Ayah Pin sembunyi di Tumpat  

Monday, August 15, 2005

Pemimpin ajaran sesat `kerajaan langit', Ariffin Muhammad, 65, lebih dikenali sebagai Ayah Pin, yang diisytiharkan paling dikehendaki Kerajaan Terengganu, kini dikesan bersembunyi di sebuah kampung, di sini.Penduduk kampung itu mendakwa terserempak dengan lelaki itu yang kini bersembunyi di rumah seorang rakannya yang turut menjadi tumpuan kaki judi di kalangan penduduk kampung, sejak seminggu lalu. Ayah Pin kini dipercayai sedang dalam usaha menukar identitinya bagi meloloskan dirinya untuk menyusup ke Thailand (Siam) bagi mengelak ditahan pihak berkuasa. Bagaimana pun tindakannya itu telah dihidu pihak berkuasa yang sudah tahu dimana tempat persembunyian ayah Pin. Ayah Pin dipercayai memasuki Kelantan dengan bantuan rakan rapatnya tetapi tidak dapat dipastikan bila dia tiba dikampung terbabit. Menurut beberapa bekas pengikutnya, Ayah Pin dikatakan membina lubang rahsia itu bagi mengelakkan dirinya ditangkap pihak berkuasa atau penduduk kampung berdekatan yang marah dengan kehadirannya. “Saya percaya dia tidak melarikan diri kerana hanya ada satu laluan untuk keluar dari perkampungan itu. Tambahan pula, kawasan sekeliling dipenuhi dengan hutan tebal dan berbukit,”
Ayah Pin bersama empat isterinya melarikan diri sebelum perkampungan kerajaan langit yang dibinanya di Kampung Batu 13 dekat Hulu Besut, Terengganu, diserang sekumpulan kira-kira 50 lelaki bertopeng pada awal pagi 18 Julai lalu.Namun, tiga isterinya iaitu Che Jaharah Awang, 45; Ruzilan Mukhtar, 41 dan Nik Kamariah Nik Pa, 33, ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang, Palekbang, Tumpat pada 31 Julai lalu.
Bagaimanapun, ketika tangkapan itu dilakukan sepasukan anggota polis Kelantan, Ayah Pin bersama isteri pertamanya, Che Minah Ramli, 58, tidak berada bersama tiga wanita itu. Sepanjang tempoh melarikan diri, Ariffin dipercayai sering berpindah rumah yang ditumpangnya bagi mengelak daripada mudah dikesan pihak berkuasa sejak memasuki negeri ini dengan bantuan rakannya.Sumber berkata, pemimpin ajaran sesat yang pernah mencabar pihak berkuasa supaya menahannya itu sebelum ini, dipercayai merancang melarikan diri ke negara jiran dengan menyeberangi Sungai Golok menerusi pangkalan haram."Tindakan itu tidak mustahil kerana kampung yang menjadi lokasi persembunyiannya kini terletak berhampiran sempadan, di mana setiap hari ramai penduduk keluar masuk secara haram.
"Kedudukan kampung itu memudahkan dia lari ke negara jiran jika situasi memerlukan dan pada masa sama boleh kembali bersembunyi di rumah rakannya itu," katanya di sini, semalam.Ketika ini, polis Kelantan masih mengawasi perkembangan terbaru itu selepas menerima maklumat walaupun belum mengambil tindakan.Pada 2 Julai lalu, 21 pengikut ajaran sesat itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAIT) sebelum disusuli operasi kedua pada pada 20 Julai yang membabitkan penahanan 58 pengikut Ayah Pin.Pada 31 Julai lalu, JHEAIT menjalankan gerakan merobohkan semua replika dan monumen yang dibina di perkampungan ajaran sesat itu kecuali rumah yang menjadi kediaman pengikutnya.
Komen Webmaster : Memang sah ayah Pin nie masih berada di Tumpat lagi dan sering berulang alik ke sempadan untuk menyelamatkan diri. Orang tua nie memang dahsyat. Kalau polis biasa tak dapek nak tangkap jugak, kena panggil SB kot. Walau pun dah tua tapi movement mengalahkan komando pulaks. ish ish dasar pelesit mamat nie.
Sumber : Berita Harian

AddThis Social Bookmark Button

1 comments: to “ Ayah Pin sembunyi di Tumpat

  • Anonymous
    4:45 PM  

    wahai manusia yang mengetahui di mana ayah pin, beritahulah kepada pihak yang berwajib.janganlah sorokkan manusia yang telah merosakkan akidah umat islam yang tewas imannya. jangan biarkan manusia seperti dia terus meluaskan empayar jahatnya. jangan biarkan diri kita bersubahat kerana kita akan ditanya didepan Allah nanti akan perbuatan kita. percayalah bahawa hari pembalasan itu akan tiba....ingat mati....

Design by Amanda @ Blogger Buster