Ayah Pin bersahabat dengan Jin  

Monday, August 15, 2005


Seorang pendakwah bebas yang mengenal rapat Ayah Pin, ketua kumpulan ajaran sesat "kerajaan langit" di sini, mendakwa Ayah Pin mungkin bersahabat dengan jin hingga dapat memikat kebanyakan orang yang berjumpa dengannya dan menyebabkan mereka mematuhi apa yang diajarnya sekalipun sesat.
Ada wanita mengakui terpaksa ke tempat Ayah Pin kerana sering teringatkan beliau hingga terbawa-bawa dalam mimpi.Abdul Manan Said, 65, berkata beliau berkawan rapat dengan Ayah Pin atau Ariffin Muhamad pada sekitar tahun 1967 dan mendapati kenalannya itu tidak mempunyai asas agama menyebabkan ia mudah terpesong dari ajaran Islam sebenar.Abdul Manan berkata dalam temubualnya dengan beberapa pengikut kumpulan itu, mereka mendakwa zikir, sembahyang dan berpuasa yang mereka lakukan berbeza dari yang diamalkan masyarakat Islam negara ini.
Beliau mempersoalkan bagaimana Ayah Pin mempunyai wang begitu banyak hingga dapat membina bangunan-bangunan besar dipercayai bernilai berjuta ringgit di markas beliau "mengajar".Namun, yang datang mengunjungi Ayah Pin bukan saja orang tempat terdiri daripada pensyarah, pegawai kanan kerajaan dan polis tetapi juga mereka dari luar termasuk Indonesia, Australia dan New Zealand.Seorang lagi kenalan, Wan Abdullah Wan Abdul Latif, 70, yang juga bekas Penggawa Mukim Ulu Besut berkata antara penyelewengan ajaran Ayah Pin tidak mewajibkan pengikut-pengikutnya menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada bulan Ramadan."Beliau (Ayah Pin) mendakwa amalan itu hanya memadai dengan niat tanpa perbuatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Payong di sini.Wan Abdullah berkata beliau mengenali Ayah Pin yang tinggal di Batu 13 kira-kira satu kilomter dari rumahnya sejak tahun 1964 iaitu sebelum beliau bersara."Sepanjang pengetahuan saya, beliau tidak pernah menerima pendidikan Islam selain berguru dengan Hassan Anak Rimau yang juga pernah menjadi kontroversi berkaitan ajaran salah," katanya.
Wan Abdullah berkata, selain itu Ayah Pin juga gemar laga ayam di Golok, Selatan Thailand setiap Jumaat selain suka bertaruh dalam perlawanan gasing di Besut.Katanya pada setiap malam Sabtu, beliau menerima tetamu yang ingin mengubati pelbagai penyakit dengan menggunakan air telaga dalam rumahnya yang didakwanya mengalir dari Sungai Nil.Wan Abdullah berkata selain tetamu yang datang dari negeri Perak dan Johor yang sebilangannya wanita jelita terdapat juga tetamu dari Indonesia."Pernah saya terdengar seorang wanita mengakui beliau terpaksa ke sini kerana asyik teringat Ayah Pin yang dilihatnya dalam mimpi; beliau (Ayah Pin) berada di bulan," katanya.Wan Abdullah berkata selain beristeri empat, Ayah Pin juga mempunyai sembilan isteri yang dinikahinya secara batin yang terdiri daripada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi.Sementara itu, seorang pengasas kawasan itu, Mohd Noor Ghazali, 61, berkata beliau sudah meninggalkan kumpulan itu sejak 25 tahun lalu selepas kawasan itu diambilalih oleh Ayah Pin dari menantunya Hassan Anak Rimau.
Beliau berkata salah satu amalan yang beliau tidak boleh terima ialah pergaulan bebas lelaki dan perempuan.Tinjauan Bernama ke kawasan itu mendapati pintu pagarnya berkunci dengan dilekatkan papan amaran melarang sesiapapun memasuki markas itu tanpa kebenaran.
Sumber : Bernama

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster