Kronologi Kes Ayah Pin  

Wednesday, August 03, 2005

27/01/2005
Ayah Pin kembali menggugat ummah ketika umat Islam masih menyambut Aidiladha. Kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang diwartakan haram pada 4 Disember 1997, mengadakan perhimpunan di perkampungan "Kerajaan Langit" di Kampung Besut Batu 13, Hulu Besut, Terengganu. Perhimpunan dua hari dihadiri lebih 200 pengikut pelbagai kaum dan agama itu diadakan kononnya bagi membolehkan pengikut ajaran berkenaan beribadat dan berdialog dengan Ayah Pin.

03/07/2005
Inspektor polis dan ahli kumpulan rock antara 21 pengikut ajaran sesat Ayah Pin yang diberkas dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dimarkas induk kumpulan itu.

05/07/2005
Menteri Besar Dato' Sri Idris Jusoh menyatakan Kerajaan Terengganu tetap akan merobohkan bangunan dan replika yang didirikan Ayah Pin kerana melanggar Ordinan Tanah Negara.

18/07/2005
Perkampungan Kerajaan Langit dibakar sekumpulan 40 hingga 50 lelaki yang tidak dikenali yang menutup muka dan mengenakan lilitan kain putih di kepala. Ayah Pin tiada di perkampungan ketika kejadian berlaku.

19/07/2005
Polis menahan seorang lelaki berusia 65 tahun untuk membantu siasatan berhubung pencerobohan di perkampungan itu. Ayah Pin dipercayai melarikan diri bersama empat isterinya.

20/07/2005
59 pengikut Ayah Pin dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

21/07/2005
Seramai 49 pengikut ajaran sesat Ayah Pin, termasuk 25 wanita mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Besut, terhadap tuduhan melanggar perintah Mufti yang mengisytiharkan ajaran dan pegangan Ayah Pin sesat. Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

25/07/2005
Perhimpunan wajib oleh pengikut "Kerajaan Langit" yang biasanya pada setiap malam Ahad, kini tidak lagi kelihatan selepas ketuanya menghilangkan diri.

26/07/2005
Laluan masuk ke markas "Kerajaan Langit" dikawal ketat pihak berkuasa.

27/07/2005
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung adalah antara tiga lelaki yang direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes pencerobohan dan kebakaran di perkampungan ajaran sesat Ayah Pin. Perintah tahanan reman keatas Pengerusi JKKK yang juga seorang kontraktor dan seorang pemuda berusia 24 tahun.

28/07/2005
Seorang daripada tiaga anak Ayah Pin yang dibebas dan dilepaskan di Mahkamah Rendah Syariah Besut di sini, mengaku terlalu rindukan bapanya dan mengharapkan bapanya pulang semuala kepangkuan keluarga. Pendakwaan terhadap 45 pengikut kumpulan ajaran sesat Ayah Pin kerana melanggar perintah Mufti yang mengisytiharkan ajaran dan pegangan Ayah Pin sesat dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Besut, Wan Abdul Malik Wan Sidek, membenarkan kes itu dipindahkan selepas mendengar permohonan pihak pendakwa yang diketuai Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah, semalam. Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes.
**
*
Lolos Ke Thailand?
Guru ajaran sesat Ariffin Mohamad atau Ayah Pin mungkin meloloskan diri ke Thailand berikutan tiga isterinya ditahan polis di kampung Sungai Pinang, Palekbang di Tumpat. kira-kira 20 kilometer atau 15 minit perjalanan ke sempadan Kelantan-Thailand.

Kemungkinan untuk Ayah Pin masuk ke Thailand agak tinggi keranan Pengkalan Kubor, Tumpat menjadi penghubung kepada Tak Bai, selatan Thailand tidak jauh dari tempat isterinya bersembunyi.

Adalah difahamkan Ayah Pin yang berasal dari Bachok, juga boleh menyeberangi secara sah ke Thailand hanya dengan menggunakan pas sempadan. Pas sempadan hanya layak digunakan kepada individu yang berasal dari negeri yang bersempadanan dengan Thailand. Selain Kelantan, individu yang berasal dari Perak, Perlis dan Kedah turut layak. Selain itu, 48 pengkalan haram di sepanjang 25 kilometer Sungai Golok bermula dari Kuala Tak Bai hingga Kubang Pak Itam, boleh membantunya menyusup masuk ke selatan Thailand. Adalah juga difahamkan selatan Thai menjuadi pilihan Ayah Pin untuk bersembunyi selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan bantuan polis dari Ibupejabat Polis Kontinjen (IPPK) Terengganu dan Kelantan memburunya sejak menghilangkan diri pada 20 Julai lalu.

Tengah hari semalam, tiga isteri Ayah Pin iaitu Zaharah Awang, Ruzialan Mokhtar dan Nik Kamariah Nik Pah ditahn dalam operasi khas IPPK Kelantan. Tiga wanita yang ditahan kira-kira jam 1 tengahhari itu adalah isteri kedua, ketiga dan keempat kepada Ayah Pin. Selain mereka, isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Ramli dan bekas anggota kumpulan rock Def-Gab-C, Rosli Abdul Samad atau Lee Space diletakkan dalam senarai orang yang paling dikehendaki JHEAT bagi membantu pihak berkuasa menahan ketua ajaran sesat itu.

AddThis Social Bookmark Button

6 comments: to “ Kronologi Kes Ayah Pin

  • Anonymous
    4:49 PM  

    Tak payah le cari ayahpin, tak payah tangkap pengikutnya, buat ape,nyusah aje, Kalau cari, kalau tangkapun nak buleh buat ape, paling kurangpun jel je sethn tak selesai juga masalah. Itupun kesalahan ajaran sesat...

    Sepatutunya laksanakan hudud, bila sabit murtad dan jika enggan taubat bunuh.Itu hukum Allah. Tiada kompromi lagi.Org yg yg me rosakan agama tiada pertimbangan.

    Mcm mana nak selesaikan masalah agama tapi pakai undang2 akal. Bodoh..

    AKU le..

  • Anonymous
    8:07 PM  

    assalamualaikum..

    semua AP (ayah Pin-sebenarnya..PIN SESAT) adalah syaitan yang menjelma sebagai manusia, dajal2 kecil sebelum kemunculan dajal besar yg akan merosakkan akidah umat Islam. Kerajaan langitla..ilmu ghaib yang hakiki la..semua itu adalah ajaran SYAITAN , ajaran IBLIS, ajara DAJJAL....

  • Anonymous
    3:07 PM  

    gunalah hukum hudud.....
    Allah yg mencipta hambanya....dan ia juga tau kelemahan hambanya.....
    yg PM kite sibuk dok buat Islam hadari tu wat ape????Ape Islam skrg ni Islam ape????????jgn kelabukan mata rakyat pak lah.....hukum Allah tu jalankan dulu.....kalau ape yg ade dkt Al-quran tu pun pak lah taknak ikut mcm mana rakyat nak ikut ckp ko pak lah oiiii.......jgn main2kan Agama Allah ni Pak Lah oiiii....Tak takut MATI ker?Mahathir tu jgn ikut dia tu mamak kutty

  • Anonymous
    7:33 PM  

    dh tgk sekali muke orang tue ni,dh nmpk cm muke nerake.knapela byk sgt orang nak ikut die ni..kite skg paling penting rujuk al quran dan amalkan sunnah Nabi Muhammad je..dh tentu islam tersebar!

  • Anonymous
    7:44 PM  

    Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatu.skng macam mana kita nak usaha yg ayah pin dah mengaku murtad n dia mengaku imam mahdi plak 2!. xada otak betolla orang tua ni!!!

  • Anonymous
    8:12 PM  

    assalamualaikum wbh...

    ayah pin si tua kutuk..takde pelajaran,cara berpakaian dan air muka dah macam penagih,pemadat...tak kan lah pengikut semua tu buta...nampak sangat lah ayah pin ni berdampingan dgn jin jin.yg menghairankn lagi polis dan ustazah pun terbabit...murtad lak tu..nauzubillah....
    konon dia tuhan segala agama...pege dah..dengan polis pun takut...
    hang kata hang terror...hang pi la.....

Design by Amanda @ Blogger Buster