Dua suspek penceroboh di tahan dua hari  

Thursday, July 28, 2005

Polis menahan 2 orang suspek yang menyerang dan merosakkan kediaman dan 'putrajaya' ayah Pin. Kedua-duanya mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan selama lima hari. seramai 40 orang terdiri dari keluarga dan rakan tertuduh bertindak liar menyerang pemberita.
*
**Demonstrasi membantah ajaran ayah Pin yang sedang dibawah kawalan Polis sebelum pencerobohan berlaku.
*
** Antara Pajero milik ayah Pin yang sempat dibakar oleh penceroboh.
BESUT 18 Julai - Sekumpulan 40 hingga 50 orang lelaki antaranya bertopeng ala ninja menyerbu dan membakar markas utama kumpulan ajaran sesat Ayah Pin di perkampungan `Kerajaan Langit' di Batu 13, Hulu Besut di sini, awal pagi ini. Kumpulan lelaki yang sebahagian besarnya berpakaian hitam dan bertopeng, termasuk ada yang berjubah, berkopiah dan berlilit kepala membakar dan merosakkan beberapa replika gergasi termasuk replika payung kuning, replika bulan sabit, replika cerek dan dewan perhimpunan yang dijadikan tempat berkumpul pengikut Ayah Pin. Antara replika gergasi di situ ialah kapal yang didakwa bahtera Nabi Noh. Turut dibakar ialah sebuah kereta Pajero milik Ayah Pin yang ditempatkan di garaj berhampiran pintu utama markas tersebut. Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Mohamad, 65, dan keempat-empat isterinya bagaimanapun tiada di tempat kejadian ketika serbuan dilakukan antara pukul 4.30 hingga 5 pagi ini.
Bagaimanapun dalam kejadian selama hampir setengah jam itu, pengikut Ayah Pin tidak dicederakan dan sebahagian besar daripada mereka bertempiaran lari setelah menyedari `serangan' tersebut. Ketika serbuan dilakukan terdapat kira-kira 150 pengikut Ayah Pin bersama ahli keluarga mereka berada di perkampungan yang pembinaannya mencecah RM1 juta. Semua 35 buah rumah di perkampungan tersebut termasuk rumah Ayah Pin tidak dibakar oleh penyerang. Ayah Pin dan ajarannya sekali lagi menarik tumpuan umum setelah 21 orang yang dipercayai mengikut ajaran sesat itu ditahan dalam serbuan oleh pihak berkuasa pada 2 Julai lalu. Ayah Pin yang mendakwa sebagai pemimpin Kerajaan Langit masih bebas dan dia sendiri dilaporkan bersedia untuk ditangkap sekiranya dia melakukan kesalahan. Namun kerajaan negeri dilaporkan masih mengumpulkan bukti untuk mendakwanya walaupun Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan ajaran Ayah Pin itu sebagai ajaran sesat.
Banyak pihak mempersoalkan kenapa kerajaan masih berlembut. Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1 Hussin Ismail memberitahu pemberita lewat petang ini berkata, sehingga kini polis masih menyiasat identiti kumpulan tersebut dan motif serangan mereka. ``Kita sedang mengumpulkan bukti-bukti termasuk mendapatkan keterangan saksi berhubung kejadian tersebut,'' katanya yang enggan mengulas lanjut. Sehari sebelum kejadian, para wartawan tempatan telah dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) `misteri' bahawa satu perhimpunan besar-besaran membabitkan 10,000 orang penduduk akan berlaku di hadapan markas Ayah Pin kira-kira pukul 9 pagi ini. Saksi-saksi yang ditemui memberitahu kejadian berlaku terlalu pantas dengan lelaki-lelaki bertopeng itu memanjat pagar dan menyerbu masuk ke markas tersebut yang dikawal oleh beberapa orang pengikut Ayah Pin. Seorang pengikut Ayah Pin, Wan Mohamad Husni, 37, berkata, pada mulanya dia ternampak dua tiga orang lelaki berpakaian hitam berlegar-legar di luar pintu utama. ``Tiba-tiba lelaki-lelaki itu memanjat pagar dan diikuti oleh puluhan lelaki lain yang memakai topeng dan berjubah yang menyerbu dan membakar replika-replika yang ada di taman. ``Melihat keadaan itu, saya terus memberitahu penduduk lain agar segera menyelamatkan diri ke ladang getah berhampiran,'' katanya. Jusoh Hussin, 47, pula memberitahu bahawa keadaan semasa itu amat menakutkan dan dia bernasib baik kerana sempat melarikan diri bersama penduduk lain. ``Kami tidak berani melawan kerana sebahagian daripada penghuni sedang tidur, manakala, kami tidak tahu senjata yang digunakan oleh penyerang,'' katanya yang berasal dari Kelantan dan menjadi pengikut Ayah Pin sejak 30 tahun lalu.
Ditanya di mana Ayah Pin ketika serbuan itu berlaku, dia bagaimanapun enggan menjelaskan di mana ketuanya tetapi sekadar memberitahu Ayah Pin tidak kelihatan di perkampungan itu sejak kelmarin. Jusoh turut menunjukkan beberapa buah kereta milik penduduk yang cerminnya dipecahkan oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali itu. ``Saya bersyukur kerana semua penduduk di sini selamat dan rumah-rumah mereka tidak dibakar,'' katanya. Seorang pengikut Ayah Pin yang mahu dikenali sebagai Pak Ku berkata, dia terdengar tiga letupan kuat dan arahan daripada orang yang memakai jubah dan menutup muka, memberi amaran agar penghuni di perkampungan itu tidak keluar dari rumah. ``Tetapi saya tetap keluar dan saya melihat beberapa orang yang menutup muka sedang membakar replika dan ada yang membakar tayar,'' katanya. Pak Ku berkata bahawa sebelum penceroboh itu meninggalkan perkampungan itu, dia mendengar seorang daripada mereka melaungkan azan di pintu masuk ke tempat itu. Seorang lagi pengikut setia Ayah Pin yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah, 47, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Nurhayati Md. Nur, 27 dan dua orang anaknya berusia dua dan lima tahun sedang tidur. ``Apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu, ia sudah terlewat kerana lelaki-lelaki yang menceroboh itu ada di mana-mana dan kelihatan amat ganas. ``Saya memutuskan untuk berlindung dalam rumah bersama-sama isteri dan anak-anak.
Dari dalam rumah, saya dapat melihat api membakar beberapa replika dan bunyi cermin kereta dipecahkan,'' ujarnya yang juga berasal dari Kelantan. Menurut Abdullah lagi, setelah pihak penceroboh beredar, para penduduk memberanikan diri untuk memadamkan kebakaran termasuk di dalam dewan perhimpunan.
Dipetik : Komen Webmaster : Bagi pendapat saya keluarga dan rakan tertuduh tak payah menyerang pemberita. ini kerana perbuatan mereka adalah benar dan memang patut dibuat kerana kerajaan agak 'lembap' sedikit mengambil tindakan. Kemungkinan besar kesabaran mereka sudah sedikit tercabar. Jika mereka masuk surat khabar sekali pun orang ramai tidak akan mencemuh mereka malah memberi pujian. Dari pandangan saya mereka sedikit pun tidak bersalah. Jika mereka ditangkap pun sebab melanggar undang-2 pencorobohan. Tetapi ingat mereka menceroboh bukan kerana ingin merompak dan membunuh tapi mereka menegakkan syiar islam. Kalau boleh gambar mereka (yang mencoroboh kawasan ayah Pin) disiarkan agar mendapat contoh islam Hadhari. He he he.
Dalam kenyataan lain, adik Ipar ayah Pin Jusoh '70' yang beralamat batu 13 mencabar ayah Pin supaya keluar bersemuka dengan kerajaan jika dia dipihak yang benar, sifat pengecutnya itu menunjukkan dia berada di tempat yang salah. Sebenarnya ayah Pin merupakan seorang yang tamak duit sehinggakan perebutan kuasa antara mereka. Baginya Tok Hasan tidak seteruk ayah Pin yang mendakwa dirinya tuhan dan layak disembah. Tok Hasan hanya mengamalkan ratib secara kuat itu sahaja dimana ayah Pin mengagap tok Hasan merupakan orang yang lebih teruk perangainya berbaning dirinya. Sepanjang menjadi pengikut ayah Pin, Jusoh tidak nampak apa yang hebat pada ayah Pin tuh sendiri (Jeles Kot?). Tambahnya lagi ayah Pin semasa mudanya sebagai penjual akar kayu, itu sahaja.


AddThis Social Bookmark Button

11 comments: to “ Dua suspek penceroboh di tahan dua hari

  • Serpico
    6:15 AM  

    aku setuju ..aku tak melihat orang yg membakar berhala ayah pin tuh ganas tapi sebaliknya. mereka berani dari kerajaan yg bacul. kalau aku di tempat mereka aku pon volunteer. kalau org kapir lainla pemikiran dia kita org Islam mana boleh diam diri bila agama di persenda.

  • Anonymous
    3:47 PM  

    teko,kapal,rumah,apelagi la sume2 barang2 bodoh ayah pin tu memang patut dibakar atau diletupkan ajerrrr....

  • Anonymous
    4:55 PM  

    rakyat malaysia memang ada semangat jihad mempertahankan islam... tahniah.. tapi jgn sampai tekena org yg tak besalah. Ingat FITNAH YG PALING BESAR masih berada dihadapan kita.

  • Anonymous
    11:53 AM  

    syabas kerana masih ada yang sanggup berjihad kerana Islam. Kalau ada kuasa menggunung, tengok saja buat apa. Letak jawatan sajalah.

  • Anonymous
    1:24 AM  

    ayah pin sucks

  • Anonymous
    3:18 PM  

    fuckkk you Ayah Pin bloody motherfucker!!!

  • aty
    8:59 AM  

    sial betul jantan ni, muka macam setan ade hati nak jadi tuhan.ingatla neraka

  • bdk kls t'bsh
    9:09 AM  

    harap2aman lah hidup kat neraka jahanam tu nanti...allah tu berkuasa engkau tu 1 kuasa pun takde..memang celaka hidup kau..malang betul mak kau sbb lahirkan kau..terbakar perut mak kau dlm kubur tu..ko ingat ko blh terlepas ke?mintak la tolong ngan k"jaan langit kau tu..nak buat macam mana kau dah memang bodoh tak leh nak diajar lagi...harap2 dlm waktu kau melarikan diri nie ajal kau sampai....................

  • Anonymous
    6:40 PM  

    kesian mak ko ayah pin,melahirkan anak yang hanjing macam ko..dah muke cam pelakon planet of the apes..nak jadi tuhan konon..dapat ayat ex-model sunsilk pun bangga.tahahape la yang die suke kat ko.yang model tu plak sangap batang kedut berbulu macam ko..FUCK AYAH PIN

  • Anonymous
    1:58 AM  

    apalah nak jadi ngan dunia akhir zaman nie....Itu kesah ayah Pin, Rasul Kahar plak tak habis lagi....siap letak jawatan tu...Yg bestnya masa Edisi Siasat NTv7 tanya pendapat ayah Kahar tentang ayah Pin..tau apa dia ckp?...."Ayah Pin tu bwk ajaran sesat! Saya tak setuju ngan ayah Pin yg konon pencipta semua agama..." Ha...eloklah yg sesat telah menuduh yg sama2 sesat. Dah lah sesat, menyesatkan org lain plak tue...hampasss kor ayah Pin dan Rasul Kahar!

  • Anonymous
    4:05 PM  

    Ayah Pin?
    Fuck This MotHerFuCker!!!
    Fuck u Ayah Pin!!

Design by Amanda @ Blogger Buster