Ancaman kepada struktur binaan ayah Pin..  

Thursday, July 28, 2005


Kerajaan langit yang dipimpin oleh ayah Pin berdepan dengan ancaman untuk merobohkan struktur binaan yang menyimpang dari ajaran islam sebenar. Binaannya itu berdiri di ladang kelapa sawit yang dimiliki oleh kumpulan (group) dalam Kampung La. Arahan telah dikeluarkan kepada ayah Pin dan orang berkaitan namun setakat ini tiada tindakan diambil oleh ayah Pin sendiri. Jika tiada respon dari ayah Pin kemungkinan besar pihak Majlis terpaksa mengambil tindakan mahkamah untuk merobohkan sendiri binaannya. Binaan yang tidak mendapatkan kebenaran majlis tempatan itu termasuk cerek gergasi, payung gergasi dan kapal konkrit. Notis roboh telah diberikan kepada pemilik tanah dalam jangkamasa sebulan dan tindakan susulan akan diambil jika proses merobohkan tidak diendah oleh tuan tanah terbabit. Orang ramai dan pihak majlis tempatan tertanya-tanya apakah fungsi cerek, payung dan boat gergasi didirikan diatas tanah pertanian?. Antara struktur bangunan yang didirikan oleh pengikut ayah Pin adalah cerek gergasi berwarna pink, Replika concrete bot panjang, Istana untuk pengikut ayah Pin berkumpul, Payung besar berwarna Oren, jambatan and a wakaf (pondok). Salah seorang pengikut ayah Pin memberitahu bahawa bangunan itu tidak akan dirobohkan tambahan pula katanya pihak media banyak menceritakan pembohongan mengenai perihal ayah Pin. Ayah Pin sekarang didalam proses melantik peguam untuk membela diri.
***
*
Berikut adalah struktur yang akan dirobohkan. Antaranya adalah :
Teapot (Teko) - represents purity of water. - Mewakili air suci.
Vase (Pasu) - to accept water flowing from the teapot. The vase is said to have healing properties. - Pasu besar ini menerima air dari teko air besar dan dipercayai mempunyai azimat menyembuhkan penyakit.
Well - it supplies water to the teapot. - Telaga yang memberikan sumber air pada teko terbabit. Wekkkk... sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut perihal telaga tersebut.
Rumah Bulat - where Ayah Pin meets his guests. - Untuk ayah Pin menemui tetamunya.
Rumah Nasyid - where followers chant. - Tempat pengikutnya menyayikan puji-pujian.
Dewan Perhimpunan (Assembly Hall) - where followers hold gathering and meet Ayah Pin on weekends.
Wakaf (Shelter) - place to rest and recuperate - Tempat rehat.
Boat - it is said to be Bahtera Nabi Noh (Noah's Ark)
Pathway - to the assembly hall and graveyard
Graveyard of Mohamad Ya (Aug. 11, 1950 - Oct. 3, 2003). He was an apostate who conceptualised the design of the structures in the Sky Kingdom based on his "visit" to the Sky Kingdom in the sky. Ayah Pin later build the structures costing more than RM5mil [About $1.3 million]. - Saya kurang pasti maknanya dalam bahasa Melayu, Jika ader sesiapa nak terangkan silakan untuk menulis komen.
Crescent - symbol for people who do not have any religion including Orang Asli and Orang Bunian. - Symbol bagi orang yang tidak punya agama dan pegangan terutama Orang asli dan Orang bunian.
Umbrella - a place for people to take shelter beneath God. It can also be associated with the nine planets in Hinduism. - Tempat dimana manusia meminta pertolongan dibawah payungan tuhan dan juga mempunyai hubungan dengan 9 planet didalam agama Hindu.
*
*************
*

Webmaster - Pin VAder
TURN INTO THE DARK SIDE

AddThis Social Bookmark Button

8 comments: to “ Ancaman kepada struktur binaan ayah Pin..

  • Anonymous
    10:16 AM  

    migrain la baca pasal si pin nih!!

  • hana_kirana
    10:27 AM  

    Blog ini telah menjadi sumber untuk aku mendapatkan lawak harian. Terima kasih kepada Blog Moderator. :D

  • ::Lobo-Kin-Bob::
    10:57 AM  

    bunuh jer ayah pin tue....

  • Unknown
    2:17 PM  

    apostate = orang yang meninggalkan agama.

    aku rasa di ala2 ingat dia gi isyrak mikhraj kot?

  • Anonymous
    2:55 PM  

    ish si ariffin nih..semenjak jd pin, rosakk..

  • Anonymous
    7:08 PM  

    disebalik ajaran sesat lg menyesatkn ini, kte perlu kaji semula segala pergerakan org tua ni. mcm mn boleh mempengaruhi penduduk asli, pergi ke Bali, bekerjasama dgn penganut Hindu dll. penduduk asli yg telah DiIslamkn oleh Jabatan Agama perlu buat follow up spya aqidah depa tak terpesong. moralnya, penuhila dada dgn ilmu agama, kang org ni kencing kte, kte tau mn yg sesat dan bagus.

  • Anonymous
    5:57 PM  

    "...to the assembly hall and graveyard
    Graveyard of Mohamad Ya (Aug. 11, 1950 - Oct. 3, 2003). He was an apostate who conceptualised the design of the structures in the Sky Kingdom based on his "visit" to the Sky Kingdom in the sky. Ayah Pin later build the structures costing more than RM5mil [About $1.3 million]. - Saya kurang pasti maknanya dalam bahasa Melayu, Jika ader sesiapa nak terangkan silakan untuk menulis komen." --- Mohammad Ya menunjukkan Ayah Pin design struktur2 tu jer kerana (dier percaya) dier pernah pergi ke 'Sky Kingdom' di angkasa :S

  • Anonymous
    11:30 AM  

    aku kagum degan si buta huruf ayah pin yang dapat ari kerajaan Pak Det selama ini. Tahniah kpd Pak Lah dengan tindakan anak2 buah awak sekelian.

Design by Amanda @ Blogger Buster