Saya tak takut ISA - Ayah Pin  

Monday, July 25, 2005



.:Dipetik Dari THE STAR :.
**

Pengasas kerajaan langit ayah Pin tidak akan gentar menghadapi ISA dan mahu beliau diberikan sebab oleh kerajaan mengapa beliau harus ditangkap atas akta itu.

Saya sanggup pergi ke balai polis dan tiada apa yang merisaukan saya kerana saya tidak membahayakan sesiapa dan saya mahu menyatupadukan manusia melalui kepercayaan masing-masing. Saya menyuruh orang Islam mengerjakan sembahyang lima waktu dan pada agama lain terserah pada agama masing-masing bagaimana hendak mengerjakan ibadah mereka. Komentar ini diberikan oleh ayah Pin yang mengulas kenyataan Datuk Noh Omar yang tidak akan mengambil tindakan ISA pada beliau.
**

DUA GENERASI.. Jarak umur antara dua madu ayah Pin (isteri pertama dan ke-empat)

Ayah Pin merupakan seorang yang buta huruf (tidak tahu membaca) dan menghabiskan sekolah hanya darjah 2 sahaja tetapi mengaku mempunyai kepandaian yang melebihi presiden Bush (Presiden Amerika Syarikat).

**

Pengikutnya yang bernama Smargery Pereira, 53 yang dikenali sebagai Mary menjelaskan bahawa ayah Pin sangat genius sedangkan beliau hanya tahu berbahasa Melayu dan tidak lebih dari itu. Dia boleh membaca mata dan fikiran manusia, dia adalah tuhan dan pencipta semesta alam ujarnya bersungguh-sungguh.

*

**

Ayah Pin sewaktu bersalaman dengan 'mat salleh' di Batu Caves semasa perayaan Deepavali yang lalu.

**

Sambil menghisap rokok beliau boleh memmbaca pikiran pemberita yang ingin menemu-ramah beliau. Saya akan bercakap dengan anda (pemberita) jika anda mempunyai niat yang baik. Jika anda mempunyai niat buruk adalah lebih baik saya menghindari mereka. Menerangkan kekuatannya beliau mampu membunuh orang dari jarak jauh melalui pikiran. Jika saya melihat mereka di TV menari dan ingin menjadikan mereka pekak saya boleh melakukan dari sini walaupun penari itu berada di London. Tetapi saya tidak akan melakukannya.

**

Lokasi ayah pin dalam peta Malaysia

**

Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan pengikutnya meninggalkan kumpulan "kerajaan langit" atas tekanan kerajaan, beliau menegaskan dia tidak akan berbuat begitu kerana mereka juga tidak pernah dijemput untuk menyertainya. Mereka bebas untuk datang dan pergi. Saya tidak akan menghalang mereka.

Walaupun kerajaan telah memusnahkan struktur yang dibinanya ia tidak akan berputus asa akan membinanya kembali.

Komen Webmaster... : begitulah manusia jika sudah percaya apa yang dibawanya ia tetap akan memperjuangkannya (samaada sedar atau pun tidak). Sifat ini haruslah dicontohi oleh generasi muda masa kini tapi bukan perkara seperti ayah Pin lakukan. Jika sifat ini dibawa oleh orang Melayu seperti perniagaan dan belajar mungkin kita sudah berada duduk sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

**

Tak Kering gusi, Setiap kali saya melihat gambar dibawah dan setiap kali itu juga saya ketawa sendirian. He he he he

*

**

Nama Singkatan sama dan sama kaya tapi pendekatan berbeza. Satu cara lembut tapi menyesatkan serta mengancam keselamatan negara dan akidah jangka panjang dan satu lagi mengancam ekonomi rakyat kecil yang memerlukan kereta sebagai barang keperluan. Kedua-dua King nie harus ditembak dengan senapang gajah. Keberadaan mereka ini boleh merosakkan bangsa dan negara. Yang satu AP dibawah lindugan menteri dalam kerajaan dan satu lagi diburu oleh kerajaan.

*
Perbandingan dua rumah AP king.. Dua-duanya berharga jutaan ringgit. Boleh migrain dibuatnya. Hasil dari sumber yang haram. Yang ayah Pin dah tak boleh kata apa dah. memang dan sememangnya haram dari segi agama. Tapi yang satu lagi adalah haram dari segi mengambil keuntungan melampau dan duduk di sebalik nama kerajaan islam hadhari Pak Lah. Saya harap Pak Lah dapat hapuskan kedua-dua AP nie.

Webmaster - Pin VAder
TURN INTO THE DARK SIDE

AddThis Social Bookmark Button

3 comments: to “ Saya tak takut ISA - Ayah Pin

  • AntiZina
    12:24 AM  

    Salamz...
    Isu Ap lagi.. dah jemu dah
    Isu Ayah pin lagi jemu ... pasal benda ini dah lama dah tapi kalau nak ambik tindakkan tu mmg susah, pasal pengikutnya berkedudukan dlm kerajaan.. (negara kitakan Demokrasi, tetu dpt atasinya ke akar umbi)

  • negaraku
    4:32 PM  

    ayah pin ni patut sumbat kat isa je jgn kasi kuar2 dah...aku pelik nape mula2 ade menteri tu ckp isa ni tak bole sewenang2 nye pakai...tp awat kalo pembangkang cepat je kene cekup walo tanpa bukti kukuh?

  • Anonymous
    10:53 AM  

    DUA dua kesesatan ni wajib ditolak. Sesat ayahpin mmg sahih. Tapi sesat kjaan ni yg kena sah dan disahihkan.Sbb apa.. Krn kjaan sesatlah tak leh nak ambil tindakan keatas ayahpin yg sesat.

    KALAU kjaan jlnkan hudud segala mcm ajaran sesat dpt diselesaikan krn Islam saja penyelesai apa apa masalah. Tapi kjaan adakan undang akta sesat jadi mcmana nak selesai masalah sesat ayahpin.

    ORANG sesat murtad sekarang adalah kebal krn tiada undang akta boleh menafikan hak sesat murtad mereka.

Design by Amanda @ Blogger Buster