Mufti nasihat umat islam jauhi VCD Ayah Pin.  

Thursday, August 18, 2005


Cakera padat video (VCD) kumpulan ajaran sesat Ayah Pin yang dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat boleh merosakkan akidah umat Islam. VCD itu memaparkan kegiatan ketuanya, Ariffin Mohamad, 65, atau Ayah Pin bersama pengikut menyelitkan beberapa lagu memujanya yang berirama balada, pop, slow rock selain mempunyai elemen nasyid.
Lagu itu dipercayai dinyanyikan artis tempatan yang menjadi pengikutnya bagi menarik perhatian orang ramai, terutama golongan muda supaya menyertai mereka.Antara lirik sebuah daripada lagu itu berbunyi ‘bertapak kukuh di nusantara, rahsia keilmuannya terpelihara untuk manusia berbilangan bangsa, tidak memilih pangkat dan warna’.Lirik lagu lain pula ‘dialah perutusan yang dicari-cari, pemimpin yang unggul berilmu hakiki, terlantiklah sudah pemimpin terpuji, menjadi tumpuan sekelian insani’.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak perlu membeli dan menonton VCD itu bukan saja kerana berunsur syirik tetapi tidak mendatangkan manfaat kepada mereka.Katanya, VCD itu turut memuatkan lagu yang memuja Ayah Pin yang kononnya memiliki kuasa sakti.
“Perbuatan itu salah kerana pemujaan terhadap manusia hukumnya syirik. Malah, mereka yang menganggap Ayah Pin tuhan dikategorikan sebagai syirik besar kerana memuja manusia melebihi batasan.“Hukumnya berdosa besar dan boleh mengakibatkan seseorang itu murtad jika tidak segera insaf dan bertaubat,” katanya.Menurutnya, umat Islam yang lemah imannya sudah tentu mudah terpengaruh dengan ajaran Ayah Pin selepas mendengar lagu dalam VCD itu.“Mereka yang mendengar lagu itu pun boleh syirik selepas terpengaruh dengan maksudnya disebabkan menggunakan lirik serta irama yang mengasyikkan.“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan usah membeli VCD Ayah Pin.
Mereka yang menjualnya juga boleh jadi syirik, yang menyimpannya juga sama kerana memiliki barangan syirik,” katanya.
Harussani berkata, perbuatan menjual VCD itu mungkin dibuat pihak tertentu yang berniat memesongkan kepercayaan umat Islam.“Tanpa disedari VCD itu yang kononnya dijual untuk tatapan, sebenarnya alat propaganda menyebarkan ajaran Ayah Pin, bertujuan menarik pengikut baru,” katanya.
Justeru, beliau mahu pihak berkuasa perlu bertindak segera menyekat penjualan VCD ini sebelum gejala ajaran sesat Ayah Pin bertambah buruk. Sementara itu, pensyarah psikologi daripada Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata VCD Ayah Pin menggunakan muzik bagi mempengaruhi pemikiran manusia dan kesannya mendorong mereka melakukan sesuatu perbuatan selepas emosinya dikuasai lagu.
Menurutnya, perkataan dan irama dalam lagu, terutama yang berentak sentimental serta menusuk hati berupaya menarik seseorang mendengarnya.
Katanya, lagu yang berunsur cinta dan kasih sayang paling mudah memikat pendengar kerana mempunyai nilai kenangan atau peristiwa yang menyentuh hati dan perasaan.“Sesuatu lagu mudah masuk dalam ingatan jika ia menyebabkan kita rasa hiba, tersentuh emosi dan teringat kisah lalu yang menyedihkan atau menyeronokkan.
“Contohnya lagu patriotik yang berentak laju menyebabkan darah seseorang gemuruh dan naik semangatnya. Begitu juga jika lagu itu negatif,” katanya.Dr Suradi berkata, kesan buruk boleh terjadi kepada seseorang yang berjiwa lemah dan longgar pegangan agamanya selepas mendengar lirik daripada lagu berunsur negatif.
VCD Ayah Pin itu laris dijual di pasaran terbuka selepas berita mengenai kumpulan ajaran sesat itu yang markasnya terletak di perkampungan ‘Kerajaan Langit’ di Batu 13, Hulu Besut, Terengganu, heboh diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Perkampungan itu kini sudah dirobohkan pihak berkuasa sebagai usaha membanteras ajaran itu.
Polis pula masih menjejaki Ayah Pin yang melarikan diri selepas sebahagian pengikutnya didakwa di Mahkamah Syariah.
Rata-rata yang membeli VCD itu ingin mengetahui aktiviti ajaran Ayah Pin yang diwartakan haram pada 4 Disember 1997, di samping melihat lebih dekat ‘Kerajaan Langit’ Ayah Pin yang mempunyai beberapa binaan gergasi.
Dipetik Dari : Harian Metro
Berdasarkan dari huraian Mufti diatas ingin saya umumkan kepada anda semua saya tidak akan menjual lagi VCD ayah Pin secara membabi buta. Jika anda ingin membelinya dari saya pastikan anda menontonnya dengan niat untuk mengetahui sahaja dan dinasihatkan akan menyembunyikannya kembali atau memusnahkannya agar tidak ditonton oleh orang yang tidak tahu mengenainya kerana boleh membahayakan minda.

AddThis Social Bookmark Button

26 comments: to “ Mufti nasihat umat islam jauhi VCD Ayah Pin.

  • Anonymous
    4:14 PM  

    Jauhkan le VCD tu..takde pekdah tgk..

  • Anonymous
    8:10 PM  

    selagi dijual bermakna tolong kempen

  • Anonymous
    10:51 AM  

    usah kita kutuk2 sgt pengikut ayah pin dgn perkataan bodoh dan sebagainya.

    mungkin penangan ayah pin kuat sgt sampai diorg sanggup melakukan syirik. ustazah blaja agama islam tinggi2 kat arab pun bleh murtad ini plak kita yg ilmu takde la banyak mana. kalau penangan ayah pin kene kat kita tah2 lg teruk kot.

    berdoa la kpd Allah S.W.T supaya kita sentiasa dilindungi drpd melakukan syirik.

  • Anonymous
    12:41 PM  

    kenapa takut ajaran ayah pin pbuh? Beliau adalan nabi terakhir allah dan ajaran dia tulen dan betul. Marilah kite beramai ramai mengikuti nya.

  • Anonymous
    1:35 PM  

    Mati Islam, Haidup Kerajaan Langit

  • Anonymous
    4:51 PM  

    "supporter of ayah pin" ni gile ker...tak baca Al-Quran ke..?? kan ke dah tulis kat situ Rasulullah s.a.w ialah nabi dan rasul yg terakhir...apa hal nye lak ngan pin. takde kena mengena antara hidup ngan mati. ish ayah pin, nau'zubillah.

  • Anonymous
    8:09 PM  

    Alaaah tiap tiap hari dlm kehidupan kita pun kita boleh terjebak dlm syirik nih..nak contoh? hah, katakanlah sebuah keluarga kehilangan seorang ayah (mati ke hapa)..haruslaa kalau ditanya apa perasaan kelurga ittew, mesti one of them akan jaab "kami sudah hilang tempat bergantung hidup" NOW that is syirik!
    Nih patut mufti kempen menda menda ni jugak..syirik tanpa kita sedari..banyak lagilah kot contoh...sapa ada lagi tolong tambah..wallahualam

    -LeeUK-

  • Anonymous
    3:18 PM  

    astaga..apa nak jadi dunia kita sekarang...masih ada lagi sisa2 manusia syirik walaupun mereka2 itu telah dihapuskan pada zaman dahulukala..buka mata,buka minda dan bukalah hati..Allah itu maha besar!

  • Anonymous
    4:57 PM  

    10 ajaran karut Islam yang dibawa Arab ke Semenanjung Malaysia...dan diikuti oleh orang melayu.

    1. Tuhan tinggal di struktur batu, Mekah iaitu Kaabah (Rumah Allah)

    2. Kena baling selipar dan batu di Mina untuk halau hantu dan iblis

    3. Kena cium batu hitam di mekah atau buat flying kiss dari jauh pun dah cukup..

    4. Sembahyang lima waktu--ritual prayer walau tiada dlm kitab Quran dan mesti mengadap Idol Batu di kaabah..dan mesti sembah batu tersebut..setiap kali x 5 waktu

    5. Keluar zakat dan beri wang kpd imam masjid, pej pungutan zakat dan ulamak...walhal.."zakaa" means "purify" - purify yourself..

    6. Solaa, bermaksud "commitment" tapi ditambah ditukar jadi sembahyang 5 waktu walhal ritual prayer tiada dlm Quran..

    7. Pusing balik 7 x di Madinah, macam cerita Red Indian...konon untuk mengingati kesusahan yang dialami oleh siti Hajar ibu Ismail...

    8. Sembahyang mesti laung "allah hu akbar" sekuat yang boleh sebab orang belakang tak dengar bila imam tukar posisi sembahyang..maksud "god is bigger"

    9. Masa ambil air sembahyang, mesti niat dan cakap aku nak bersih dan ambil wuduk dalam bahasa arab...sebab Tuhan tak tahu kau orang nak buat apa...

    10. Sembahyang mesti baca Arab sebab Tuhan adalah Arab dan tahu bahasa arab sahaja. Kalau nyanyi dlm bahasa melayu, sembahyang tak sah...

    Byk lagi...yang sesat...
    Itu belum guarantee masuk syurga lagi...nak kena pikul pahala bebanyak tapi mengumpat orang boleh..Tuhan Allah buta dan tak dengar...janji Islam masuk Syurga...Syurga mak bapak ko..

  • Anonymous
    2:35 AM  

    ayah pin sucks.go fuck ayah pin rotten ass,u fucking ayah pin ass licker.fuck you and your mother.fuck offf ayah pin.u fucking idiot motherfucker

  • Anonymous
    3:58 PM  

    kepada anonymous yang kate 10 ajaran sesat yang dibawa oleh orang arab ke semenanjung malaysia tu, saya nak tanye sikit
    first, awak ni orang islam ke tak?
    kalau islam awak belajar and percaya tak rukun islam yang lima tu and rukun iman yang enam tu?
    second awak ni percaya kat kitab al-quran dan hadis ke tak?dan tahu tak ape itu al-quran dan hadis?
    third, awak ni paham ke tak ape tu islam yang syumul (islam yang menyeluruh) dan konsep pengamalan islam dalm kehidupan seharian?
    kalau jawaban ade salah satunye tidak harap awak sedar bahawa awak nie adalah seorang manusia yang "kerugian" menurut al-quran kerana mensiakan mase mencari cara hidup selain dari islam.

  • Anonymous
    11:20 AM  

    tolong la ingat la tuhan sikit kamu tu islam ke tak, ingat skit bala yang tuhan pernah turunkan dulu ko nak suruh jadi macam tu ke?

  • Anonymous
    11:22 PM  

    Ayah Pin mmg dah sesat begitu juga pengikutnya...apa yg aku merisaukan ada org yg meneguk air keruh...mungkin mereka yg menulis(menyokong) ayah Pin dlm blog ni kristian dll (yg pasti kafir)ingin menggugat agama suci kita Islam...kita tak yah gaduh kasar2 dgn depa ni tp kemukakan hujah2 ttg kebenaran.Mereka cuba pesong hati kita apa kata kita pesong mereka untuk kembali ke pangkal jalan.....

  • Anonymous
    12:09 AM  

    Kepala hatuk u orang Cd itu boleh merosakan minda...itulah lemah nya pemikiran orang melayu yg memgaku diri masing2 ISLAM.....Cuba tengok baik2, mana ada orang Melayu yang dihormati dan yang boleh diterima oleh semua bangsa dan agama.....Siapa kah dia....baca balik tanda 2 hari Qiamat...ingatkan balik....Iman Mahadi akan turunkan....cuba fikir dulu, kalau tak tahu , usah nak kata salah....jgn kata Hindu, Buddha dan Kristian itu salah dan kafir....Tuhan itu Maha Adil.... bukan ugama yng dipilih, bukanbangsa yang di lepaskan ke syurga, tapi....hati yang iklas dan bersih....Andai Nabi MUhammad tutun juga diZaman ini sah tentu kena tangkap oleh Jabatan Agama Islam.....

  • Anonymous
    12:14 AM  

    AYAH PIN not Nabi, not Rasul....He is somebody yg special ....nak tahu buat sembahyang IstiQarah (Petunjuk), minta tunjuk pada Tuhan Kalian semua......baru betul!Berpandukanlah apa yang dipertunjukkan oleh TuhanMU

  • Anonymous
    10:37 AM  

    kalau nak sesat, sesatlah sorang2. jgn nak heret org lain dalam lubang neraka sama2.dosa sendiri pun nanti tak tertanggung. kepada anonymous yang kata 10 ajaran sesat yg dibawa dari negara arab tu - really kesian dekat awak. Allah telah mengurniakan awak akal tapi awak terlebih2 gune akal tu sampai jadi tak berakal. kami2 ini yg dianggap bodoh oleh awak berdoa kepada Allah semoga awak kembali ke pangkal jalan dan tak sama2 join dgn ayah pin awak tu ke dalam lubang neraka.

    syaitan boleh menyesatkan manusia dalam apa jua bentuk! ingat lah itu. means dia boleh buat something sampai manusia rasa dia ajaib dan hebat sampai jadi macam nih. jadi macam ayah pin awak tu. kenapa Allah tak matikan ayah pin je ye? senang jer - Allah nak memberi peluang kepada dia utk bertaubat. kenapa Allah tak bakar je u all dekat perkampungan tu dan membiarkan u all terus melalukan perkara yang munkar? senang jer - Allah nak memberikan kamu peluang bertaubat. kenapa Allah nak bagi kamu bertaubat? Kerana Rasulullah SAW itu kekasih Allah dan Rasulullah pernah berdoa supaya mengasihani kaumnye ( iaitu saya, mereka semua dan termasuk awak juga ayah pin awak tu!) dan penyiksaan ditangguhkan sehingga hari kiamat.

    kalaulah kita ni bukan kaum Nabi Muhammad SAW, dah lama dah hancur lebur tinggal abu jer.banyak lagi perkara munkar yang dah berlaku kat dunia ni...sejak sebelum kelahiran ayah pin awak tu lagi!

    kepada kita2 yang masih dalam keimanan kepada Allah berdoalah semoga Allah menebalkan lagi keimanan di dada kita ini dan melindungi kaum keluarga kita dari pengaruh syaitan ini. Rasullullah SAW telah mengingatkan kita salah satu tanda akhir zaman ialah akan ramai org mendakwa dia adalah nabi yang sebenarnya palsu. juga ajaran2 sesat lagi menyesatkan. jgn membenci pengikut2 ayah pin (juga ajaran sesat yang lain). tanggungjawab kita sbg seorg Islam untuk tolong saudara Islam yang lain.

    kasihankan mereka....

  • Anonymous
    12:43 PM  

    assalamualaikum.....
    kepada semua yang mengutuk islam dan mengagung-agungkan ayah pin tu bawak lah bertaubat.... hidup ni tak lama.. entah2 lepas cakap dah meninggal..cubalah fikir kalau anda betul mengamalkan islam bukan menjadikan islam agama ikutan sahaja...

  • Anonymous
    7:25 PM  

    terima kasih sedara kerana blog ni, dah lama saya mahu mengikut cerita ayah pin ini...dan di sinilah ia..ayah pin- menakutkan apa yg diajarnya, macam menunjuk gambaran dajal laknatullah yg sudah tentu lebih mengerikan dan berpengaruh..

  • Anonymous
    2:18 PM  

    Bercakaplah berdasarkan ilmu yang dikurnia Allah melalui Rasulnya.

  • Anonymous
    5:07 PM  

    ana tabik sama ustazlah.sokong 200% cayalah. oops.... ana tersalah ckplah kurang sopan,kurang sopan...............

  • Anonymous
    1:36 PM  

    wei pengikut ayah pin semua

  • Anonymous
    6:05 AM  

    Allah itu maha adil,kun fayakun bermaksud maka jadilah...kalau Allah nak turunkan bala bila-bila masa n mana-mana tempat....kalau di ikutkan malaysia ni bukan la besar sangat kalu Allah nak turunkan bala,kalu Allah nak boleh hancur malaysia ni sekali dengan penghuninya...so samalah kita berdoa supaya kita terselamat dari siksaan Allah...ni baru kes ayah pin belum lagi turunnya DAJJAL LAKNATULLAH....confirm banyak lagi yang sesat coz dajjal boleh menghidupkan org yang mati,,,ayah pin apa ada??fikir-fikirkan lah wahai manusia yang berakal

  • Anonymous
    2:45 PM  

    HAPPY DEEPAVALI to AYAH PIN.

    BANYAK BUAT MARUKU?

  • Anonymous
    6:09 AM  

    kepada seseorang yg post ttg 10 ajaraan sesat dari arab ke malaysia


    kalau saudara taktau apa2 pasal agama islam... jgn main sebut je... Allah s.w.t kurniakan akal fikiran yang amat bagus untuk kita fikirkan mana yg baik and buruk....

    Sebelum rasullullah wafat.... 2 bende je yg baginda tinggal.. iaitu al-quran dan hadis....

    saudara belajar la agama secara mendalam, saudara tu agama tak cukup tu... bykkan beribadat la...

    saya rasa kan,islam adalah agama yg ulung...

    < AKU RASA KAN KAU TU BODOH LA!!! KETURUNAN LAHANAT MMG MACAM TU... PUKIMAK LU.. FUCK YOU!!!! DUMB ASS!!!!! >

  • Anonymous
    9:24 AM  

    bawak2 lah bertaubaut. mati nanti takut masok neraka.

  • Anonymous
    5:40 PM  

    Ini lah contoh salah seorang pengikut ayah Pin yg dilaknat Allah swt. Subhanallah!..Jika kamu org islam, maka berbalik lah kamu pada ajaran yang sebenar

Design by Amanda @ Blogger Buster