Hukuman yang berat untuk pembawa ajaran sesat..  

Monday, August 15, 2005


Sesiapa yang membawa ajaran sesat dan menyeleweng patut dikenakan hukuman sewajarnya supaya tidak mempermainkan kesucian agama Islam.

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Universiti Malaya (UM), Prof Madya Mohamad Kamil Ab Majid, berkata hukuman itu adalah bersesuaian dengan prinsip Islam Hadhari pertama iaitu keimanan dan takwa kepada Allah.“Tidak cukup dakwah dan penerangan, penguat kuasa juga harus mengenakan denda serta hukuman berat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dasar bertajuk Cabaran Kemunculan Ajaran Sesat Dalam Pembinaan Bangsa Bertamadun Unggul pada Seminar Ketamadunan Ummah sempena hari lahir Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas ke-67 di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia (USM), semalam.Mohamad Kamil berkata, golongan yang berwibawa dan profesional hendaklah diberikan tugas bidang dakwah dan kaunseling secara Islam untuk pemurnian akidah."Beberapa pusat pemurnian akidah patut diadakan di setiap negeri dengan pentadbiran yang profesional," katanya.
Beliau berkata, kemunculan ajaran `Kerajaan Langit' Ariffin Muhamad (Ayah Pin) menunjukkan orang ramai mudah tertipu kerana pemimpin ajaran sesat itu bijak memikat dengan mendakwa kononnya dia memiliki kuasa sakti.“Kemunculan ajaran sesat juga menjadi bukti minda manusia makin bercelaru dan jiwa bertambah gelisah malah membabitkan soal jenayah yang bukan saja menghalang kebangkitan tamadun sekali gus meruntuhkan pencapaian sedia ada."Kemunculan ajaran sesat sebegini, menjadi fenomena berlarutan dalam dunia Islam sejak dulu sampai sekarang. "Tanpa menafikan adanya faktor lain yang turut menyumbang ke arah kemendapan tamadun, ajaran sesat tetap menjadi salah satu batu penghalang yang menonjol kepada pembinaan tamadun tinggi bagi sesuatu bangsa, khususnya umat Islam."Justeru ajaran sesat adalah bertentangan dengan logik, rasional dan jauh sekali daripada berfikiran kritis," katanya.
Komen Webmaster : Saya cadangkan hukuman seperti penjara seumur hidup dikenakan bagi pembawa ajaran sesat di Malaysia ini harus dilaksanakan. Ini kerana keberadaannya ditengah masyarakat dapat mempengaruhi orang ramai. Bayangkan jika ada 10 orang macam ayah Pin nie, Tak ke bahaya pada kita semua. Pada saya ia ibarat pengedar dadah kepada masyarakat. selagi ia wujud selagi itulah orang ramai dapat bekalannya.
Sumber : berita harian

AddThis Social Bookmark Button

7 comments: to “ Hukuman yang berat untuk pembawa ajaran sesat..

  • tynangel
    11:10 AM  

    wat aper nak tanggung biawak idup lama2..........gantung jer sampai mati....
    itu pun x cukup lg untuk orang mcm tur.........paling tidak pun humban jer dalam kandang buaya....
    bior rasa seksa dunia....2 belom kat akhirat nanti.....

  • Anonymous
    1:26 PM  

    saya sokong apa yang wanissa komen. Kan dalam hukum Islam dah termaktub, hukuman bunuh bagi orang-orang yang murtad iaitu pancung kepalanya. Ikut ajaran Islam, tak perlu susah-susah. Ini akan jadi pengajaran kepada umat Islam dan bukan Islam yang cuba memporakperandakan Islam.

  • Anonymous
    4:25 PM  

    Betul tu wanissa... tangkap ayah pin dengan pengikutnya, korek lubang besar, kumpul ramai2,tolak masuk lubang, simbah ngan minyak gas ka baru nyakan api.. itulah kecik2 tak mahu sekolah sudah besar nyusahkan orang..

    wanissu

  • aku baik
    8:31 PM  

    mm..saya sokong...tangkap, mintak dia taubat, lepas tu..laksanakan hukum hudud..eh..kat Malaysia takda hukum hudud...so, UMNO ngan ayah Pin same aje la...kan?..kan???

  • tapaudotcom
    10:42 AM  

    jangan bagi chance kat dia ni. sembelih je hidup-hidup. pastu daging dia masak kari ke, masak kurma ke, pastu tambah nasi beriyani, bagi makan kat pengikut-pengikut dia. amacam nak tak diorg makan

  • Anonymous
    5:27 PM  

    Aku sokong wanissa cakap, kalau tak leh nak hukum gantung pun, kenakan sebat sampai 1001 kali pastu masukkan dalam penjara ISA sampai mati.

  • Anonymous
    4:20 PM  

    Assalamualaikum wbt,

    HUKUMAN BERAT UNTUK PEMBAWA AJARAN SESAT... tajuk yang di bincangkan memang menarik tetapi sampai sekarang kita banyak mendengar cerita tapi takde "action"... "words are louder than action"... itulah kelemahan yang saya perhatikan dalam pentadbiran undang-undang syariah di Malaysia...

    Sekadar untuk renungan diri saya dan kawan2, terjemaah beberapa ayat2 dari Al-Quran:-

    "5:77. Katakanlah, "Wahai ahli Kitab, janganlah berlebih-lebihan dalam agama kamu, selain daripada
    yang benar, dan janganlah mengikuti keinginan kaum yang telah sesat sebelumnya, dan menyesatkan ramai, dan sesat lagi daripada jalan yang betul."

    "5:105. Wahai orang-orang yang percaya, jagalah jiwa kamu sendiri. Orang yang sesat tidak
    memudaratkan kamu jika kamu mendapat petunjuk yang benar. Kepada Allah kamu kembali,
    kesemuanya, dan Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu telah buat."

    "7:149. Dan apabila mereka memukul tangan-tangan mereka (menyesal), dan melihat bahawa mereka
    telah sesat, mereka berkata, "Jika Pemelihara kami tidak mengasihani kami, dan tidak mengampuni
    kami, sungguh, kami menjadi orang-orang yang rugi."

    Nanti ada masa saya akan tambah lagi komen pasal ajaran sesat nie.. sebab pernah la terikut masa zaman jahiliah dulu

Design by Amanda @ Blogger Buster