Wawancara dengan Ayah Pin  

Sunday, July 24, 2005


  • Off The Edge: Pergi langit dengan jasad sekali ke? Ayah Pin: Dulu tak boleh, dalam diri tu keluar untuk pergi terus. Selepas itu, bila saya berperingkat ke atasan barulah saya boleh pergi dengan jasad sekali. Macam sekolah juga, bila kita meningkat tinggi baru boleh pergi terus.
  • Macam mana keadaannya bila Ayah nak pergi ke tempat lain, kena bersendirian ke? Bersendirian. Saya duduk dalam bilik ke, atas bukit ke. Orang lain tak boleh tengok. Diri saya sahaja yang boleh pergi. Masa umur 10 tahun, ada mimpi ke? Tak ada mimpi, dia [the angel] direct te­rus. Tak sedar diri tapi boleh cakap. Dia suruh saya boleh menjadi seorang pemimpin manusia dunia ini.
  • Dari umur 10 tahun ke 30, Ayah buat apa? Saya berehat. Saya nak cari aktiviti du­nia. Umur 10 ke 30, saya nak tahu hal ehwal dunia bekerja tu, saya ambil sebagai ilmu praktikal menjalani hidup.
  • Pernahkah ayah cerita tugasan tu kepada orang lain sebelum tahun 30? Mestilah orang tak tahu. Masa itu saya pegang rahsia lagi, orang lain tak boleh tahu. Orang yang buat amal sahaja atas diri saya tahu. Saya sekarang ini bekerja seluruh dunia di bawah rukun langit, tak kira apa bangsa, ugama dan bahasa. Saya akan memberi petunjuk kepada seluruh bangsa dan ugama. Ini kerja saya sekarang, untuk hubungi daripada diri manusia yang buat amal kepada kerajaan langit terus.
  • Apakah antara kerja yang pernah dibuat Ayah dari tahun 10 hingga 29? Tak tentu. Berniaga, bekerja dalam hutan sebagai pencari kayu canang, saya bertapa berdiam diri dalam hutan bukit-bukit. Saya satu orang sahaja.
  • Ayah berapa bini sekarang? Empat. Dulu satu cerai, satu meninggal. Saya ganti yang lain. Jumlah anak tu tak ingat, dua puluh lebih. Lebih kurang 22.
    Ayah boleh cerita tentang laporan tentang Ayah dalam Berita Harian? Yang dia ambil pun bukan daripada saya.
  • Menurut laporan itu, Ayah Pin meneruskan ajaran yang dibawa gurunya sebelum itu, iaitu Tarikat Zirulah Hasan Anak Rimau atau nama sebenarnya Hassan Yaakob. Ayah pernah ikut dia? Saya ikut dia [pada masa 1971]. Dia meminta pertolongan daripada saya untuk masuk zikir dia. Minta saya bekerjasama dengan dia. Bukan ikut dia. Lepas itu saya keluar. Saya tak jadi sama perjalanan. Dia mencari duit dunia untuk kumpul orang-orang bagi sama dia. Itu saya tak mau. Itu saya keluar. Prinsip saya lain.
  • Tanah ini milik siapa? Orang puan [isteri] saya beli dari nenek dia. Ini dulu milik nenek dia. Sekarang ini tanah ini di atas nama bini saya.
    Macam mana ada duit untuk beli tanah? Tanah ini murah dulu. Macam hutan, macam bukit. Dia pun tak tahu nak jadi macam ni. Ini plan saya untuk membuat kerajaan langit di sini. Tanah ini lebih lima ekar. Boleh kata separuh lebih dah buat bangunan.
  • Ayah agama apa? Saya orang Melayu ni adat resam dalam Perlembagaan; dalam Koran ni tidak ada bangsa Melayu adalah ugama Islam. Tapi adat resam Melayu apabila Melayu, ugama Islam di sisi. Tapi saya diri sendiri tak boleh masuk mana-mana ugama. Saya sendiri, itu daripada hati peribadi saya. Saya tak boleh masuk ugama Islam, Kristian atau Buddha. Kalau saya masuk mana-mana ugama, ia bererti saya berpihak sebelah, serupa kita main politik. Kalau kita duduk dalam Barisan, bererti PAS kita mesti lawan. Kalau kita dalam parti PAS, bererti Barisan kita mesti lawan. Kalau saya masuk mana-mana ugama, bererti hati saya berpihak sebelah. Kalau saya berpihak sebelah, macam mana saya nak pilih manusia? Tak adil sekali.
  • Apa perhubungan Ayah dengan Tuhan? Saya dengan Tuhan? Saya tak boleh kata sendiri. Kalau saya kata sendiri, saya menjadi sebagai mengangan. Itu kalau awak mahu tahu apa hubungan saya dengan Tuhan, awak tanya bangsa sendiri. Kalau Cina, tanya Cina, kalau orang putih, tanya orang putih. Tapi hari ini, bukan saya yang kemukakan jawapan ini, orang lain — Cina, Melayu, Hindu, orang putih, orang asli — menganggap saya sebagai Tuhan.
  • Adakah tanggapan itu salah? Tak salah. Benar begitu. Tuhan melindungi manusia. Dia kalau tak tentu, macam mana boleh anggap? Sebab dia dah tentu bagi dirinya, dah sah bagi diriya begitu. Sebab dia masuk langit, saya menjadi begitu juga. Apabila sebut dengan nama Tuhan masing-masing, saya akan sampai. Itu dia anggap saya Tuhan. Bagi orang asli seratus peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan naga sekali.
  • Apakah dakwaan Mahkamah Syariah yang menyebabkan Ayah dipenjarakan tahun 2001? Saya tak ada salah sebenarnya. Surat daripada kadi menjemput saya ke pejabat untuk bincang. Lepas beberapa kali kita bincang, tak jadi selesai. Sampai ketua polis panggil untuk bincang pun, semua pun tewas pada saya tak boleh buat apa-apa. Kemudian dia akan menipu cara dengan pakat dengan polis untuk buat kes atas saya mencabul orang. Buat cabul, sebenar­nya saya tak cabul. Dia tu keluarga siapa ke saya tak tahu, supaya menghasut dia kata saya ni cabul dia. Itu dia tipu dulu. Lepas itu, bila disiasatnya, ibu bapanya kata Ayah ubat anaknya bila dia sakit kepala di depan 30, 40 orang. Itu isu dulu. Bila siasat, tiada kes, majlis ambil tindakan atas surat kadi yang dihantar kepada saya untuk pergi bincang denganya. Saya tak pergi, lawyer kata surat ni tak perlu pergi, ni jemputan. Lawyer kata dia akan hubung de­ngan kadi. Selepas itu, apabila saya pergi begitu, dia ambil saya ke balai untuk dibawa reman di bawah majlis. Dia kata surat tadi engkar mahkamah. Tapi macam mana engkar mahkamah, itu surat jemputan. Lawyer bincang dengan hakim, kalau Ayah mengaku, dia beri ringan-ringan. Surat ni sebagai kesalahan. Kalau ayah tak mengaku, dia akan membuat beberapa kes lagi. Saya rasa saya tak hina mahkamah. Itu lawyer bagi tahu dia akan berikhtiar untuk saya. Kadi sudah berhubung sebelum kes ini? Sudah lama dia berhubung, sejak 1970an lagi. Kali pertama didakwa kes ni la. Surat itu kata hina mahkamah.
    Bukan menghina Islam? Tak ada. Masa itu saya sudah buat surat keluar Islam di pesuruhjaya Kuala Lumpur, sudah keluar Islam. Lepas itu baru dia charge hina Islam.
    Mengapa bila kadi, polis mengganggu sejak 1970an, tapi mereka hanya mengambil tindakan pada tahun 2001? Tak ada kes. Beberapa kali sudah panggil saya bincang. Tiada apa yang boleh buat kes. Lepas itu, kes ini. Sampai sekarang tak boleh buat apa, saya tak tipu orang, saya tak mengajar. Orang cari saya. Saya bukan tak pandai, semua ilmu saya tahu, semua undang-undang saya tahu. Saya mempunyai kuasa sampai begitu. Tapi saya tak boleh mengajar. Saya bertugas atas jawatan saya.
  • Kalau pengikut anggap Ayah Tuhan dan Ayah tidak menafi? Nafi ke begitu saya pun tahu saya begitu. Mana-mana bangsa pun tahu. Pertolongan dari langit dalam laut. Kalau ada orang atas kapal terbang, kapal terbang nak meletup, kalau ada orang minta pertolongan, saya akan sampai automatik beri pertolongan. Itu orang anggap Tuhan.
  • Mengapa Ayah nak angkat sumpah untuk kata keluar Islam? Kalau Ayah keluar Islam, Ayah tak perlu angkat sumpah? Itu untuk mengesah saya keluar Islam kepada kerajaan. Tapi mereka tak terima, hanya rujuk kepada kadi. Sekarang ada surat lagi tunggu saya. Saya sendiri buat, bukan untuk bagi tahu orang. Saya terpaksa jadi begitu kerana semua bangsa ugama merujuk kepada saya semua.
  • Ayah juga percaya dengan penjelmaan semula? Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham. Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya? Memang beza. Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan? Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma.
  • Apakah pandangan Ayah terhadap Perlembagaan bahawa Melayu mesti jadi Islam? Itu bukan pandang, bukan munasabah. Perkara ini dalam undang-undang, tak kira bangsa. Koran ni bukan untuk orang Melayu sahaja. Maka di dalam itu, tiada bangsa mana-mana yang menjadi satu nama yang tetap. Faham tak? Bangsa ni bukan tertakluk kepada penganut. Ia tidak dalam undang-undang satu bangsa jadi Islam. Dalam undang-undang itu, tiada dalam Koran. Ini kalau saya cakap-cakap terang jadi isu. Saya tak boleh begitu terang kerana ia jadi satu masalah. Cuma tak ada dalam Koran atau mana-mana undang-undang. Saya di bawah kuasa Tuhan, maka saya boleh terima apa yang dikehendaki.
  • Siapa yang menolong Ayah mengurus tempat ini? Saya di tapak sini sahaja, tugas saya naik langit tu semua. Lepas itu bangunan ini orang lain yang buat, bila ada pertukaran baru tanya saya. Kalau tak boleh buat gini-gini, barulah tanya saya. Ada bidang-bidang masing-masing. Ada ketua seksyen untuk menjaga seksyen lain. Satu manusia untuk buat ni, satu untuk buat lain.
  • Berapa kosnya tempat ini? Saya tak tahu. Duitnya tak tahu nak kira sebab kita tidak projek duit kos. Tapi duit tu sentiasa ada. Bangunan ni didirikan gotong-royong. Tak ada kontraktor.
  • Dari mana datangnya duit tu? Ada. Saya tak tahu dari mana duit, ia ada. Apa sahaja saya buat, jadi. Masa ada masalah, ayah buat duit ada.
  • Ayah boleh buat US dollar? Tak boleh. Mesti ringgit. Tukar nanti orang cakap pula. Mana-mana pihak pun hairan kepada saya. Di mana saya ambil duit bila saya tak kerja. Isu ini tak boleh fikir, tak ada jawapan. Duit tu akan sentiasa ada, saya sendiri pun tak boleh nak jawab. Apa-apa saya nak buat, duit itu ada. Bila saya nak buat, duit itu sentiasa ada dalam poket. Dari mana datang tak tahu. Duit tu mula-mula muncul di mana, macam atas meja, atas pokok ke? Tak tahu, saya boleh mengadakan. Macam orang panggil ajaib juga.
  • Setahu Ayah, mungkinkah ada ketua seksyen kutip duit atas nama Ayah? Tak ada atas nama saya. Atas nama ketua seksyen, dia ada. Ketua seksyen minta duit, anda suka macam mana nak bantu. Tak ada duit nak buat kerja pun boleh. Nak bagi boleh, tak nak bagi pun kau punya pasal. Tak tentu, kaya miskin pun boleh bantu.
  • Ayah melihat sendiri sebagai Tuhan atau wakil Tuhan? Tak sama. Mereka jauh berbeza. Tuhan boleh jatuhkan hukuman. Tuhan ni berlainan de­ngan yang lain. Saya bukan wakil Tuhan. Saya sendiri punya hak mana-mana ugama. Saya tidak boleh mengaku; bergantung kepada masing-masing untuk ketahui.
  • Adakah lelaki dengan wanita sama rata? Tiada perbezaan. Nilainya sama, mutunya sama? Lain. Lelaki lebih. Kuasa tu lain.
  • Apa kekurangan perempuan? Lelaki lebih. Semua dari Tuhan. Kuasa Tuhan dalam manusia, perempuan manusia tu tak boleh jadi Tuhan. Tuhan tu laki-laki. Tuhan tak pernah menjadi perempuan. Tuhan tu jantan.
  • Kekurangan wanita dari segi daya fikir ke? Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai.
  • Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti? Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya.

**

10 unsur sesat ajaran Ayah Pin

  1. Mendakwa diziarahi malaikat pada usia 10 tahun selepas jatuh sakit beberapa bulan, tidak sedarkan diri dan hampir menemui ajal. Ketika itu, malaikat bukan datang melalui mimpi, tetapi berjumpa dengannya yang separuh sedar. Malaikat menyuruhnya menjadi pemimpin manusia di dunia ini.
  2. Pada usia 30 tahun, dia sekali lagi didatangi malaikat dan selepas itu dia memulakan ‘tanggungjawab ketuhanannya’ iaitu sebagai pemimpin kepada semua manusia di dunia.
  3. Menganggap dirinya saluran atau perantaraan bumi bagi sebuah pentadbiran syurga yang dinamakannya Kerajaan Langit.
  4. Hanya dia ada akses untuk berhubung dengan mana-mana manusia serta makhluk lain, sama ada di bumi atau langit, serta membawa berita daripada urusan Kerajaan Langit.
  5. Menganggap dirinya bertanggungjawab menyelesaikan masalah manusia di bumi dan langit. Kuasa beliau adalah kuasa Tuhan, mewakili atau penjelmaan semula semua nabi dan dewa semua agama.
  6. Beliau mendakwa boleh menjelma kepada manusia di dalam mimpi mereka dan ini menyebabkan mereka datang dari seluruh pelosok dunia untuk mencarinya.
  7. Beliau mendakwa tidak menyuruh pengikutnya menolak kepercayaan mereka sekarang. Fahamannya terangkum dalam semua. Tiada agama yang salah, selagi anda percayakan Tuhan. Faktor terpenting ialah memasukkan Ayah Pin ke dalam semua kepercayaan ini, sebagai perantaraan di antara syurga dan bumi.
  8. Mendakwa dia boleh pergi ke langit dengan mudah kerana ada laluannya, sebagaimana ada perhubungan jalan raya jika manusia hendak pergi ke mana-mana tempat di dunia. Bagaimanapun, ketika ‘hendak pergi ke langit’, dia perlu bersendirian di dalam bilik atau atas bukit. Orang lain tidak boleh lihat dan hanya dia yang boleh pergi.
  9. Pada masa ini dia bekerja untuk seluruh dunia di bawah rukun langit, tidak mengira bangsa, agama dan bahasa. Tugasnya ialah memberi petunjuk kepada manusia dan menghubungkan manusia kepada kerajaan langit. Juga bertanggungjawab menyatukan manusia di bumi yang berperang atau apa saja masalah.
  10. Menganggap dirinya tidak boleh masuk mana-mana agama. Jika berbuat demikian bererti dia tidak adil dan mementingkan hanya satu pihak.

Komen Webmaster :- Dari bahasa yang digunakkan oleh ayah Pin nie sahlah ayah Pin nie boleh diketegorikan sebagai nyanyuk... Manakan tidak isi percakapannya merapu dan tidak jelas. Contohnya begini, saya ambil yang paling simple.. "Memang kurang sikit. Ada la 80%. Cerdik-cerdik pun 80%. Biasanya kebanyakan 50% pun tak sampai" - nie apalah maksudnya nie. Keliru dan mengelirukan macam ajarannya jugak. Maaf kalau saya silap jika begini dialek orang Terengganu.

Lagi satu kenyataan yang agak menghina islam bunyinya : Tak boleh kata ada penjelmaan dan tidak boleh kata tak ada penjelmaan. Pasal itu menjadi isu bagi manusia yang tidak faham (kita atau dia yang tidak paham). Ayah mewakili semua ugama, tapi ugama-ugama ini ada perbezaannya? Memang beza. Islam tak percaya penjelmaan? Buddha percaya penjelmaan? Kalau orang ni hidup ini bijak, dia boleh jelma. Kalau tak bijak, tak boleh jelma. - Jelas menunjukkan bahawa kepercayaan orang islam tidak bijak. Ini kerana bagi islam tidak ada penjelmaan semula maka bagi ayah Pin orang islam secara langsung tidak bijak. Ini lagi satu kenyataan yang kelam kabut bunyinya. Ntahlah...

AddThis Social Bookmark Button

36 comments: to “ Wawancara dengan Ayah Pin

  • SeDeRHaNa
    2:04 PM  

    apa nak jadi lah ngan manusia camni...aku harap dpt jd manusia yg sederhana di sisi Allah s.w.t...dunia skrg lagi gila nak masuk syurga makin terpesong dibuatnya...yg penting di mane jua kite berada, kene tanamkan dlm hati...tiada tuhan yg disembah melainkan Allah s.w.t dan nabi Muhammad pesuruh Allah...

  • Anonymous
    3:45 PM  

    ayah pin gila kuasa!! dah la bodoh, bangang pulak tu. muka tak pun terpancar kesucian nya..cakap berbelit-belit. Kalau tengok VCD tu, memang otak ayah pin letak kat lutut. kenapa la pengikut nya tu semua buta-buta belaka? dlm VCD ada satu perempuan cantik, memang lawa lah. tapi rugi..serah diri kat ayah pin yang 'LUNYAI' tu.

  • shosh
    3:54 PM  

    muka ayah pin macam muka orang cuci toilet.. apa la yg korang nampak kat mamat ni? nak kata hensem tak, macho? BUTOHHHH!!!

  • Anonymous
    4:47 PM  

    Dalam byk2 jln kenapalah ada manusia sesama manusia memilih jln yg senang utk menuju ke neraka.Inilah Dajjal yg disebut dlm kitab suci al-quran.Betapa lemah dan bodohnya org melayu serta jahilnya kita disisi Allah s.w.t...tiada yg maha berkuasa selain dari Allah s.w.t kerana hanyaNya yg menciptakan langit dan bumi.

  • Anonymous
    9:56 AM  

    Apa berlaku jika hayat Ayah berakhir nanti? Benda ni saya kalau ikut kertas kerja saya di kerajaan langit, saya akan menyatukan manusia di bumi ni yang berperang atau apa sahaja. Itu wajib untuk saya<------INI KERTAS KERJA SEBELAH MANA YANG KO BUAT MANGKUK??? KO INGAT PAPERWORK BUAT PROJECT FOR COMPANY KE?? APALA KE BANGANG SANGAT KO NIE..DILAHIRKAN SEBAGAI MANUSIA TAPI DIBESARKAN DI DUNIA SEPERTI BINATANG YANG TAKDE AKAL..TAPI SEKURANGNYA BINATANG PUN PANDAI FIKIR KALAU DORANG ADA AGAMA..UNTUK AYAH PIN DAN PENGIKUTNYA..SEDARLA DIRI SEBELUM DIRI ANDA DILANDA BALA OLEH TUHAN,NAK SATUKAN MANUSIA DARI PELBAGAI AGAMA DAN BANGSA TAK SALAH,TAPI JANGANLAH SAMPAI ROSAKKAN SEMUA MANUSIA YANG ADA DI MUKA BUMI INI!!KONON DAH BACA SAMPAI 4KITAB LAIN2 AGAMA..TAPI KENAPA MESTI NAK BUAT AGAMA ISLAM MACAM ITU?? KENAPA MESTI NAK DUAKAN TUHAN? KENAPA MESTI NAK KATA DIRI SENDIRI ADALAH BERKUASA..KALAU BETUL LA KO AYAH PIN TUHAN PALING BESAR DI DUNIA INI,AKU CABAR KO CIPTA MANUSIA LAIN SEPERTI MANA TUHAN CIPTAKAN ADAM DAN HAWA!!! CIPTA GUNUNG,BUKIT,AIR,TANAH DAN POKOK2 SEMUA...BELAHKAN AIR LAUT,SUNGAI DAN MATAHARI YANG DAH TERSEDIA CIPTA OLEH ALLAH!! SAYANGLA DIRI SIKIT AYAH PIN..BUKANNYA BUAT PERKARA BODOW YANG AHKIRNYA MEMAKAN DIRI SENDIRI,NAK DEAL DENGAN KERAJAAN SETAN KA?? NAK JADI DAVID COFEFILL KA?? KO MEMANG MANUSIA YANG HATI SETAN,MUKA MACAM BABI,PERANGAI MACAM BINATANG DAN SESUNGGUHNYA KO AKAN SENTIASA DUDUK DI DALAM NERAKA..DI ANTARA PENGHUNI YANG PERTAMA..AKAN DIMAKAN OLEH API..BODOWW PUNYA AYAH PIN..OLEH KO MATI AJE KENA MAKAN NGN BABI HUTAN,ITU DOA AKU UNTUK DIRI KO,BINI2 KO,PENGIKUT KO DAN PENGIKUT SETIA KO!!! BAHLUL...ASKUM....CHOWWW...

  • Anonymous
    11:47 AM  

    Surat kepada Ayah Pin......

    Kepada Ayah Pin, sesungguhnya pintu taubat masih terbuka kepada anda selagi nafas di kandung badan dan selagi Sakaratul Maut belum menjelma utk mencabut nyawa anda (Ayah Pin) masih boleh bertaubat. Sedarlah bahawasanya sekiranya anda sedar dan bertaubat serta pengikut anda bertaubat, nescaya keampunan Allah lebih luas dari langit dan bumi. Lihat dan cerminlah diri anda, anda pembawa kepada pengikut anda ke neraka jahanam, jikalau anda mengubahnya dari sekarang (bertaubat) dan pengikut anda bertaubat Insallah anda menyelamatkan diri anda dan pengikut anda malah ramai lagi insan lain yg akan terselamat dari NERAKA JAHANAM. Ingatlah kita akan dibangkitkan, dan masanya seakan hampir tiba... Ingatlah sesungguhnya ALLAH S.W.T ITU BENAR, NABI MUHAMMAD S.A.W ITU BENAR, AL'QURAN ITU BENAR, KIAMAT ITU BENAR, AGAMA ISLAM ITU BENAR. Gementarlah dan takutlah kepada Allah, Dia (Allah) senentiasa melihat apa yg
    dikerjakan. Insaflah dan taubatlah wahai Ayah Pin.....

  • marcel
    5:43 PM  

    apalah i langsugn tak faham i'view ni i rasa sapa yang g i'view ni balik berserabut kepala. dia ni macam ting tong jer

  • Reika
    12:13 AM  

    Quote "...Bagi orang asli seratus peratus. Orang Hindu panggil Murugan, Siva, Ganesha, saya semua. Kalau awak sebut naga bagi Cina, saya sampai dengan naga sekali." -Yeker? Sampai dgn naga eh? Sy datang ngan Ultraman Gaia la. Jom lawan!

  • Anonymous
    4:16 AM  

    gile la beb..ayah pin dah naik langit ooo..naik bot,sambil minum air teko.muke dia sebijik mcm penyapu sampah jln raya.dah la tak pandai.sijil upsr pon takde kot.hina gile sape pengikut dia.penyanyi melayu mmg bodo skit.kalau puki pin suruh jilat buntot dia,budget mamat def gab c tu jilat kot.terang2 duit dia dpt dari pengikut dia.bole plak ckap tak tau mane dtg duit tu.'tuhan' la sgt.bukan tuhan tahu semue bende ke.hahaha.ni la susah kalau blaja tak tinggi.*adios*

  • Anonymous
    2:37 PM  

    Actly,banyak ajaran yang seumpama ini di malaysia kini.
    Macam yang kita perasan, kiamat semakin dekat n macam yg kita tahu org2 beriman kpd Allah semakin kurang di dunia.
    Saya semakin takut bila pikirkan pasal ayah pin ni, sbb bukan kecik2 aktiviti dia.
    Kalau nak tau lebih lanjut, carik buku 'SENARAI AJARAN2 SESAT DI M'SIA' dari jabatan agama islam wilayah kot..kalo x silap la..dia punya senario leih kurang jee.. tapi yg ayah pin ni lagi proo laaa,,

    -Allah Maha Besar-

  • ady_hnr007
    1:51 AM  

    pin....muke cam mangkuk jamban...celake punye orng tue....siol tol!! ko ni nyanyuk ke mende? pengikutnye bodo belake!!

  • Anonymous
    3:09 AM  

    APA pun semuanya ini adalah pengajaran buat kita... berhati-hati dalam memilih guru untuk belajar... Sebelum ini kita selalu dengar dan tengok sendiri dr tv atau paper - ramainya kalangan kita yang terpengaruh... lantas sesat. Punca - jiwa kosong dan mencari jalan penyelesaian. Dalam kes ini dorang pilih ayah Pin... dan aku rasa pasti sekarang ni masih ada lagi yang sesat kerana mengikut ajaran atau guru tertentu. Dan aku percaya akan datang akan banyak lagi orang atau ajaran macam ayah pin ni. Apa yang boleh kita lakukan... ???

    Pastinya ramai lagi kalangan kita yang tak berilmu akan terpedaya dan mengikut ajaran / idealogi yang menyesatkan. Kerana dia tidak berilmu / jiwa kosong ... lantas hendak menuntut ... tersalah tempat atau guru ... jadinya dia tergolong di kalangan org yang sesat.

    Banyak alasan bagi org yang tersalah pilih guru ini untuk terus sesat bersama guru mereka... mereka akan kata guru mereka betul... guru mereka itu dan begini... sebab mereka tidak berilmu dan tak tahu mereka sesat...

    Itu sebenarnya yang berlaku. Itu kenyataannya.

    Dan perkara ini akan terus berlaku.

    Jadi... untuk memastikan ilmu yang betul... hantar anak-anak kita belajar agama... macam di Selangor atau negeri lain ... pagi atau petang sekolang kebangsaan... di waktu lain hantar mereka sekolah agama... (untuk sekolah rendah)

    Nampak remeh... tapi percayalah masa anak-anak la mereka belajar ilmu yang betul... yang sesat kebanyakkan tidak mempunyai asas pendidikan agama yang baik.

    Untuk anda yang terlepas dari belajar asas Islam - fardhu ain, belajarlah... payah-payah cari buku fardhu ain baca... baca kisah nabi, kisah wali, dsb. Tingkatkan kesedaran kita untuk mendalami ajaran Islam.

    Percayalah... dengan asas Islam yang kuat... pasti kurang ajaran sesat seperti Ayah Pin ini. Biarlah ia jadi pengajaran buat kita. Usah jadikan kita terlibat atau anak atau saudara atau kawan kita terlibat dalam kesesatan seperti ini.

    Belajarlah... kuatkan asas Islam anda.

  • ady_hnr007
    3:39 PM  

    mangkok jamban nyer pin pong

  • XraziX
    3:40 PM  

    stupiddddddddddddddddddd pinnnnn! sakit ati tul aku kat ko setannnnnn!!!

  • Anonymous
    5:50 PM  

    hmm..... walaupun iman aku tak sekuat maner ... tp taklah sobodoh tuh smpi nak pk ayah pin tuh tuhan...tuhan mende klu muker tue krepot cam nk mampos jer.. heish... bersyukur aku tak terjebak ngan bebende ginih...

  • Anonymous
    2:33 PM  

    meremang roma saya membaca kisah ayah pin dan komen2 anda. tetiba saya rasa takut pulak. bukan takutkan ayah pin tapi takutkan nasib2 manusia yg terutama sekali melayu. kenapa la melayu ni begitu sng diperbodohkan? ini menuju ke atah kehancuran kesucian agama Islam Setiap kali saya baca tentang ayah pin ni saya akan beristighfar dan mengucap 2 kalimah syahadah..Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yang DIsembah Melainkan Allah.. Dan Nabi Muhammad Itu Pesuruh Allah.

  • Anonymous
    10:45 AM  

    ehehehe... geli hati aku baca wawancara kat atas tu? aku nengok bapa syaitan tu tak ada apa2 keistimewaan.. bercakap pun ntah apa2. aku raserrr dia ni patut kene hantar ke rumah orang2 gila...

  • Anonymous
    12:41 AM  

    ayah pin gilo...!!!!ape punye bahase tah die pakai...aku pon tak paham...bangang...

  • maya
    8:42 PM  

    pengikut pin mmg la bodoh.sbb dah makan taik dier.dah kena jampi ngan air setan.semua dah kena rasok.dah tak boleh pk.tatau la orang skarang nih.ajaran islam yang clear cut pon tak boleh paham ker?si pin tuh korang jgn panggil 'ayah' lagi.ayah aku lagi suci dari pin ni.at least ayah aku mati dalam iman.si pin ni kalo dia tak bertaubat,mmg tempat dalam neraka jahanam ler.but for the time being, pin - YOU LAKNATULLAH!

    ALLAHUAKBAR!!!

  • Anonymous
    2:44 PM  

    Aku lagilah tak faham gan Pak Pin nih... Pelik gilor.. Mana lar bahasa Pak Pin gune nie...
    Betul-betul hilang akal orang tua nihh!!!

  • Anonymous
    8:38 PM  

    dia nie dah dirasuk jin agaknya. Bertahun tahun dikuasai kuasa jin jahat. yg herannya pengikut punyalah ramai. dungu sangat ke nak menilai..

  • Anonymous
    12:33 PM  

    aku rasa bukan setakat org melayu je yg bodoh terpengaruh tp sampaikan org india, cina, omputih, org asli sumenye bangang nak mampos pecaya dgn lahabau tua nih..... kerajaan hadhari do something....... aku rasa isu ayah pin ni ditimbulkan untuk menutup isu kelemahan politik negara mcm harga minyak naik, harga barang naik, isu Ap dan pertelagahan Tun M dgn Pidah aziz....aku raseler....

  • Anonymous
    12:36 PM  

    aku rase kalo betol2 le ayah pin ni ade kuasa langit, xkanla dia xleh nak stop perang kat iraq or israel dgn palestin...kate nak satupadukan manusia..... hanya pemakan taik ayah pin je pecaya ayah pin yang muka mcm berus jamban tuh ade power cm2..... lagi satu yg kat sebelah rosli defgabc tu adelah MUS penyanyi WINGS n MAY...

  • Anonymous
    4:25 AM  

    budak biol
    celaka la ko ayah pin.ngaku tuhan konon.tak sedar diri.dah tua nak mampus.kubur kata mari,rumah kata pergi.tu nak jd tuhan.sialnya ayah pin

  • Anonymous
    8:19 AM  

    kalu die ngaku die tu Tuhan. muka dia tak berseri2. setahu aku muka Tuhan tu berseri2. mane ade Tuhan tu laki2. Gila lah ayah pin. bawak mengucap lah. Kiamat dh nk dekat... aku pun heran mcm mane lah org boleh terikut dgn ajaran sesat ayah pin. kerajaan langit konon.....time kasih je la.

  • Anonymous
    9:54 PM  

    elok kena sambar petir je dia tu...

  • Anonymous
    4:50 PM  

    YANG kamu maki hamun ayahpin ni apa hal.. Dia bukan pandai baca, buat penat aje... KAMU tahu ke ngape ayahpin jadi cam tu, psal tak ade hukum hudud. Kalau hudud ade dah lame ayahpin kena sembelih.

    SEBAB tu le mesti ade undang Islam. Undang yang kita pakai sekarang ni undang org putih, kamu nak murtad ke, nak sesat ke semua boleh. Kalau tangkap ayahpin pun bukan kena hukum islam, lepas bicara penjara 2 thn pas tu lepas itu aje. IKUT le hukum Islam pancungggg...

    SIAPA bikin undang kita sekarang, suku sakat ayahpin le. Kjaan BN le siapa lagi..

  • Anonymous
    1:42 PM  

    Yg org atas ni lagi satu...sedap2 je nko nak salahkan undang-undang kerajaan kita ni....kalu cam tu nko di duduk negara lain la...nko pun sama bangang cam ayah pin..

  • Anonymous
    1:44 PM  

    AYAH PIN TIDAK BERSALAH !!
    JANGAN SALAHKAN AYAH PIN !!

    Korang ni...
    Jangan la nak salahkan Ayah Pin...dia tu terpengaruh dengan Setan...jadi...Setan la yang salah...betul x ?

  • Anonymous
    3:57 PM  

    SIAPA lagi bangang kalau bukan Kjaan kau tau sbb dia pakai undang2 anti sesat kendian dia tak boleh ambil tindakan keatas org sesat. Tak ke bodoh namanya.

    NAK selesaikan masalah sesat ikut undang2 org putih yang sesat kan bertambah sesat.Ikut la undang2 nabi baru boleh selesai.

    UBAH la undang2 tu, apa la nak dipakai. Msia negara Islam tapi undang2 tak Islam. Ape ke jadahnya. Kalau org sesat undang2 Msia penjara 2 thn tapi undang2 Allah org sesat kalau tak mau taubat bunuh dia,

    ORANG yang komen di atas jahil hukum, kalau dah jahil jgn terus jadi bangang...

  • Kanu
    11:38 AM  

    Kalau korang tenung betul2 muka ayah pin korang akan nampak wajah syaitan.sesungguhnya syaitan itu akan cuba menyesatkan manusia dengan apajua cara.

  • Anonymous
    12:35 PM  

    ayah pin bodoh!

  • Anonymous
    12:32 PM  

    nape le ayah pin jadi cam ni ek.x tamkut kene laknat ker......aku arap x dek le org yang sanggup mengikut ayah pin skrang ni.kalu ikut ayah pin die mmg bodoh!ajaran nabi muhammad saw tiada kesesatan nyer.aku arap,aku x jadik cam ayah pin.YA ALLAH!bantulah hamba mu ini daripada segala perkare mungkar.

  • Anonymous
    12:37 PM  

    BN DAH BUAT PERKARE YANG PATUT.NAPE LE ADE ORANG TANG KUTUK CARE BN KENDALIKAN KES AYAH PIN.KAMU TAU KKER HUKUMAN KE ATAS AYAH PIN YANG KAMU PEGI MARAH BN TU APESAL?SY RASE ORANG YANG MARAH KAT BN NI MUSTI ORANG PAS!KITER ADE UNDANG2.........XX YAH LER IKUT PERASAN PEGI MARAH BN.

  • Anonymous
    4:00 PM  

    salam

    wawancara ni pun temberang jugak ni.... apela.. ko ingat ayah pin nak ckp macam tu ke... org tua tu da tentulah masuk neraka.. korg maki2 dia tak pasal2 dapat dosa... hehe... apala... ayah pin ni sebenarnya menuntut ajaran laksamana putih.. hasan anak rimau tu anak sulung dia yg belajar.. pastu ajaklah ayah pin ni belajar sama... ajaran laksamana putih ni kalau tak salah aku byk pada aliran kebatinan walhal ajaran hasan anak rimau byk pada zikir dan taksub pada guru.... pastu dia ni gila isim akibat byk belajar ilmu terutama ilmu hitam... tapi kebanyakan yg dia ubat org jadi terutamanya pukau... pasal tu diorg percaya... lagi satu kalau org tu berubat ngan dia, malam dia akan dtg dalam mimpi org tu bersama tuhan org tu.. kalau cina dia dtg ngan naga.... macam tu la... org tua tu da tak panjang da umur tu.... daripada ko maki dia baik ko doakan dia cepat mati biar cepat dpat balasan.... jenis tu da tak mo taubat da tu.... pada anak murid dia meh sini biar aku betulkan balik pala korang..... hehehhee

  • Anonymous
    4:01 PM  

    hai...

    aku geram kat bini muda ayah pin... kalau aku dapat.. nak je aku rogol diorg depan ayah pin....


    hahahahahhaha

Design by Amanda @ Blogger Buster