Misteri lokasi ayah Pin di Kesan  

Wednesday, August 10, 2005

Prof. Ust. Dr. Mohd Arief Ph.D pengasas Cakra Alam
Sumber : Bacaria

Seorang pengamal ilmu metafizik seorang Ustaz bernama Mohd Arief meramalkan bahawa Ayah Pin kini berada di sebuah kawasan (Thailand) 200 Km dari bandar Songkhla dan akan meng'offer' serta bersedia menunjukkan lokasi ayah Pin itu jika polis meminta bantuan darinya. Walau bagaimana pun Ustaz Mohd Arief tidak dapat memberikan lokasi dengan tepat kerana yag dijejakinya adalah manusia (yang boleh bergerak) dari satu tempat ke tempat yang lain. Menurutnya lagi ayah Pin mengamalkan ilmu tertentu (ilmu hitam) agar dia dapat menjangka sesuatu akan berlaku pada dirinya. Secara logiknya ayah Pin tidaklah berpelajaran namun dapat mempengaruhi orang yang lebih tinggi berpelajaran darinya. Bagi kita amatlah menghairankan bagaimana dia (ayah Pin) dapat menundukkan orang ramai dan sanggup menyembah dan bersujud kepadanya seolah-olah dia sangat berkuasa.
Pada kenyataan lain Ketua Polis Terengganu, Datuk Hussain Ismail tidak menolak kemungkinan bahawa akan meminta keterangan Ustaz Mohd Arief untuk menjejaki ayah Pin ini. Beliau (Datuk Hussain Ismail) menghargai sebarang maklumat dari orang ramai yang boleh membantu pihaknya untuk berkerjasama.
Sehingga kini Rosli (orang kanan) ayah Pin dan Che Minah Ramli (isteri pertama) masih gagal dikesan setakat ini.
*
Komen webmaster : Jika benar ayah Pin telah melarikan diri ke Siam (Thailand) memang sah mamat sekor nie kecut telur. Janjinya pada pengikutnya memang tak leh pakai. Kalau Ustaz arief nak tangkap ayah Pin nie amatlah sesuai dengan ilmu cakera alamnya memandangkan ayah Pin telah diconvertkan menjadi Ultra Pin. Bzzzzzzzzz

AddThis Social Bookmark Button

7 comments: to “ Misteri lokasi ayah Pin di Kesan

  • Zampeada
    10:22 AM  

    ilmu menundukkan org lain kot ya si ayah pin kite neh. sampai geleng2 angguk2 kpl saudara2 kita di perkampungan kerajaan langit... aduh...

  • Amal
    10:31 PM  

    ayah pin dah mati lemas dah. jerebu.

  • Anonymous
    9:47 AM  

    'mengamalkan' ilmu metafizik tu maksudnye apa?

    r1

  • Anonymous
    1:51 AM  

    Kalau kau nak tahu...SPM matapelajaran fizik kau kena dapat A1 baru boleh tahu....

  • Anonymous
    2:44 AM  

    setakat ade power skit dah tunjuk lagak. siot je ultra pin nih. buan dia tak tau ramai lagi yg power tapi low profile je. kerajaan langit ultra pin, planet ultra simpang 7

  • Anonymous
    9:03 AM  

    wa cakap lu kalau lu betul betul ade power ayahpin meh kite test kat trek. wa tinggal lu 10 tiang..

    Mat Rampek Bt Caves

  • Anonymous
    1:40 AM  

    Eiii..apesal kerajaan ganu diam diri jek?ajaran sesat nie da lama bertapak, tapi apesal baru org sibuk nak amik tau. Padahal memang jelas lagi nyata kat depan mata bangunan2 tue da si ganyut tue wat. Aku sgt musykil...nie mesti something wrong goes somewhere nie...

Design by Amanda @ Blogger Buster