ayah Pin, Saya ingin tanyakan kembali, apa maksud pengikut atau mengikut itu. Saya tidak paham". Sewaktu bertanya bagaimana dia mula terjebak dengan ajaran sesat tersebut, Mus menerangkan. "Saya tidak ke kuil. Saya tidak berbuat apa-apa yang salah. Saya hanya menyanyikan lagu tersebut kerana mereka tiada penyanyi. Saya pernah ke kerajaan langit tetapi tidak nampak apa-apa yang salah, itu cerita tahun 2003. Saya tidak tahu kalau itu pun dianggap salah". Kunjungannya kesana untuk mendapatkan perubatan secara tradisional selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. Mus hanya menegaskan "Saya tidak risau atau tertekan. Jika dia bersalah, Buktikan kesalahannya.

Sumber : Kosmo

Komen Webmaster : Baiklah brader Mus jika brader tidak faham apa itu pengikut atau mengikut ringan tangan saya untuk menaip di blog untuk memberikan jawapan apa itu mengikut atau pengikut. Mengikut atau pengikut diibaratkan sama seperti monyet dan beruk iaitu sama-sama memanjat pokok, berbulu, rupa diantara dua spesis ini, kegemaran yang sama dan banyak persamaan yang lain lagi. Sama ada mengikut atau pengikut 'rate' dosanya adalah se'level'. Ini berdasarkan jika anda nampak orang berzina tetapi mendiamkan diri malah tidak mahu melaporkan perkara tersebut pada pihak berkuasa maknannya dosa mereka yang melakukan perkara itu akan ada pada brader juga. Ini disebabkan... memang benar brader tak mengikuti orang yang berzina tadi tapi brader ibaratnya menjadi pengikut (setuju) di keranakan brader tidak melaporkan pada pihak berkuasa. Harap brader Mus paham perbezaan antara keduanya. Mengenai tampilkan diri atau tidak terserahlah pada brader Mus, Jika brader ingin membantu kerajaan berilah serba sedikit info mengenai ayah Pin sejauh mana yang brader tahu. Memang benar brader tidak ke kuil dan tidak nampak apa yang salah mengenai ayah Pin tetapi "based" on VCD ayah Pin yang saya lihat semasa brader mengambil gambar dangan ayah Pin dahulu... tidakkah brader tahu bahawa siapakah mereka-mereka yang berada disekeliling ayah Pin itu? Takkan itu pun brader tak tahu. Adakah brader jenis yang tak mahu tahu atau buat-buat tak tahu?. Mengenai lagu pula, berikan peluang kepada saya memberi komen (Terasa macam komentar Malaysia Idol pulak). Berbalik pada lagu ayah Pin yang menjadi kontreversi masa kini... tidakkah brader membaca lirik lagu tersebut sebelum menyanyikannya dan menyedari adanya unsur-unsur kurafat atau sewaktu dengannya?. Tidakkah brader sedar ader sesuatu yang tidak kena pada liriknya atau pun -MAAF- Tidak keterlaluan saya katakan jika mata Brader telah di tutup dengan duit ataupun ingin mendapat syafaat dari ayah Pin yang sesat tu. Bagi saya secara peribadi kisah brader nie sama macam cerita Marianna Salim yang saya rasa tidak dapat diterima oleh akal sihat. Jika brader ingin mendapatkan perubatan tradisional masih banyak tempat lain lagi yang disahkan oleh kerajaan. seperti Cakra Alam (ewahh macam promosilah pulak.. maaf saya dan cakra alam tidak ada share), dan berbagai bentuk perubatan tradisional yang lain, tak silap saya Datuk Harun Din pun menawarkan servis sebegini. Mengapa tidak berjumpa mereka?. Adakah brader nie yakin pada ayah Pin dapat membantu brader?. Fikirkanlah Brader selagi hayat dikandung badan.

AddThis Social Bookmark Button

Wajah terbaru Rosli...  

Wednesday, August 24, 2005


Rosli Samad (kanan) pengikut setia atau orang kanan ayah Pin dan bukan ini bersama Azli Karsani (ntah siapa) kelihatan sedang berbincang sesuatu selepas keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Besut. Kelihatannya Rosli sedang membaca sesuatu.
Sumber : Metro
Hai abang Rosli mana Ayah Pin? takkan tak tahu kot? tak takut ker kena sumpahan ayah Pin atau kena bunuh dari jarak jauh ker?. Agaknya abang Rosli nie sedang baca mentera macam mana nak elak dari kena sumpahan ayah Pin kot. Dari saya secara ikhlas... sudahlah, baliklah ke pangkal jalan. kembalilah ke agama islam dan ke jalan yang benar. Tidak ada pekdahnya ikut ayah Pin yang sesat tuh...

AddThis Social Bookmark Button

Saya Hanya Melancong  



"Saya tidak tahu bahawa tempat itu diwartakan sesat, sebaik sampai saya terus ditangkap oleh sekumpulan polis bersama yang lain, saya datang ke sana (Markas ayah Pin) hanya untuk melepaskan tekanan dan melancong". Kata Marianna Salim, 22 yang mengaku salah didepan hakim wan Syarie Wan Abdul Malik Wan Sidek di Mahkamah rendah Syariah Besut pada tanggal 23-08-2005.

Sumber : Metro

Hai Dik... umur dah besar panjang pun takkan tak tahu mana tempat nak melancongkot?. Bukan ker banyak tempat lain kalau nak melancong?. Pulau Tioman ker, Pangkor ker, Langkawi ker... dan kalau nak best pergi lah ke Sipadan ataupun Spratlly. Naper tempat ayah Pin tuh jugak pilihan ko. Aper... adik nie dah jatuh cinta ke dengan teko gergasi dier. Dato' Seri Paduka Abdul Kadir kita dekat separuh mati buat promosi pelancongan dalam negara takkan adik langsung tak tahu?. Pelik betullah adik nie. Kalau anda semua nak tahu adik kita sorang nie sebenarnya dah beberapa kali pergi ke Batu 13 Besut nie kerana tertarik dengan gaya kehidupan penduduk dikawasan sekitarnya. Nasihat saya pada diri saya dan adik sendiri, jika ada masaalah peribadi dan ingin melepaskan tekanan.. ringan-ringankan kaki adik ke masjid berdekatan dan dekatkan diri kepada Allah dan bukannya mendekati ayah Pin yang sesat nie.

Dipetik dari Berita Harian;

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan pelajar, Marianna Salim yang diperintahkan berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut kelmarin kerana terbabit dengan ajaran sesat Ayah Pin mematuhi perintah itu. Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Shaikh Harun Ismail, berkata kerjasama itu bertujuan memastikan pengikut Ayah Pin diberikan kursus pemulihan akidah."Memandangkan dia bukan dari Terengganu, JHEAT akan memastikan dia menghadiri setiap kelas pemulihan dan agama yang dikendalikan Jakim atau JHEAT."Apa yang cuba diketengahkan adalah pemulihan akidah dan bukan hukuman penjara atau denda. Itu lebih penting bagi memastikan mereka kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya semalam.Marianna, 22, graduan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur mengaku salah mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana melanggar perintah mufti yang mewartakan ajaran Ayah Pin sebagai sesat.Dia ditahan bersama 20 pengikut ajaran itu pada 2 Julai kerana berada di perkampungan Ayah Pin atau Ariffin Muhamad, 62, ketika serbuan.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd Wan Hassan, berkata pihaknya akan memastikan pesalah hadir pada setiap program pemulihan anjuran Jakim atau JHEAT."Kami akan pastikan pesalah hadir setiap program dan jika gagal, tindakan tegas termasuk melaporkan kepada pihak berkuasa yang mengeluarkan arahan akan dibuat," katanya.

AddThis Social Bookmark Button

47 Penyelewengan ayah Pin  


Mengenai 22 perkara baru yang bertentangan dengan Islam dilakukan oleh ayah Pin dalam ajarannya dimana kebanyakkannya adalah untuk kepentingan diri sendiri antaranya pengikut perempuan perlu melucutkan pakaian kerana ayah Pin mendakwa pakaian yang dipakai mereka tidak suci. Sebenarnya ada 22 dari 25 ajaran yang tidak pernah didedahkan sebagai tambahan pada ajarannya.

Antaranya adalah;
  • Ayah Pin akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti.
  • Waktu Solat subuh berpanjangan hingga ke Zuhur.
  • Al-Quran yang ada sekarang tidak benar.
  • Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikkan alam dan merosakkannya kembali.
  • Apabila bermimpi anak gadis pengikutnya berkahwin, si bapa perlu 'menyerahkannya' kepada ayah Pin untuk diserahkan kepada lelaki bertuah itu.
  • Anjur upacara pengampunan yang dilakukan ketika bulan mengambang dan pengikut wanita perlu menanggalkan pakaian yang tidak suci serta perlu bersetubuh dangan 'tuhan' untuk mendapat lebih berkat.
  • Pengikut perempuan dikehendaki bernikah secara batin dengan 'Tuhan' (ayah Pin)
  • Ayah Pin mempunyai keajaiban menyumpah orang menjadi batu dan menukarkan individu menjadi muda.
  • Wang diberikan Ariffin tidak akan habis apabila dibelanjakan.
  • Ayah Pin boleh membawa roh pengikut untuk berjumpa nenek moyang setahun sekali.
  • Isteri ayah Pin bukan orang biasa tetapi Puteri Gunung Ledang, Puteri Saadong, Puteri Nanu dan Puteri Matahari.
  • Semua benda boleh dimakan termasuk yang diharamkan oleh agama Islam.

Sumber : Metro

Kebanyakkan perkara sesat dan kepentingan ayah Pin ni banyak berkisar tentang perempuan dan seksnya, Bersetubuhlah, kena bagi anak dara pada dialah, berkahwin dengan Puterilah dan bermacam-macam lagi. Hmmmm tak paham saya dibuatnya. menyumpah macam sang kelembai pun ader jugak (menukar orang menjadi batu). Bab menukar yang tua menjadi muda nie biasanya perempuan amat berminat dengan bab nie. Ini adalah salah satu "attraction" untuk mensasarkan golongan wanita menjadi pengikutnya.

AddThis Social Bookmark Button

Che Minah Rameli, 58. Memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah.  

Isteri pertama Ariffin Mohamad atau Ayah Pin, Che Minah Rameli, 58, semalam memfailkan permohonan menghina perintah mahkamah terhadap Pentadbir Tanah Besut, Datuk Wan Zahari Wan Ngah.
Permohonan difailkan di Mahkamah Tinggi kira-kira 11 pagi oleh peguam Che Minah, Haris Mohamed Ibrahim.Dalam permohonan itu, Che Minah turut menamakan Penolong Pentadbir Tanah Besut, Mohd Iskandar Muhammad Aziz, sebagai responden kedua.
Che Minah adalah pemilik tanah yang menempatkan ‘kerajaan langit' ajaran sesat Ayah Pin yang terletak di perkampungan Batu 13, Hulu Besut, membabitkan kawasan seluas 2.2 hektar.
Haris berkata, anak guamnya membuat permohonan itu atas alasan Pentadbir Tanah Besut merobohkan premis, termasuk replika gergasi dan menyifatkannya mengingkari perintah mahkamah.
Katanya, pada 21 Jun lalu Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Che Minah untuk membawa prosiding semakan kehakiman berhubung notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah Besut bertarikh 28 April lalu.
Katanya, permohonan itu dibuat untuk menentukan sama ada notis yang dikeluarkan Pejabat Tanah Besut sah atau sebaliknya.
"Pada tarikh sama, mahkamah turut mengeluarkan arahan supaya segala tindakan yang berkaitan dengan notis itu digantung sehinggalah satu keputusan muktamad. "Mahkamah menetapkan 14 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman dan pentadbir tanah. Selepas kejadian roboh, Pegawai Undang-Undang Negeri meminta mahkamah menetapkan tarikh baru, tetapi mahkamah belum menetapkan tarikh itu,” katanya.

AddThis Social Bookmark Button

Permohonan dua isytihar murtad 3 Oktober  

Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 3 Oktober ini untuk mendengar permohonan dua pengikut ajaran sesat Ayah Pin termasuk bekas ustazah yang mengisytiharkan keluar daripada Islam berhubung hak kebebasan beragama.

Kamariah Ali, 54, dan Daud Mamat, 63, (plaintif) memohon supaya persoalan sama ada hak kebebasan beragama seperti dalam Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan turut merangkumi hak seseorang beragama Islam yang mencapai umur majoriti untuk keluar daripada agamanya, dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.
Antara alasan yang dikemukakan bagi permohonan itu adalah untuk mendapatkan perintah deklarasi berkenaan kesan pengisytiharan yang dilakukan oleh mereka pada 1998, iaitu mereka tidak lagi menganuti dan mengamalkan agama Islam.
Alasan kedua yang dikemukakan mereka untuk mendapatkan perintah berkenaan kerana Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu serta Kerajaan Negeri Terengganu (defendan) sedang bertindak terhadap kedua-dua plaintif seolah-olah mereka masih lagi beragama Islam.
Plaintif berkata, Mahkamah Persekutuan pernah membenarkan persoalan yang hampir sama dengan hak kebebasan beragama membabitkan plaintif sebagai sesuatu berkepentingan awam, tetapi disebabkan fakta kes, persoalan itu tidak diputuskan.
Pada 15 Ogos lalu, plaintif yang mengemukakan saman pemula terhadap defendan memohon deklarasi antaranya mereka mempunyai hak yang mutlak mengikut Artikel 11(1) untuk menganuti mana-mana agama serta mengamalkan agama pilihan sendiri.
Mereka juga memohon deklarasi bahawa Artikel 11(1) itu mengatasi mana-mana undang-undang persekutuan dan enakmen negeri berhubung pengakuan dan amalan agama pilihan mereka.
Selain itu, Kamariah dan Daud juga menuntut deklarasi bahawa peruntukan dalam mana-mana undang-undang persekutuan atau enakmen negeri, atau Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang bertentangan Artikel 11(1) adalah tidak sah.
Pada 21 Julai 2004, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Kamariah dan suaminya, Mohamed Ya (meninggal dunia) dan dua lagi yang mengisytiharkan mereka murtad untuk mendapatkan deklarasi hak mutlak dan bebas menganuti serta mengamalkan agama pilihan mereka.
Kamariah juga didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu atas dakwaan keluar daripada agama Islam dan sedang menjalani perbicaraan. Dia ditahan bersama-sama dengan 59 pengikut Ayah Pin pada 20 Julai lalu di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan,
Sumber : Berita Harian
Ohh... rupanya ada dua orang, ingatkan sorang. Nauzubillah hi minzallik. Harap-harap kita tidak akan menjadi dua orang ini. Mereka nie dah tak leh dibentuk lagi dah. Harapan saya agar kita tidak menjadi seperti kedua orang diatas.

AddThis Social Bookmark Button

Sumbangan hadiah dan beramal  

Saturday, August 20, 2005

Berita baik! buat sesiapa yang tahu lokasi ayah Pin pada masa ini. Baru-baru ini pihak islam hadhari negeri mencadangkan kepada JHEAT supaya menawarkan wang tunai atau lebih dikenali sebagai "rewards" kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya orang yang dikehendaki dinegara umumnya dan Trengganu khususnya. Walaupun kes ini amat jarang berlaku tetapi pihak ini percaya ia sebagai langkah yang realistik kerana mereka merasa agak hairan kenapa ayah Pin sukar dikesan walau tiga isterinya amat mudah untuk ditangkap sebelum ini. Keadaan seperti ini menimbulkan tanda tanya mengenai bentuk masaalah yang dihadapi oleh pihak berkuasa. Walau bagaimanapun pihak JHEAT sedang berusaha sebaik mungkin agar dapat mencari ayah Pin untuk diheretkan ke muka pengadilan.
Sumber : Harian Metro
Bagi pandangan saya ini merupakan jalan yang terbaik untuk menangkap manusia seperti ayah Pin yang boleh diibaratkan seperti pelesit lagaknya. Hadiah atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil "REWARDS" adalah jalan terakhir dan praktikal untuk menangkap ayah Pin ini. Walaupun cara lama ini gaya seperti cerita 'Cowboy' namun ia dapat membantu termasuk tertangkapnya Saddam Hussein yang di lakukan Amerika (sherrif) suatu masa dahulu - hasil maklumat dari kaum kerabatnya sendiri. "Duit" siapa tak nak kan?. Banyak masaalah boleh diselesaikan dengan cara begini jika semua cara menemui jalan buntu. Selepas ini kita rakyat negara ini akan didedahkan dengan mendapat ganjaran... baru boleh "jalan". Kerja untuk negara dan agama? ntahlah susah nak dibuat pada masa kini yang mana konsep : 'segala-galanya adalah duit". Walau bagaimanapun saya sebagai webmaster ingin mengucapkan 'majulah sukan untuk negara'. He he he he

AddThis Social Bookmark Button

Mufti nasihat umat islam jauhi VCD Ayah Pin.  

Thursday, August 18, 2005


Cakera padat video (VCD) kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat boleh merosakkan akidah umat Islam. VCD itu memaparkan kegiatan ketuanya, Ariffin Mohamad, 65, atau Ayah Pin bersama pengikut menyelitkan beberapa lagu memujanya yang berirama balada, pop, slow rock selain mempunyai elemen nasyid.
Lagu itu dipercayai dinyanyikan artis tempatan yang menjadi pengikutnya bagi menarik perhatian orang ramai, terutama golongan muda supaya menyertai mereka.Antara lirik sebuah daripada lagu itu berbunyi ‘bertapak kukuh di nusantara, rahsia keilmuannya terpelihara untuk manusia berbilangan bangsa, tidak memilih pangkat dan warna’.Lirik lagu lain pula ‘dialah perutusan yang dicari-cari, pemimpin yang unggul berilmu hakiki, terlantiklah sudah pemimpin terpuji, menjadi tumpuan sekelian insani’.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak perlu membeli dan menonton VCD itu bukan saja kerana berunsur syirik tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.Katanya, VCD itu turut memuatkan lagu yang memuja Ayah Pin yang kononnya memiliki kuasa sakti.
“Perbuatan itu salah kerana pemujaan terhadap manusia hukumnya syirik. Malah, mereka yang menganggap Ayah Pin tuhan dikategorikan sebagai syirik besar kerana memuja manusia melebihi batasan.“Hukumnya berdosa besar dan boleh mengakibatkan seseorang itu murtad jika tidak segera insaf dan bertaubat,” katanya.Menurutnya, umat Islam yang lemah imannya sudah tentu mudah terpengaruh dengan ajaran Ayah Pin selepas mendengar lagu dalam VCD itu.“Mereka yang mendengar lagu itu pun boleh syirik selepas terpengaruh dengan maksudnya disebabkan menggunakan lirik serta irama yang mengasyikkan.“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan usah membeli VCD Ayah Pin.
Mereka yang menjualnya juga boleh jadi syirik, yang menyimpannya juga sama kerana memiliki barangan syirik,” katanya.
Harussani berkata, perbuatan menjual VCD itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam.“Tanpa disedari VCD itu yang kononnya dijual untuk tatapan, sebenarnya alat propaganda menyebarkan ajaran Ayah Pin, bertujuan menarik pengikut baru,” katanya.
Justeru, beliau mahu pihak berkuasa perlu bertindak segera menyekat penjualan VCD ini sebelum gejala ajaran sesat Ayah Pin bertambah buruk. Sementara itu, pensyarah psikologi daripada Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata VCD Ayah Pin menggunakan muzik bagi mempengaruhi pemikiran manusia dan kesannya mendorong mereka melakukan sesuatu perbuatan selepas emosinya dikuasai lagu.
Menurutnya, perkataan dan irama dalam lagu, terutama yang berentak sentimental serta menusuk hati berupaya menarik seseorang mendengarnya.
Katanya, lagu yang berunsur cinta dan kasih sayang paling mudah memikat pendengar kerana mempunyai nilai kenangan atau peristiwa yang menyentuh hati dan perasaan.“Sesuatu lagu mudah masuk dalam ingatan jika ia menyebabkan kita rasa hiba, tersentuh emosi dan teringat kisah lalu yang menyedihkan atau menyeronokkan.
“Contohnya lagu patriotik yang berentak laju menyebabkan darah seseorang gemuruh dan naik semangatnya. Begitu juga jika lagu itu negatif,” katanya.Dr Suradi berkata, kesan buruk boleh terjadi kepada seseorang yang berjiwa lemah dan longgar pegangan agamanya selepas mendengar lirik daripada lagu berunsur negatif.
VCD Ayah Pin itu laris dijual di pasaran terbuka selepas berita mengenai kumpulan ajaran sesat itu yang markasnya terletak di perkampungan ‘Kerajaan Langit’ di Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Perkampungan itu kini sudah dirobohkan pihak berkuasa sebagai usaha membanteras ajaran itu.
Polis pula masih menjejaki Ayah Pin yang melarikan diri selepas sebahagian pengikutnya didakwa di Mahkamah Syariah.
Rata-rata yang membeli VCD itu ingin mengetahui aktiviti ajaran Ayah Pin yang diwartakan haram pada 4 Disember 1997, di samping melihat lebih dekat ‘Kerajaan Langit’ Ayah Pin yang mempunyai beberapa binaan gergasi.
Dipetik Dari : Harian Metro
Berdasarkan dari huraian Mufti diatas ingin saya umumkan kepada anda semua saya tidak akan menjual lagi VCD ayah Pin secara membabi buta. Jika anda ingin membelinya dari saya pastikan anda menontonnya dengan niat untuk mengetahui sahaja dan dinasihatkan akan menyembunyikannya kembali atau memusnahkannya agar tidak ditonton oleh orang yang tidak tahu mengenainya kerana boleh membahayakan minda.

AddThis Social Bookmark Button

Antara gambar yang sempat dikirimkan kepada saya.  

Hasil karya http://www.shahvedder.com/ - Pin Guevera

Nama ayah Pin dalam bahasa Inggeris Pin Daddy.

Wajah guru Pin Vader.

P/S : Jika anda mastering dalam superimpose anda bolehlah mengirimkan gambar anda melalui e-mail saya di ayah.pin@gmail.com. Saya akan memaparkannya jika saya dapati ia sesuai dan menarik. Terima kasih saya ucapkan kepada pengirim gambar ini... Klik sini jika ingin melihat lebih lanjut lagi hasil sumbangan ahli anti ayah Pin..

AddThis Social Bookmark Button

Penyamaran ayah Pin  

Wednesday, August 17, 2005


Gambar diatas saya ambil dari Harian Metro yang dilakarkan oleh QRIE. Topi murah dikenal pasti antara yang dipakai oleh ketua ajaran sesat Ariffin Mohammad (ayah Pin). Ini bertujuan agar dapat mengaburi pihak berkuasa ketika berulang-alik dari Kelantan ke selatan Thailand. Ia juga sering dilihat memakai seluar pendek separas lutut dan baju T apabila berangkat ke negara berkenaan.
*

Inilah rupa bangsal ayah Pin di selatan Thailand tempat dimana ayah Pin menjalankan hobinya menyabung ayam dan 'port'nya bermain judi.

*

Pemimpin kumpulan ajaran sesat, Ariffin Mohamad, 65 (gambar), atau Ayah Pin kini dipercayai merancang menukar identiti bagi meloloskan diri untuk bersembunyi di Thailand bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Bagaimanapun, tindakan itu dikesan pihak berkuasa agama dan undang-undang di Kelantan yang mendakwa sudah tahu lokasi persembunyian pemimpin itu.
Menurut sumber, laporan terbaru diterima, Ayah Pin kini sedang bersembunyi di sebuah rumah rakan judinya di satu daripada kampung di Tumpat - daerah tiga isterinya ditahan, 31 Julai lalu. Malah, beberapa penduduk kampung tempat persembunyian pemimpin itu turut mendakwa melihat kelibat Ayah Pin yang dikatakan bersembunyi di sebuah rumah rakan rapatnya.
“Sehingga ini, maklumat yang kami ketahui Ayah Pin sedang membuat rancangan untuk menyeberangi ke Thailand dan menyembunyikan identitinya daripada diketahui penduduk tempatan.“Kemungkinan besar dia meloloskan diri ke Thailand kerana kampung terbabit terletak di sempadan di mana setiap hari penduduk menyeberangi sempadan secara haram,” katanya. Sumber itu berkata, rumah tempat Ayah Pin mendapatkan perlindungan itu amat terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai tempat bermain judi.
Menurutnya, Ayah Pin dipercayai memasuki Kelantan menggunakan sebuah kereta dengan bantuan rakan rapatnya itu tetapi tidak dapat dipastikan bila dia tiba di kampung terbabit. Ayah Pin dikatakan lolos pertama kali apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan 21 pengikutnya,pada 3 Julai lalu.
Dua hari selepas itu, Ayah Pin dengan bangganya mencabar kerajaan untuk menahannya dengan alasan tidak gentar dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Bagaimanapun, perkampungannya menjadi gamat apabila replika cerek, payungdan bahtera dibakar dalam serangan oleh kira-kira 50 individu tidak dikenali, pada 18 Julai lalu. Sejak itu, perkampungan Ayah Pin menjadi tumpuan penguat kuasa JHEAT dan polis yang melancarkan gerakan untuk mencari pemimpin terbabit tetapi tidak berjaya.
Ayah Pin dikatakan masih berada di perkampungan itu tetapi didakwa tidak kelihatan apabila Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menahan 59 pengikutnya di perkampungan itu, pada 20 Julai lalu.
Sumber : Metro
Jika anda tersempak dengan orang yang rupa macam tu. Jangan berlengah lagi carilah pondok telefon dan hubungi pihak berkuasa. hehehe

AddThis Social Bookmark Button

Pengikut Ayah Pin Pengecut - Apabila Webadmin udah marah..  


Ayat ini saya ambil dari website anda wahai Penyokong ayah Pin yang bahlol aka tolol... Tindakan anda meng"disable" kan comment didalam blog anda membuatkan saya melabelkan anda seperti juga ayah Pin durjana sebagai 'pengecut'. Hanya berani mengeluarkan kenyataan dan berjanji tapi semua bohong belaka. Anda tidak mahu kenyataan anda dibetulkan oleh orang lain dan menganggap hanya anda orang yang benar. Wahai penyokong ayah Pin yang sesat... Jika anda meng"disable" kan comment didalam blog anda saya akan membukanya disini. Sering-seringlah kemari melihat ayat anda dikomen orang Islam di negara ini. Biar bercerai nyawa dari badan, bagi saya Islam adalah segala-galanya. Tanpa anda sedari anda cuba menyesatkan dan memutarbelitkan fakta yang sedia ada dalam mempertahankan kekeliruan anda sendiri. Saya sebagai webadmin dalam blogger ini amat marah dengan kenyataan anda yang saya anggap melampau dan keterlaluan menghina Islam. Sepertinya anda bagi pandangan saya bukan berasal dari agama Islam itu sendiri. Sewenang-wenangnya anda telah menghina Islam tanpa berfikir panjang. Insyaallah dengan izin Allah jika kami menemui disuatu hari nanti ntah apalah nasib yang akan menimpa kamu.

“They have taken their priests and the scholars as Lords
besides God” (9:31)

Inilah apa yang berlaku diakhir zaman, bila pengganas, mufti, ulamak, paderi dan majlis agama menjadi Tuhan dengan meletak hukum bunuh, penjara , murtad dan kafir pada manusia yang dibenci mereka. - Siapakah Ulama yang mendakwa dirinya sebagai Tuhan? tolong beritahu saya... setahu saya Ulama menjatuhkan sesuatu keputusan berdasarkan hukum Al-Quran, keadaan semasa, musyawarah dan sebagainya. Sehinnga kini belum ada lagi yang saya dengar ada ulama mengaku tuhan seperti ayah Pin yang kamu sanjungi itu. Anda menyanjungi ayah Pin kerana dia tidak mengambil tindakan balas apa yang telah menimpanya sekarang ini. Anda harus tahu ayah Pin juga manusia seperti anda, saya dan hamba Allah yang lain. Dia mempunyai perasaan marah jika apa yang diusahakannya diganggu tapi buat kali ini ayah Pin ini tidak dapat berbuat apa-apa kerana kekuatannya yang terhad. Jika dia berkemampuan, saya jamin dia juga akan bertindak balas.

“Those who disbelieve among the followers of the previous
Scriptures and the idol-worshippers will never believe even after proof comes to
them”. (98:1)

Telah Tuhan jadikan manusia yang tidak “akan” percaya walau setelah “bukti-bukti” datang pada mereka. Keganasan Islam dan bencana alam tidak dapat mengubah mata hati manusia untuk merenung dan berfikir tentang Agama dan Petunjuk dan perbezaan antara keduanya. - Tidakkah anda sedar umur dunia ini sekarang. Jika dihitung dari umur bumi yang boleh dikatakan "tua" ibarat seperti seorang manusia yang telah lanjut usianya. Berbagai penyakit akan datang menjelma. Dengan teknologi yang canggih serta kehidupan manusia yang serba maju pelbagai masaalah alam akan datang menyusul. Jangan salah faham kenapa saya membandingkan manusia dengan bumi ini kerana kedua-duanya ciptaan Allah. Bencana alam merupakan proses biasa pada kita yang menghuni bumi Allah ini. Ini juga merupakan dugaan pada sesiapa yang sabar.

“The Quran is full of wisdom. You are one of the messengers,
advocating the right path. A revelation from the Almighty, most merciful. To
warn people whose forefathers were never warned, they are unaware. It is
predetermined that the majority will Not believe. Consequently, We chain their
necks to their chins and thus are forced into the directions they chose. And We
place a barrier in front of them and a barrier behind them, so they can never
see “ (36:2-9)
Telah Tuhan jadikan manusia majoritinya tidak akan mengikut jalan yang Tuhan sediakan malahan menjadi “yakin”dengan jalan yang “gelap” didepan mereka. - Berapa ramaikah penduduk manusia dibumi ini? buat pengetahuan anda Islam mempunyai 1/7 dari keseluruhan penduduk dunia ini. perkataan "minoriti" diatas ayat tadi terang-terang adalah jumlah penduduk orang islam dalam keseluruhan penduduk dunia. Jika anda bandingkan "minoriti" anda dalam kelompok islam didalam negara ini maka agama Hindu, Sikh dan sebagainya juga dalam agama yang benar?. Ternyata kenyataan anda meleset dan tersasar.

“Have you noticed those who claim for themselves to be pure? God is
the only one who purifies whomever He wills without injustice. Look how they
invent lies to attribute to God.” (4:49-50).

Apabila kisah Ayah Pin keluar dimuka depan akhbar, ramailah yang tampil kedepan seperti lagak ulamak yang hatinya “suci” dan membahaskan kesesatan Ayah Pin, lalu datanglah beramai-ramai manusia meletak hukum keatas Ayah Pin dan sahabatnya.Ramai yang mengambil kesempatan mengutuk beliau di internet, TV dan akhbar. Malah salinan VCD dijual dengan tamak haloba sekali dikalangan orang “islam” melayu. Dijual didepan masjid dengan bangga sekali umpama mempotraitkan masjid sebagai tempat beli VCD haram? Demikianlah terserlahnya, agama kalian ?Perbuatan mengutuk, menindas, memeras ugut, mencetak rompak bukanlah lambang Islam. Jadi lambang apakah yang kalian “bawa”? - Tujuan kami menjual VCD nya bukan untuk mencari keuntungan semata tapi kebanyakkan merasa bertanggung jawab untuk menunjukkan kepada orang Islam lain agar menjauhi kepercayaan karut anda. Kami tidak mahu selepas ini ada orang Islam lain yang akan menyusuli anda. Memang kesilapan kami tidak mencantas orang seperti dari awal lagi tapi kami akan tetap mencari jalan keluar agar kesilapan kami ini tidak akan berulang. Perbuatan mengutuk benda yang salah saya rasa bukan menjadi kesalahan banyak diantara negara didunia ini akan mengutuk sekeras-kerasnya perkara yang dianggap salah. Jika kami biarkan ajaran sesat seperti ayah Pin maka kami tidak sayang kan agama kami. Kami juga harus sentiasa menjaga sesuatu yang boleh merosakkan agama Islam, Jika ini terjadi maka kami tidak berdiam diri.

“Say!: O you disbelievers, I do not serve what you serve, nor are you serving
what I am serving. I will never serve what you are serving, nor will you ever
serve what I am serving. To you is your own way and to me is my own way.” (surah
109)

Sudah terserlah ayat Quran diatas dan acapkali kami katakan kepada manusia, kenapa masih ada manusia yang “marah” dengan apa yang kami percaya?Adakah ayat diatas tidak memberi apa-apa makna kepada kalian semua? Apakah Tuhan kalian lemah dan menyuruh kalian mengambil tindakan undang-undang sendiri walau tidak termaktub dalam Quran, tetapi masih boleh di gubal dan disolek dalam Undang-undang agama sendiri?Apakah kalian tidak pernah terfikir untuk memberi “hak asasi” kepada manusia yang ingin mempercayai apa yang mereka ingin percaya? Apakah yang kalian khuatiri? Khuatir agama Islam akan hilang dari pegangan orang melayu?Andai Tuhan itu berkuasa, biarkan Tuhan yang menentukan penghujungnya. Janganlah kalian khuatir kerana khuatir itu perangai iblis. - Ayat-ayat begini memang amat digemari oleh manusia seperti ayah Pin untuk memutar belitkan fakta bagi menghalalkan ajaran sesatnya. Ayat sebegini di tulis agar orang Islam menghormati pada penganut agama lain tapi bukan memberikan kebebasan mutlak untuk orang Islam menghormati pada sesama islam untuk keluar dari agamanya seperti yang terjadi pada anda, Tahukah anda orang seperti anda darahnya halal? Anda boleh dikategorikan sebagai layak untuk dibunuh?. Memang benar orang Melayu tidak semestinya Islam dan begitu sebaliknya tapi ini bukanlah tiket bagi anda untuk keluar dari agama Islam. Dari zaman dahulu hingga sekarang kita sedia maklum bahawa Orang Melayu mestilah beragama Islam. 'Hak asasi apakah yang anda maksudkan?" Adakah negara ini tidak menghormati agama-agama lain selama ini?. Tapi permintaan anda amat melampau dan tidak boleh diterima oleh orang Islam khususnya. Jika benar anda orang Islam maka kami tidak akan membenarkan anda keluar darinya atas alasan apa pun. Saya rasa dalam agama apa-apa pun sudah ada hukuman bagi mereka yang meninggalkannya.
“If you follow the majority of the people on earth, they will
divert you from the path of God. They follow only conjecture and they only
guess” (6:116)
Terang sekali ayat diatas. Mungkin kalian sudah lupa? Aku tidak mengeluarkan ayat ini dan nyata sekali apa yang kami percaya merupakan pegangan minoriti dan bukan pegangan majority. Maka, jangan menindas kami dengan “sesat” andai kalian tidak pasti.Jangan memaksa kami menyembah apa yang kamu sembah lebih-lebih lagi bila kalian tidak pasti siapa yang kalian “sembah”.Jangan memaksa kami “keluar” agama beramai-ramai . Kami sangat mencintai “PEACE” dan kedamaian dalam kepercayaan. - Anda mengatakan pada kami bahawa kami tidak pasti apa yang kami sembah? anda mengatakan sebelum ini bahawa anda berasal dari keluarga yang kuat agama?. Soalan anda tidak ubah seperti anda datang dari keluarga bukan Islam. Haruskah kita menyembah pada sesuatu yang nampak dari mata kita sahaja? Anda pernah mengandaikan kami orang Islam seperti manusia zaman Quraisy yang percaya kepada kepercayaan nenek moyang dan menganggap anda dan ayah Pin anda itu seperti nabi dan pengikutnya ditengah-tengah masyarakat yang telah jauh menyimpang dari agama sebenar? Sudahlah... Tinggalkan ajaran ayah Pin, saya mengharapkan anda kembali ke pangkuan agama Islam. Misi anda mencari tuhan tidak akan berjaya malah merosakkan minda anda. Jangan pula anda menuduh kami tidak menegur anda semasa di akhirat nanti..
Wallahuallam...

AddThis Social Bookmark Button

Kamariah sukar mencari peguam  

Tuesday, August 16, 2005

Wajah sayu Kamariah yang sedang dalam pertuduhan melanggar perintah Mufti supaya menjauhi ajaran ayah Pin dan keluar dari agama islam (Murtad). Kamariah sebelum ini sukar mendapat khidmat peguam Syarie di Trengganu bagi mewakilinya diatas pertuduhan itu. Hakim syarie Mohammad Abdullah berkata mahkamah memberi tempoh lima hari lagi untuk Kamariah mencari peguamnya supaya perbicaraan dapat diteruskan. Tertuduh memakai baju kurung bunga hijau semasa menghadiri mahkamah.
Komen Webmaster : Siapalah peguam yang ingin membela tertuduh nie. Kita tunggu dan lihat sahaja.
Sumber : Harian Metro

AddThis Social Bookmark Button

Antara ayah Pin dan Akedemi 'P'antasia (AP & AP) - sekadar melawak  

Monday, August 15, 2005

Serupa tapi tak sama...
*
&

Sekadar melawak... Webmaster tiada Komen tentang hal ini. Diharap peminat Mawi jangan maree.. OK? just 'lawak'king only...

AddThis Social Bookmark Button

Sijil Murtad ayah Pin  

Sijil pengakuan yang menunjukkan (bukti) dimana ayah Pin telah keluar dari agama Islam. Harap-harap ini sijil terakhir yang dikeluarkan oleh Malaysia terhadap rakyat negara ini dan tiada orang lain lagi selepas ini.
Komen Webmaster : Bila terpandang sijil begini nak menangis pun ada jugak. Sedih dan pilu sebab sijil ini ibarat permohonan untuk masuk ke neraka jahanam buat selama-lamanya.

AddThis Social Bookmark Button

Ayah Pin bersahabat dengan Jin  


Seorang pendakwah bebas yang mengenal rapat Ayah Pin, ketua kumpulan ajaran sesat "kerajaan langit" di sini, mendakwa Ayah Pin mungkin bersahabat dengan jin hingga dapat memikat kebanyakan orang yang berjumpa dengannya dan menyebabkan mereka mematuhi apa yang diajarnya sekalipun sesat.
Ada wanita mengakui terpaksa ke tempat Ayah Pin kerana sering teringatkan beliau hingga terbawa-bawa dalam mimpi.Abdul Manan Said, 65, berkata beliau berkawan rapat dengan Ayah Pin atau Ariffin Muhamad pada sekitar tahun 1967 dan mendapati kenalannya itu tidak mempunyai asas agama menyebabkan ia mudah terpesong dari ajaran Islam sebenar.Abdul Manan berkata dalam temubualnya dengan beberapa pengikut kumpulan itu, mereka mendakwa zikir, sembahyang dan berpuasa yang mereka lakukan berbeza dari yang diamalkan masyarakat Islam negara ini.
Beliau mempersoalkan bagaimana Ayah Pin mempunyai wang begitu banyak hingga dapat membina bangunan-bangunan besar dipercayai bernilai berjuta ringgit di markas beliau "mengajar".Namun, yang datang mengunjungi Ayah Pin bukan saja orang tempat terdiri daripada pensyarah, pegawai kanan kerajaan dan polis tetapi juga mereka dari luar termasuk Indonesia, Australia dan New Zealand.Seorang lagi kenalan, Wan Abdullah Wan Abdul Latif, 70, yang juga bekas Penggawa Mukim Ulu Besut berkata antara penyelewengan ajaran Ayah Pin tidak mewajibkan pengikut-pengikutnya menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan."Beliau (Ayah Pin) mendakwa amalan itu hanya memadai dengan niat tanpa perbuatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Payong di sini.Wan Abdullah berkata beliau mengenali Ayah Pin yang tinggal di Batu 13 kira-kira satu kilomter dari rumahnya sejak tahun 1964 iaitu sebelum beliau bersara."Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak pernah menerima pendidikan Islam selain berguru dengan Hassan Anak Rimau yang juga pernah menjadi kontroversi berkaitan ajaran salah," katanya.
Wan Abdullah berkata, selain itu Ayah Pin juga gemar laga ayam di Golok, Selatan Thailand setiap Jumaat selain suka bertaruh dalam perlawanan gasing di Besut.Katanya pada setiap malam Sabtu, beliau menerima tetamu yang ingin mengubati pelbagai penyakit dengan menggunakan air telaga dalam rumahnya yang didakwanya mengalir dari Sungai Nil.Wan Abdullah berkata selain tetamu yang datang dari negeri Perak dan Johor yang sebilangannya wanita jelita terdapat juga tetamu dari Indonesia."Pernah saya terdengar seorang wanita mengakui beliau terpaksa ke sini kerana asyik teringat Ayah Pin yang dilihatnya dalam mimpi; beliau (Ayah Pin) berada di bulan," katanya.Wan Abdullah berkata selain beristeri empat, Ayah Pin juga mempunyai sembilan isteri yang dinikahinya secara batin yang terdiri daripada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi.Sementara itu, seorang pengasas kawasan itu, Mohd Noor Ghazali, 61, berkata beliau sudah meninggalkan kumpulan itu sejak 25 tahun lalu selepas kawasan itu diambilalih oleh Ayah Pin dari menantunya Hassan Anak Rimau.
Beliau berkata salah satu amalan yang beliau tidak boleh terima ialah pergaulan bebas lelaki dan perempuan.Tinjauan Bernama ke kawasan itu mendapati pintu pagarnya berkunci dengan dilekatkan papan amaran melarang sesiapapun memasuki markas itu tanpa kebenaran.
Sumber : Bernama

AddThis Social Bookmark Button

Hukuman yang berat untuk pembawa ajaran sesat..  


Sesiapa yang membawa ajaran sesat dan menyeleweng patut dikenakan hukuman sewajarnya supaya tidak mempermainkan kesucian agama Islam.

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid, berkata hukuman itu adalah bersesuaian dengan prinsip Islam Hadhari pertama iaitu keimanan dan takwa kepada Allah.“Tidak cukup dakwah dan penerangan, penguat kuasa juga harus mengenakan denda serta hukuman berat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dasar bertajuk Cabaran Kemunculan Ajaran Sesat Dalam Pembinaan Bangsa Bertamadun Unggul pada Seminar Ketamadunan Ummah sempena hari lahir Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas ke-67 di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.Mohamad Kamil berkata, golongan yang berwibawa dan profesional hendaklah diberikan tugas bidang dakwah dan kaunseling secara Islam untuk pemurnian akidah."Beberapa pusat pemurnian akidah patut diadakan di setiap negeri dengan pentadbiran yang profesional," katanya.
Beliau berkata, kemunculan ajaran `Kerajaan Langit' Ariffin Muhamad (Ayah Pin) menunjukkan orang ramai mudah tertipu kerana pemimpin ajaran sesat itu bijak memikat dengan mendakwa kononnya dia memiliki kuasa sakti.“Kemunculan ajaran sesat juga menjadi bukti minda manusia makin bercelaru dan jiwa bertambah gelisah malah membabitkan soal jenayah yang bukan saja menghalang kebangkitan tamadun sekali gus meruntuhkan pencapaian sedia ada."Kemunculan ajaran sesat sebegini, menjadi fenomena berlarutan dalam dunia Islam sejak dulu sampai sekarang. "Tanpa menafikan adanya faktor lain yang turut menyumbang ke arah kemendapan tamadun, ajaran sesat tetap menjadi salah satu batu penghalang yang menonjol kepada pembinaan tamadun tinggi bagi sesuatu bangsa, khususnya umat Islam."Justeru ajaran sesat adalah bertentangan dengan logik, rasional dan jauh sekali daripada berfikiran kritis," katanya.
Komen Webmaster : Saya cadangkan hukuman seperti penjara seumur hidup dikenakan bagi pembawa ajaran sesat di Malaysia ini harus dilaksanakan. Ini kerana keberadaannya ditengah masyarakat dapat mempengaruhi orang ramai. Bayangkan jika ada 10 orang macam ayah Pin nie, Tak ke bahaya pada kita semua. Pada saya ia ibarat pengedar dadah kepada masyarakat. selagi ia wujud selagi itulah orang ramai dapat bekalannya.
Sumber : berita harian

AddThis Social Bookmark Button

Ayah Pin sembunyi di Tumpat  

Pemimpin ajaran sesat `kerajaan langit', Ariffin Muhammad, 65, lebih dikenali sebagai Ayah Pin, yang diisytiharkan paling dikehendaki Kerajaan Terengganu, kini dikesan bersembunyi di sebuah kampung, di sini.Penduduk kampung itu mendakwa terserempak dengan lelaki itu yang kini bersembunyi di rumah seorang rakannya yang turut menjadi tumpuan kaki judi di kalangan penduduk kampung, sejak seminggu lalu. Ayah Pin kini dipercayai sedang dalam usaha menukar identitinya bagi meloloskan dirinya untuk menyusup ke Thailand (Siam) bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Bagaimana pun tindakannya itu telah dihidu pihak berkuasa yang sudah tahu dimana tempat persembunyian ayah Pin. Ayah Pin dipercayai memasuki Kelantan dengan bantuan rakan rapatnya tetapi tidak dapat dipastikan bila dia tiba dikampung terbabit. Menurut beberapa bekas pengikutnya, Ayah Pin dikatakan membina lubang rahsia itu bagi mengelakkan dirinya ditangkap pihak berkuasa atau penduduk kampung berdekatan yang marah dengan kehadirannya. “Saya percaya dia tidak melarikan diri kerana hanya ada satu laluan untuk keluar dari perkampungan itu. Tambahan pula, kawasan sekeliling dipenuhi dengan hutan tebal dan berbukit,”
Ayah Pin bersama empat isterinya melarikan diri sebelum perkampungan kerajaan langit yang dibinanya di Kampung Batu 13 dekat Hulu Besut, Terengganu, diserang sekumpulan kira-kira 50 lelaki bertopeng pada awal pagi 18 Julai lalu.Namun, tiga isterinya iaitu Che Jaharah Awang, 45; Ruzilan Mukhtar, 41 dan Nik Kamariah Nik Pa, 33, ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang, Palekbang, Tumpat pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun, ketika tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota polis Kelantan, Ayah Pin bersama isteri pertamanya, Che Minah Ramli, 58, tidak berada bersama tiga wanita itu. Sepanjang tempoh melarikan diri, Ariffin dipercayai sering berpindah rumah yang ditumpangnya bagi mengelak daripada mudah dikesan pihak berkuasa sejak memasuki negeri ini dengan bantuan rakannya.Sumber berkata, pemimpin ajaran sesat yang pernah mencabar pihak berkuasa supaya menahannya itu sebelum ini, dipercayai merancang melarikan diri ke negara jiran dengan menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram."Tindakan itu tidak mustahil kerana kampung yang menjadi lokasi persembunyiannya kini terletak berhampiran sempadan, di mana setiap hari ramai penduduk keluar masuk secara haram.
"Kedudukan kampung itu memudahkan dia lari ke negara jiran jika situasi memerlukan dan pada masa sama boleh kembali bersembunyi di rumah rakannya itu," katanya di sini, semalam.Ketika ini, polis Kelantan masih mengawasi perkembangan terbaru itu selepas menerima maklumat walaupun belum mengambil tindakan.Pada 2 Julai lalu, 21 pengikut ajaran sesat itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) sebelum disusuli operasi kedua pada pada 20 Julai yang membabitkan penahanan 58 pengikut Ayah Pin.Pada 31 Julai lalu, JHEAIT menjalankan gerakan merobohkan semua replika dan monumen yang dibina di perkampungan ajaran sesat itu kecuali rumah yang menjadi kediaman pengikutnya.
Komen Webmaster : Memang sah ayah Pin nie masih berada di Tumpat lagi dan sering berulang alik ke sempadan untuk menyelamatkan diri. Orang tua nie memang dahsyat. Kalau polis biasa tak dapek nak tangkap jugak, kena panggil SB kot. Walau pun dah tua tapi movement mengalahkan komando pulaks. ish ish dasar pelesit mamat nie.
Sumber : Berita Harian

AddThis Social Bookmark Button

Bekas ustazah yang Murtad..  

Friday, August 12, 2005


Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari Khamis menetapkan 10 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan seorang bekas ustazah yang merupakan pengikut ajaran sesat Ayah Pin, atas tuduhan mengaku murtad.
Hakim Mohamad Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas tertuduh, Kamariah Ali, 54, bekas ustazah dan lulusan pengajian agama dari Asia Barat, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan kerana mengisytiharkan dirinya bukan Islam.
Mengikut kertas pertuduhan, Kamariah pada 21 Julai lepas iaitu kira-kira 12.50 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah Besut di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek membuat pengakuan bahawa dia bukan Islam untuk mengelak daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengingkari perintah pihak berkuasa agama.
Dia dituduh menurut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mendakwa bukan Islam.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mohamad juga membenarkan permohonan pihak pendakwa yang diketuai Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah agar Kamariah tidak diikat jamin dan ditahan sehingga kesnya dibicarakan.
Beliau juga menasihatkan wanita terbabit melantik peguam syarie untuk perbicaraannya itu selepas mahkamah menolak permohonan Kamariah agar dibicarakan di mahkamah sivil.
Bagaimanapun, katanya mahkamah memahami sekiranya tertuduh sukar untuk mendapatkan khidmat peguam disebabkan kesnya itu adalah sensitif dan peguam bimbang orang ramai akan salah anggap jika mereka mengambil kes tersebut.
Difahamkan, Kamariah adalah balu kepada "Ustaz Ya", pengikut kanan Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1990-an.
Sementara itu Kamariah menghadapi satu lagi tuduhan di mahkamah tersebut hari ini bersama 44 pengikut kumpulan Ayah Pin yang lain kerana melanggar perintah pihak berkuasa agama.
Dalam perbicaraan membabitkan 23 tertuduh wanita termasuk Kamariah dan 22 tertuduh lelaki, mahkamah menetapkan 1 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Mohamad juga membenarkan 17 tertuduh lelaki yang sebelum ini ditahan di Penjara Marang, dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 seorang.
Kesemua tertuduh wanita, kecuali Kamariah serta lima daripada 22 tertuduh lelaki yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut, dibenarkan menggunakan wang jaminan sebanyak RM2,000 itu sementara menunggu kes itu disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Komen Webmaster : Bayangkan ke'terroran' ayah Pin memesong dan meng"convert"kan seorang Ustazah lulusan Mesir ni menjadi murtad. Apa lagi kita yang kebanyakkannya cetek pengetahuan agama. Lagi senang ayah Pin nak 'makan'. Kalau anda nak tahu Ustazah Kamariah Oppsss Kamariah ajehlah - lagi pun dah bukan islam lagi... merupakan isteri Muhamed Ya yang mana beliau mati setelah murtad atau dimurtadkan oleh ayah Pin. Kamariah si murtad nie cuba menyangkal (menafikan) yang Melayu adalah islam semasa perbicaraannya baru-baru ini.
dipetik dari bernama..
Yang sempat saya petik di e-mail dari kiriman bibsprop@gawab.com
Nama: Daud Mamat, 62, Kamariah Ali, 51, suaminya Mohamad Ya, 57 (sudah meninggal dunia) dan Mad Yacob Ismail, 62
Agama: Hindu
Tahun Kes: 2000-2004 Tempat: Kelantan
Catatan: Memohon perintah Mahkamah mengetepikan perintah Mahkamah Syariah untuk membenarkan mereka menganut agama Hindu. Mereka juga memohon untuk mendapatkan habeas corpus supaya dibebaskan dari Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan Mereka kesemuanya telah dibebaskan pada bulan November 2002 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman tersebut.
Tepuk dada tanyalah iman anda... Harapan saya jangan jadi seperti mereka. Amin

AddThis Social Bookmark Button

Misteri lokasi ayah Pin di Kesan  

Wednesday, August 10, 2005

Prof. Ust. Dr. Mohd Arief Ph.D pengasas Cakra Alam
Sumber : Bacaria

Seorang pengamal ilmu metafizik seorang Ustaz bernama Mohd Arief meramalkan bahawa Ayah Pin kini berada di sebuah kawasan (Thailand) 200 Km dari bandar Songkhla dan akan meng'offer' serta bersedia menunjukkan lokasi ayah Pin itu jika polis meminta bantuan darinya. Walau bagaimana pun Ustaz Mohd Arief tidak dapat memberikan lokasi dengan tepat kerana yag dijejakinya adalah manusia (yang boleh bergerak) dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurutnya lagi ayah Pin mengamalkan ilmu tertentu (ilmu hitam) agar dia dapat menjangka sesuatu akan berlaku pada dirinya. Secara logiknya ayah Pin tidaklah berpelajaran namun dapat mempengaruhi orang yang lebih tinggi berpelajaran darinya. Bagi kita amatlah menghairankan bagaimana dia (ayah Pin) dapat menundukkan orang ramai dan sanggup menyembah dan bersujud kepadanya seolah-olah dia sangat berkuasa.
Pada kenyataan lain Ketua Polis Terengganu, Datuk Hussain Ismail tidak menolak kemungkinan bahawa akan meminta keterangan Ustaz Mohd Arief untuk menjejaki ayah Pin ini. Beliau (Datuk Hussain Ismail) menghargai sebarang maklumat dari orang ramai yang boleh membantu pihaknya untuk berkerjasama.
Sehingga kini Rosli (orang kanan) ayah Pin dan Che Minah Ramli (isteri pertama) masih gagal dikesan setakat ini.
*
Komen webmaster : Jika benar ayah Pin telah melarikan diri ke Siam (Thailand) memang sah mamat sekor nie kecut telur. Janjinya pada pengikutnya memang tak leh pakai. Kalau Ustaz arief nak tangkap ayah Pin nie amatlah sesuai dengan ilmu cakera alamnya memandangkan ayah Pin telah diconvertkan menjadi Ultra Pin. Bzzzzzzzzz

AddThis Social Bookmark Button

PERHATIAN..  

Sunday, August 07, 2005

Perhatian!!..
*
Kalau JHEAT nak tangkap ayah Pin, Pihak JHEAT terpaksa berhadapan dengan pengikutnya yang berbaris depannya tuh.. Ganaz giler yang depan tuh saya ingat mesti Rosli (orang kanan Ayah Pin) yang terlalu taksub sehingga keluar tanduk.
*
**
Memandangkan sambutan di dalam web blog ini amat.. amat.. amat.. memberangsangkan (kiraan dari tarikh 29/7/2005 sehingga sekarang (05/08/2005) secara purata ada lebih kurang 13,000 impression, Webmaster sekarang ini sedang membuat pemuka Blog yang baru dan lebih ringan untuk dilayari... Insyaallah segala update akan saya letakkan semuanya disitu.. Lebih cun lah pendek kata. Kalau tak cun nanti saya akan letakkan disini balik.. OK?? Minta maaf sekali lagi. Bagi yang sudah menempah VCD contact saya balik dengan disertakan nombor transaction untuk bukti pembelian. Tukang burn VCD sekarang nie sedang demam "alah asap (jerebu)" yang terjadi pada ibu negara baru-baru ini. Hantar e-mail anda di ayah.pin@gmail.com. Seribu kemaafan sekali lagi di pinta. Kerjasama anda amat dihargai.... Kalau tak setuju jugak nanti ayah Pin akan meng"FIRE" anda....

AddThis Social Bookmark Button

Kubur misteri yang ada di tanah ayah Pin.  

Wednesday, August 03, 2005


Pelik dan menghairankan mengapa kerajaan tidak memusnahkan tanah perkuburan Muhd Ya yang terang-terang sudah murtad. Dari cerita penduduk tempatan Muhd Ya merupakan ustaz lulusan Mesir dan diisytiharkan keluar agama islam setelah meng"join" atau menjadi pengikut setia ayah Pin. Dari apa yang dijelaskan oleh Pihak kerajaan kubur Mohamed Ya tidak boleh dirobohkan atas alasan tertentu. Mohamed Ya juga merupakan Ustaz di Nilam Puri, Kelantan adalah arwah kepada suami seorang ustazah yang juga mengisytiharkan murtad. Kamariah Ali 54 yang masih ditahan di Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan, Selepas penahanan 59 pengikut Ariffin Mohammad, 20 Julai lalu. Kamariah merupakan wanita tunggal yang tidak dibenarkan ikat jamin oleh Pihak Polis. Mengikut keterangan penduduk kampung Muhammad Ya merupakan orang yang paling awal sekali menjadi pengikut setia dan meninggal dunia selepas mengalami kesakitan. Seorang pemandu teksi yang enggan namanya didedahkan mendakwa ketika menjadi pemandu teksi sekitar tahun 1990-an, Mohammed Ya yang tinggal di perkampungan kerajaan langit mendakwa apabila Mohamed Ya menggunakan khidmat teksinya meminta agar memberhentikan dia disitu apabila melihat Mazda ayah Pin berada diluar. Saya amat terkejut dan hairan sekali melihat Mohamed Ya mencium tangan ayah Pin sebelum meneruskan semula perjalanan apatah lagi Mohamad Ya merupakan lulusan agama dari Mesir. Semasa menjadi ustaz di Nilam Puri dia sudah pun menjadi pengikut setia ayah Pin. Selain besan Arrifin, Mohammad Ya merupakan seorang pengikut ayah Pin kekal murtad dan tidak akan kembali memeluk agama Islam. Muhamed Ya Meninggal semasa keadaannya masih murtad dan Ayah Pin meminta agar dikuburkan dalam kawasan perkuburan Islam tapi ditolak mentah-mentah oleh penduduk kampung.

AddThis Social Bookmark Button

Tiga isteri ayah Pin berpelukan  

Three stoges.. gambar kegembiraan tiga isteri ayah Pin. Pelik gak, biasanya nampak sedih tapi boleh happy pulak. Ntah-ntah ayah Pin tak datang lagi atau pun denda tak banyak kot?.. Mengikut seksyen 10 Takzir mereka yang didapati bersalah boleh didenda sebanyak RM3,000 seorang atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali. Mereka bertiga ini diikat jamin RM1500.00 setiap seorang. Macam dah ready duit ajer nak bayar denda?. Apa-apa pun janganlah lagi sekali ditangkap sudah. Selain ayah Pin dan isteri pertamanya, orang yang paling dikehendaki adalah Rosli Def-Gab-C. Tunggulah kemunculannya nanti saya akan terus bawakan kepada anda.
*
**
Wan Yaakob - Tindakan terbaik kerana ia melanggar undang-undang
*
Abdul Ghani - Sudah lama berharap agar replika itu dimusnahkan pihak berkuasa kerana menggangap ia mencabar orang Islam
*
**
Dalam kenyataan lain penduduk dikwasan tersebut amat bersetuju dan bersyukur diatas roboh dan musnahnya perkampungan ayah Pin yang menjadi masaalah utama penduduk setempat walaupun nampaknya kerajaan agak lewat bertindak. Saya sebagai Web Admin mengucapkan terima kasih diatas usaha kerajaan yang nampaknya lebih serius menangani ajaran sesat di Malaysia. Kita tidak boleh merasa lega hanya dengan operasi ini sahaja dan kita harus ingat masih berpuluh ajaran sesat yang harus dibenteras. Terutama di Pulau Pinang khususnya yang menjadi buah mulut masyarakat setempat. Kerajaan harus wartakan dalam TV lebih sedikit dari biasa mengenai ajaran sesat ini. Diam tak diam masaalah ayah Pin ini telah menjadi akar sejak 2o tahun yang lalu kepada penduduk setempat. Bayangkan 20 tahun sudah berlalu. Jika manusia 20 tahun boleh dikira matang. Jika itu perniagaan sudah boleh mengecapi kejayaan.
*
Replika di Perkampungan itu yang dijadikan lambang ajaran berkenaan jelas bercanggah dengan ajaran islam sebenar dan akidah. Syariat dan akhlak islam yang mesti sentiasa dijaga supaya tiada pencemaran dan dirosakkan. - Nooh Gadut (Mufti Johor)
*
**

Tinggal kenangan.. gagal segala impian.. kenangan itu membuat ku jadi sesat.. ohhh - Wings, Ini lah ungkapan yang sesuai diberikan kepada 'Putra jaya akka Mini bumbung F1 ayah Pin". Habis gondol dibuatnya oleh Excevator. Ke"poweran" ayah Pin yang mempunyai kuasa dari langit tak dapat nak menandingi kekuatan alat jentera ini.

*

Dalam kenyataan lain... Pengikut ayah Pin merasa tertipu dan teraniaya dengan dengan janji ayah Pin yang mangatakan akan mempertahankan perkampungan ini jika diserbu sekali pun. Tindakan tidak bertangung jawab ayah Pin membuatkan Pengikutnya terasa tertipu dan marah. Sikap tidak bertangung jawab ini dan sanggup membiarkan pengikutnya didakwa bersendirian dan ayah Pin hilang ntah kemana. - Penipuan inilah menjadikan ayah Pin bukan ikutan sebenar.

AddThis Social Bookmark Button

Kronologi Kes Ayah Pin  

27/01/2005
Ayah Pin kembali menggugat ummah ketika umat Islam masih menyambut Aidiladha. Kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang diwartakan haram pada 4 Disember 1997, mengadakan perhimpunan di perkampungan "Kerajaan Langit" di Kampung Besut Batu 13, Hulu Besut, Terengganu. Perhimpunan dua hari dihadiri lebih 200 pengikut pelbagai kaum dan agama itu diadakan kononnya bagi membolehkan pengikut ajaran berkenaan beribadat dan berdialog dengan Ayah Pin.

03/07/2005
Inspektor polis dan ahli kumpulan rock antara 21 pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang diberkas dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dimarkas induk kumpulan itu.

05/07/2005
Menteri Besar Dato' Sri Idris Jusoh menyatakan Kerajaan Terengganu tetap akan merobohkan bangunan dan replika yang didirikan Ayah Pin kerana melanggar Ordinan Tanah Negara.

18/07/2005
Perkampungan Kerajaan Langit dibakar sekumpulan 40 hingga 50 lelaki yang tidak dikenali yang menutup muka dan mengenakan lilitan kain putih di kepala. Ayah Pin tiada di perkampungan ketika kejadian berlaku.

19/07/2005
Polis menahan seorang lelaki berusia 65 tahun untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan di perkampungan itu. Ayah Pin dipercayai melarikan diri bersama empat isterinya.

20/07/2005
59 pengikut Ayah Pin dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

21/07/2005
Seramai 49 pengikut ajaran sesat Ayah Pin, termasuk 25 wanita mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Besut, terhadap tuduhan melanggar perintah Mufti yang mengisytiharkan ajaran dan pegangan Ayah Pin sesat. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

25/07/2005
Perhimpunan wajib oleh pengikut "Kerajaan Langit" yang biasanya pada setiap malam Ahad, kini tidak lagi kelihatan selepas ketuanya menghilangkan diri.

26/07/2005
Laluan masuk ke markas "Kerajaan Langit" dikawal ketat pihak berkuasa.

27/07/2005
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung adalah antara tiga lelaki yang direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan dan kebakaran di perkampungan ajaran sesat Ayah Pin. Perintah tahanan reman keatas Pengerusi JKKK yang juga seorang kontraktor dan seorang pemuda berusia 24 tahun.

28/07/2005
Seorang daripada tiaga anak Ayah Pin yang dibebas dan dilepaskan di Mahkamah Rendah Syariah Besut di sini, mengaku terlalu rindukan bapanya dan mengharapkan bapanya pulang semuala kepangkuan keluarga. Pendakwaan terhadap 45 pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin kerana melanggar perintah Mufti yang mengisytiharkan ajaran dan pegangan Ayah Pin sesat dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Besut, Wan Abdul Malik Wan Sidek, membenarkan kes itu dipindahkan selepas mendengar permohonan pihak pendakwa yang diketuai Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah, semalam. Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
**
*
Lolos Ke Thailand?
Guru ajaran sesat Ariffin Mohamad atau Ayah Pin mungkin meloloskan diri ke Thailand berikutan tiga isterinya ditahan polis di kampung Sungai Pinang, Palekbang di Tumpat. kira-kira 20 kilometer atau 15 minit perjalanan ke sempadan Kelantan-Thailand.

Kemungkinan untuk Ayah Pin masuk ke Thailand agak tinggi keranan Pengkalan Kubor, Tumpat menjadi penghubung kepada Tak Bai, selatan Thailand tidak jauh dari tempat isterinya bersembunyi.

Adalah difahamkan Ayah Pin yang berasal dari Bachok, juga boleh menyeberangi secara sah ke Thailand hanya dengan menggunakan pas sempadan. Pas sempadan hanya layak digunakan kepada individu yang berasal dari negeri yang bersempadanan dengan Thailand. Selain Kelantan, individu yang berasal dari Perak, Perlis dan Kedah turut layak. Selain itu, 48 pengkalan haram di sepanjang 25 kilometer Sungai Golok bermula dari Kuala Tak Bai hingga Kubang Pak Itam, boleh membantunya menyusup masuk ke selatan Thailand. Adalah juga difahamkan selatan Thai menjuadi pilihan Ayah Pin untuk bersembunyi selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan bantuan polis dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPPK) Terengganu dan Kelantan memburunya sejak menghilangkan diri pada 20 Julai lalu.

Tengah hari semalam, tiga isteri Ayah Pin iaitu Zaharah Awang, Ruzialan Mokhtar dan Nik Kamariah Nik Pah ditahn dalam operasi khas IPPK Kelantan. Tiga wanita yang ditahan kira-kira jam 1 tengahhari itu adalah isteri kedua, ketiga dan keempat kepada Ayah Pin. Selain mereka, isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Ramli dan bekas anggota kumpulan rock Def-Gab-C, Rosli Abdul Samad atau Lee Space diletakkan dalam senarai orang yang paling dikehendaki JHEAT bagi membantu pihak berkuasa menahan ketua ajaran sesat itu.

AddThis Social Bookmark Button

Gambar kemusnahan kerajaan langit ayah Pin.  

Tuesday, August 02, 2005

Inilah pertama kali liputan meluas oleh kerajaan tentang ajaran sesat di Malaysia. Di bawah saya tunjukkan gambar satu-persatu bagaimana kerajaan mengambil tindakan ajaran sesat ini. Harapannya adalah semua ajaran sesat dibenteras kesemuanya sekali dan tidak dibenarkan berada di tanah air.
*
**
Payung F1-nya juga akan habis dirodok oleh back-hoe ini. Tahniah kerajaan atas usaha anda dan lepas nie takder lagi 'duplicate' F1 kat Trengganu.

*

No Komen..
*

No Komen

*Datuk DR Abdullah Md Zin... Sebagai berkata dengan penyeragaman itu, mana-mana kumpulan ajaran sesat yang diksan akan tetap dikenakan walaupun mereka melarikan diri ke negeri lain.

Dalam kenyataan lain di Ipoh baru-baru ini.. bahawa sudah sampai masanya untuk menyeragamkan undang-undang islam seluruh negara mengenai ajaran sesat ini. Semua yang terlibat dalam ajaran sesat ini akan didakwa tertakluk kepada negeri dimana ia (pengasasnya) berada.

AddThis Social Bookmark Button

Markas ayah Pin Diroboh Pihak Berkuasa  

Monday, August 01, 2005

Selepas ini tiada desas desus mengatakan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap perkara seperti ini. "Slow"nya tindakan kerajaan ini kerana mengambil kira banyak faktor. sebagai rakyat kita kena fikir perkara ini. Dibawah sempat saya siarkan beberapa gambar untuk tatapan bersama.

TINGGAL KENANGAN, Broomm... habis dan ranap sudah 'Putrajaya' ayah Pin yang menjadi kebanggaannya. Nasib baik dia tiada di tempat ini untuk menyaksikan binaannya musnah kalau tak ntahlah, mesti melolong dia melihatnya. RM5 juta projeknya habis dalam sekelip mata. Projek pengondolan ini mengambil masa beberapa jam dan orang luar berserta pemberita tidak dibenarkan masuk untu melihat atau mengambil liputan.
*
**



Teko yang tak serupa teko lagi. Patutnya teko ini jangan dimusnahkan tapi di "modify" rupanya menjadi lebih menarik dan di "color" kan dengan warna funky sebab teko nie pun bukannya merupai benda bernyawa (Berhala). Mungkin kita akan ada teko terbesar didunia sekaligus boleh menarik pelancong. Jadikan kawasan nie tempat rekreasi bagi negeri Trengganu. Tang payung tuh no komen. Sekurang-kurangnya boleh menjadi pendapatan sampingan bagi penduduk setempat dengan kedatangan pelancong. Kalau dimusnahkan maka jika kerajaan nak membina semula teko atau jenis apa sahaja untuk 'landmark' memakan belanja agak besar. Mungkin ada kesan jangka panjang tapi kita kena ada fikiran positif. Tempat ini pula kalau dijadikan kawasan rekreasi mesti dikawal ketat oleh jabatan agama takut kalau-kalau salah guna - ini hanya pandangan web blogger dari sudut ekonomi.
*
**

Wajah ketiga-tiga madu ayah Pin yang ditangkap dan dibawa ke JHEAT pada 31/7/2005. Mereka di tahan ditumpat semalam di utara tanah air dan bukan dilangit. Kalau tak mungkin JHEAT terpaksa sewa roket dengan US atau Rusia untuk naik ke langit. Masih tersenyum walaupun ditangkap dan selamba aje. Lagak nak ke shopping kompleks pun ader gak.

*

**


Menunggu sementara nak diambil gambar dan gantung nomboe banduan untuk diabadikan dalam penjara. Ntahlah aper nasib mereka selepas ini. Dibebaskan atau dipenjara.

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster