Bekas ustazah yang Murtad..  

Friday, August 12, 2005


Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari Khamis menetapkan 10 Ogos ini sebagai tarikh perbicaraan seorang bekas ustazah yang merupakan pengikut ajaran sesat Ayah Pin, atas tuduhan mengaku murtad.
Hakim Mohamad Abdullah menetapkan tarikh tersebut selepas tertuduh, Kamariah Ali, 54, bekas ustazah dan lulusan pengajian agama dari Asia Barat, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan kerana mengisytiharkan dirinya bukan Islam.
Mengikut kertas pertuduhan, Kamariah pada 21 Julai lepas iaitu kira-kira 12.50 tengah hari di Mahkamah Rendah Syariah Besut di hadapan Hakim Wan Abdul Malik Wan Sidek membuat pengakuan bahawa dia bukan Islam untuk mengelak daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mengingkari perintah pihak berkuasa agama.
Dia dituduh menurut Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana mendakwa bukan Islam.
Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Mohamad juga membenarkan permohonan pihak pendakwa yang diketuai Ketua Pendakwa Syarie, Mustafar Hamzah agar Kamariah tidak diikat jamin dan ditahan sehingga kesnya dibicarakan.
Beliau juga menasihatkan wanita terbabit melantik peguam syarie untuk perbicaraannya itu selepas mahkamah menolak permohonan Kamariah agar dibicarakan di mahkamah sivil.
Bagaimanapun, katanya mahkamah memahami sekiranya tertuduh sukar untuk mendapatkan khidmat peguam disebabkan kesnya itu adalah sensitif dan peguam bimbang orang ramai akan salah anggap jika mereka mengambil kes tersebut.
Difahamkan, Kamariah adalah balu kepada "Ustaz Ya", pengikut kanan Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1990-an.
Sementara itu Kamariah menghadapi satu lagi tuduhan di mahkamah tersebut hari ini bersama 44 pengikut kumpulan Ayah Pin yang lain kerana melanggar perintah pihak berkuasa agama.
Dalam perbicaraan membabitkan 23 tertuduh wanita termasuk Kamariah dan 22 tertuduh lelaki, mahkamah menetapkan 1 Sept depan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Mohamad juga membenarkan 17 tertuduh lelaki yang sebelum ini ditahan di Penjara Marang, dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 seorang.
Kesemua tertuduh wanita, kecuali Kamariah serta lima daripada 22 tertuduh lelaki yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rendah Syariah Besut, dibenarkan menggunakan wang jaminan sebanyak RM2,000 itu sementara menunggu kes itu disebut semula di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.
Komen Webmaster : Bayangkan ke'terroran' ayah Pin memesong dan meng"convert"kan seorang Ustazah lulusan Mesir ni menjadi murtad. Apa lagi kita yang kebanyakkannya cetek pengetahuan agama. Lagi senang ayah Pin nak 'makan'. Kalau anda nak tahu Ustazah Kamariah Oppsss Kamariah ajehlah - lagi pun dah bukan islam lagi... merupakan isteri Muhamed Ya yang mana beliau mati setelah murtad atau dimurtadkan oleh ayah Pin. Kamariah si murtad nie cuba menyangkal (menafikan) yang Melayu adalah islam semasa perbicaraannya baru-baru ini.
dipetik dari bernama..
Yang sempat saya petik di e-mail dari kiriman bibsprop@gawab.com
Nama: Daud Mamat, 62, Kamariah Ali, 51, suaminya Mohamad Ya, 57 (sudah meninggal dunia) dan Mad Yacob Ismail, 62
Agama: Hindu
Tahun Kes: 2000-2004 Tempat: Kelantan
Catatan: Memohon perintah Mahkamah mengetepikan perintah Mahkamah Syariah untuk membenarkan mereka menganut agama Hindu. Mereka juga memohon untuk mendapatkan habeas corpus supaya dibebaskan dari Penjara Pengkalan Chepa di Kelantan Mereka kesemuanya telah dibebaskan pada bulan November 2002 selepas menjalani dua pertiga daripada hukuman tersebut.
Tepuk dada tanyalah iman anda... Harapan saya jangan jadi seperti mereka. Amin

AddThis Social Bookmark Button

16 comments: to “ Bekas ustazah yang Murtad..

  • Anonymous
    6:25 PM  

    Dah tuh Kamariah nih dah jadik ugama apa?? ugama Ayah Pin ker??? dasat tul Ayah Pin nih...apo nak jadi?

    -LeeUK-

  • Anonymous
    1:09 AM  

    nok buak guane..ayoh ping nih mmg dah gile

  • Anonymous
    6:01 AM  

    pundek sungguh minah nih...dah tua nak mampos pon xreti2 nak tobat

  • Anonymous
    1:38 AM  

    hehehe...Nama jer BEKAS Ustazah...
    kalau dah nama BEKAS ...macam2 leh jadi...

  • zampeada
    8:13 AM  

    org2 yg tak mengaji agama mungkin lagi sng diperdaya oleh si ayah pin neh kan? aiyo... cam ne pulak bleh terpedaya si kamariah neh ya... sukar utk difahami... kot2 lar one day annti dia citer kat kite how kan?

  • Anonymous
    10:06 AM  

    Kekadang apa yang berlaku adalah seolah-seolah pelik dari akal, tapi semuanya adalah ketentuan-Nya.
    Kita biasa dgr"Orang alim syaitan yang datang setaraf dengan nya!" Mungkin taraf jenderal.

  • tynangel
    11:14 AM  

    dunia kalo dah akhir zaman.....macam2 jadi......
    mcm iklan astro tur....
    MACAM2 ADA......

  • Anonymous
    4:34 PM  

    Itu la hidayah bukan buleh main timbang kati cam islam hadhari,ari ni islam esok buleh terjunam. Yg balik mesirpun buleh tenggelam cam ustazah tu sbb tu nabi minta kita selalu doa "Rabbana la tuzig qulubana ba`da iz hadaitana.." Tuhan kami jgnlah kau alihkan hati2 kami setelah kau beri hidayah pd kami

  • asafar
    12:03 PM  

    tak payah ler mengutuk ayah pin nih keterlaluan..korang yang ada nih pun buat benda tak betul jugak..yang pasti AL-Quran tuh yang sebenar-benarnya..bukan dengan "IDOL WORSHIP",sebagaimana yang terjadi pada ayah pin dan korang yang mengagungkan ustaz2,ulama2 dan kiyai2 korang tuh..pegi balik baca Quran bebaik,pahamkan maksudnya,bukan jadik burung kakak tua yang pandai bercakap tapi tak paham maksud..jangan ingat kalau dah berguru dengan ULAMA tuh rasa diri dah cukup bagus..pikirlah sedara semua..Allah melarang kita berpuak2 dan bermazhab2 dalam menegakkan ugamaNya..tapi korang pikir tak korang dah ada berapa mazhab???..semua claim kata mazhab diaorang bagus..sure masuk syurga..skang aku tanya nih..mazhab mana nak masuk syurga?..shafiee,hambali,maliki,hanafi,shiah...blah blah blah..berapa banyak mazhad daaa...last last..semua masuk neraka..pikir-pikirlah semua...

  • Anonymous
    12:17 PM  

    kalau dia dah kata bukan islam, dia kena declare betul2, pakai mahkamah civil, lepas tu segala-galanya bicara di mahkamah civil. Kebebasan berugama ada di situ...mesti menang la dia (kamariah). Malayisa ni kata jer bebas berugama tapi asal Melayu saja mesti ISlam. Citt! Hipokrit!

  • Anonymous
    1:19 PM  

    Kalau Melayu tak berugama Islam Sunnah hipokrit ni...Malaysia akan maju sebelum 2020 lagiii....

  • Anonymous
    1:37 AM  

    giler giler giler giler giler giler..patut hukum sula jer org cam nih...mati sok dalam kubur kena seksa hanya ayah pin die jer yg tau...bangsat jahaman punye anak haram ayah pin nih..

  • Anonymous
    12:29 PM  

    BODOH betul kau ni ASAFAR, masalah mazhabpun kau tak faham ada hati nak ulas. Mazhab jln penentu cara ibadah. Ia melibatkan masalah furu` sahaja tak ada kait ngan qate' la bodoh. Cth solat itu dah qate` sunat2nya sahaja yg furu`. Buat yang betul masuklah syurga.

    SATU lagi apa kaitnya ngan ulama`, ustaz yg kau sebut tu. Al ulama u warasatul ambiya` kata nabi. Ulama` itu pewaris nabi. Nak tengok nabi, tengoklah ulamak sbb dia waris dan membawa hidayah, ajaran nabi. Kenapa yg kau bangang sangat. Belajar dulu baru komen..

  • Anonymous
    12:26 AM  

    bitch! eat shit and die!

  • siti nazirah
    3:20 AM  

    salam ziarah
    pasal kes kamariah nie..
    dier ustazah, blaja agama, tapi sekadar belajar jer, tak masuk dlm hati..ini silapnyer..

    pada hamba2 Allah diluar sane yang dicintai ALLAH.. Allah maha mengetahui tahap ibadahmu, ilmumu, penghayatanmu.. Allah tak pernah marah,kerana Allah itu penyayang sifatNya, tp memang tanggungjawab kita untuk tambahkan ilmu, supaya lebih kenal ALLAH, dan keindahan islam..

    semoga kita sama2 dpt redha Allah..Amin

  • Nur Fatin Qistina
    1:19 PM  

    Wa iiya na'uzubilla himin dzaliq...astaghfirullahal'adziim...

Design by Amanda @ Blogger Buster