25 perkara punca ajaran Ayah Pin difatwa sesat  

Wednesday, August 31, 2005

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu terdapat 25 perkara yang menyebabkan ajaran Ayah Pin difatwakan sebagai sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd. Wan Hassan berkata, antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;
  • Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah.
  • Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
  • Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wakil pembangkang, Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang DUN di sini hari ini. Wan Mohd. berkata, antara kandungan yang terdapat dalam ajaran itu ialah Ayah Pin satu-satunya orang yang boleh membawa Islam sebenar sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.
  • Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
  • Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy.
  • Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
  • Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.

Inilah antara perkara-perkara yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghapuskan ajaran tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,'' ujarnya.

AddThis Social Bookmark Button

5 comments: to “ 25 perkara punca ajaran Ayah Pin difatwa sesat

  • Anonymous
    11:12 PM  

    Ayah Pin boleh blah!! gilo betul org tue tu.

  • Anonymous
    5:34 PM  

    usahlah kiter sebut nama dia. nama dia cukup hina untuk mulut kite. baik dipanggil si murtad sahaja.lebih jelas dan nyata.

    kesian pengikut si murtad ni. agaknye hati mereka dah tertutup dgn ilmu hitam dan air najis si murtad ni.ajarannye memang nyata bercanggah dgn agama Islam.

    wahai si murtad. first mmg patut kau dibunuh. Allah Al-mighty biarkan engkau hidup supaya engkau sempat bertaubat, juga untuk menjadi ujian kpd manusia di dunia.

    wahai si murtad. kau bukan je murtad, malah memfitnah Allah.juga menfitnah Rasulullah SAW.juga menfitnah para umat Islam yang benar2 beriman kepada Allah.

    yang nyata si murtad ni memang musuh Islam kerana dia memesongkan fikiran para Muslim. malah siap mengubah dan mengatakan yang patut atau tidak dan menghalalkan yang haram..

    si murtad ini juga penzina.bagaimana seorang suami boleh membiarkan bininya di'zina' secara rela atau tidak? sedangkan binatang pun tak membenarkan benda begini berlaku - fitrah haiwan baik ayam,kucing- hanya 2 jenis binatang shj yg tak heran bininya dikongsi iaitu anjing dan khinzir (babi sekiranya ada pengikut si murtad tak faham bahasa arab ni.)

    nyata bukan si murtad ini bersifat seperti anjing dan khinzir? sekurang2nya anjing dan khinzir masih lagi makhluk Allah dan tak pernah menyekutukan Allah. tidak pernah menfitnahkan Allah dan rasul2Nya. tidak pernah melawan fitrah Allah..apa yang anjing dan khinzir lakukan mengikut perintahNya untuk menguji keimanan umat Islam terhadap allah.

    si murtad ini lebih teruk daripada raja firaun kerana raja firaun tidak pernah beriman kepada Allah. tetapi si murtad ini pernah beriman kepada Allah dan melangkah ke tanah suci Allah kemudian murtad dan menfitnah serta mengheret orang lain supaya sama2 murtad!

    sememangnya si murtad ini sesuai di beri nama AP laknatullah.

  • Anonymous
    9:27 PM  

    guru tu ingin mmbantu 1 kluarga anak yatim,slalu tdur di rumah,bercerita dan mgajar smpai 4,5 pg.die juga slalu duduk berdua2an dgn slah seorg kluarga itu (perempuan)dan mencium pipi,berpegang tgn.umurnye 50 ke atas,guru itu mmpuyai tatu di dada,die selalu brcerita tntg kisah hidupnye yg pernah ke langit 7,boleh mnyeru rasul dan malaikat,boleh memaggil roh yg dah mati utk brjumpe. die juga mgatakan die xsolat krn die sudah solat batin (solat 1kali utk sebulan)dan x bernikah krn dirinya xboleh brnikah,dan membuat nikah batin. adakah ini dikira ajaran sesat?

  • cik sara
    10:08 PM  

    sah2 la ajaran sesat..solat tu yang diutamakan dalam islam..kalau x payah solat tu dah menyimpang dari ajaran sebenar..itu bukan nak membantu anak2 yatim,itu dikira mengambil kesempatan..

  • Anonymous
    12:24 PM  

    Dah meninggal, maaf kan dia sajalah, tiada yang tahu jalan apa yang dia akan hadapi akibat jalan ini jalan yang dia pilih, dia mungkin sesat, tapi tak jahat orangnya, asalkan semua orang berjelas hati, takkan akan takut akan ajaran sesat atau ilmu yang haram. yang pentingnya pemikiran kita sendiri.

Design by Amanda @ Blogger Buster